23 : Berjaya👏 + Risau😩

1.5K 145 40
                                    

Beberapa pegawai polis yang terdiri daripada skuad jenayah yang sudah sedia dengan pakaian biasa tetapi yang serba lengkap berbanding Bangtan yang seperti samseng kerana berpakaian hitam. Beberapa pegawai polis berdiri teguh di hadapan inspektor yang mengetuai operasi harini.

Siapa sangka yang mengetuai operasi malam ini adalah seorang wanita. Inspektor yang mengetuai kes ini adalah wanita. Seorang wanita yang berpakaian santai berdiri dihadapan pegawai-pegawai polis.

" Saya nak kamu semua jaga setiap sudut. Saya dah bahagikan kumpulan bukan? Jadi yang jaga bahagian kebelakang boleh pergi dengan dua orang jejaka kacak tu awasi kawasan belakang- "

Jari telunjuk inspektor wanita itu menunding kearah jimin dan Namjoon yang berdiri di tepi,, seorang tengah menumpukan perhatian seorang lagi leka bermain telefon bimbit kerana bagi Jimin arahan yang didengarnya sama sahaja dengan arahan Min Yoongi.

Jadi buat apa dia
pasang telinga lagi?
Lagipun inspektor wanita
itu rakan si tunangnga Araa.
Rakan dibangku sekolah katanya.

" Baik Cik! "

Jawab pegawai-pegawai polis itu dengan penuh bertenaga. Sehingga membuatkan Bangtan hampir tidak dapat menahan ketawanya kerana ke˝semangat˝an pegawai-pegawai polis itu.

Aduyaii jika boleh,, mahu sahaja mereka berdekah-dekah ketawa disitu tetapi nanti tidak sopan pula.
Polis kuttt dekat depan.
Silap haribulan kena heret belakang
bangunan sebab cari pasal.

" Dan dibahagian hadapan pantau dan jaga kawasan rumah sebab saya pantau tadi pengawal peribadi mereka dalam lima orang jaga dibahagian hadapan dan dua di bahagian belakang. Tetapi bahagian dalam saya masih tidak pasti " Panjang lebar inspektor wanita itu memberikan taklimat.

" Jangan risaulah Cik Ji ini skuad jenayah lah kami dan diorang akan selesaikannya " Ujar salah seorang pegawai polis yang berada dalam pasukan skuad jenayah. Tidak ramai mana cuma enam orang termasuk inspektor wanita itu.

" baiklah,, nanti saya turut serta "

" oh lupaa- Yoongi awak boleh ketuai misi malam ni sebab awak dan rakan awak yang rancangkannya bukan? So saya akan tolong daripada belakang "

" arrata. Kamsahaeyo tapi aku boleh tembak diorang bukan? " Soal Yoongi sinis.

" makesure jangan mati nanti awak yang dimatikan nanti dengan pihak polis " Senyum Inspektor Ji kepada Min Yoongi yang sememangnya degil sejak dahulu. Dia pun kenalan Yoongisemasa kolej cuma dia mengambil bidang yang dia bekerja sekarang. Polis. Katanya pekerjaan ini mampu memberikan sokongan buatnya.

" im know Ji Yuju "

Dengan langkah yang penuh swag Min Yoongi masuk kedalam rumah mewah di Mapo-gu itu dan sejurus sahaja dia memasuki ruangan halaman rumah itu dirinya, Jungkook dan inspektor Ji iaitu Ji Chung Ae ditahan oleh beberapa pengawal peribadi.

Coat hitamnya diperbetulkan dan hidungnya dicuit dengan ibu jarinya. Tersengih sinis dibuatnya apabila melihat orang suruhan gagak dua sejoli tu tidaklah sesasa mana. Lebih kurang dengan dia sahaja.

Pft.
Sad lifeu bro.

" siapa ni? Sesuka hati sahaja masuk kawasan rumah tuan kami " Soal seorang lelaki yang memakai pakaian hitam seperti Min Yoongi dengan lagak yang tak tumpah seperti samseng jalanan orang suruhan gagak tu berdiri dihadapan mereka bertiga.

" aku ada deal dengan tuan kau. " Jawab Yoongi tanpa berbasa-basi.

" setahu kami Tuan Kim tak ada urusan dengan sesiapa memandangkan rakan-rakannya pun tak tahu keberadaan mereka. "

[✓][🍀]𝓢𝓾𝓪𝓶𝓲 𝓖𝓾𝓵𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓾 + 𝓢𝓪𝓿𝓪𝓰𝓮  ※ ᴍʏɢNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ