20 : I Need U 👫

1.6K 175 44
                                    


Ttik.. Ttikk.. Ttikk..

Hanya bunyi titisan air hujan yang jatuh menyembah bumi sahaja terdengar. Bunyi kesepian jelas dapat didengari dan dirasai. Hujan turun dan keadaan nya sangat memilukan hati. Seperti Jieun dan Yoongi sekarang. Dua-dua tidak sedarkan diri, terlantar di Hospital Besar Seoul yang sama dan di tingkat yang sama cuma wad sahaja berlainan tetapi berhadapan.

Kini Bangtan berada luar wad Min Yoongi dan Choi Jieun. Keluhan berat dapat di dengari oleh mereka.Mundar-mandir? Itu jangan cerita kerana sudah semestinya. Jelas menunjukkan bahawa risau, sedih nya mereka dengan apa yang berlaku. Sudahlah dua-dua terlantar di hospital dan tidak sedarkan diri.

" macam mana Yoongi hyung boleh diracun? Manusia mana yang tergamak buat macam ni? " Soal Hoseok yang sudah dibasahi dengan air mata yang tidak berhenti mengalir sejak tadi.

" Lisa.. " Jawab Jungkook perlahan.

Semua memandang Jeon Jungkook terkejut kecuali Kim Taehyung yang ada bersamanya sebentar tadi.

" Lisa? " Kaget Namjoon.

Sungguh terkejut dia mendengar kenyataan secara langsung daripada mulut Jungkook. Tidak menyangka sungguh dia bahawa gadis yang cantik dan kelihatan polos itu berniat jahat dan sanggup meracuni orang sebaik Min Yoongi.

Tergamak sungguh...

" macam mana kook tahu? " Ujar Seokjin yang menepuk bahu Hoseok. Barangkali menenangkan si Hoseok yang makin menangis mendengar kenyataan daripada Jungkook.

Keluhan berat dilafazkan dan Jeon Jungkook memandang hyung nya iaitu Kim Taehyung kerana Taehyung saja tahu kebenarannya selain dirinya. Bibir diketap mencari sekelumit kekuatan, Kim Taehyung menganggukkan kepalanya tanda meyakinkan kawan rapatnya itu.

" huhh "

Buat kesekian kalinya Jungkook mengeluh dan mengeluarkan telefon bimbit nya dan satu video yang berdurasi selama beberapa saat itu ditunjukkan

" Min Yoongi? nyawa dia mungkin dihujung tanduk disebabkan kesan racun yang lisa berikan! "

Sehingga Jieun ditolak jatuh dan pisau lipat diangkat tinggi bersedia untuk menghunuskan pisau kearah perut Jieun dan video itu tamat.

" Ya Tuhan " Seokjin mengurut-urut dadanya selepas melihat keadaan tersebut. Luluh jantungnya melihat pisau tajam yang diangkat tinggi.

" Kook.. simpan video ni dan sekejap lagi kita buat report polis. " Ujar Namjoon tegas.

" Kalau mereka lari? "

" Sebab itulah kita kena report polis sekarang. Kalau tidak mereka mesti akan datang hospital ni dan bunuh mereka. " Ujar Namjoon seraya menyentuh bahu jungkook.

"arra hyung " Balas Jungkook lemah.

Nasib waktu itu Jungkook dan Taehyung sampai tepat pada waktunya, kalau terlambat walaupun sesaat rasanya mereka tidak dapat menyelamatkan bayi dan Jieun. Tujuan mereka datang ke rumah Yoongi dan Jieun disebabkan ingin memberitahu bahawa Min Yoongi dimasukkan ke hospital disebabkan batuk berdarah dan pengsan di depan studio miliknya.

" apa kata korang pergi sekarang. Tak apa hyung ada untuk jaga mereka. Sekejap lagi Roseanne datang dan tolong jaga Jieun so Namjoon dan Kook boleh pergi laporkan sekarang " Ujar Seokjin dengan senyuman.

[✓][🍀]𝓢𝓾𝓪𝓶𝓲 𝓖𝓾𝓵𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓾 + 𝓢𝓪𝓿𝓪𝓰𝓮  ※ ᴍʏɢحيث تعيش القصص. اكتشف الآن