17 : Memujuk

1.7K 152 13
                                    

Teksi berhenti tepat dihadapan rumah banglo dua tingkat milik keluarga ku. Sudah lama aku tidak menjejak kan kaki ku ke rumah asalku, tempat aku membesar. Selepas aku kahwin dengan Yoongi, macam biasalah adat istiadat selepas berkahwin isteri semestinya mengikut suami dan terpaksa meninggalkan keluarga nya.

Aku rindu omma :'(
Dengan waktu yang memang aku dalam kesempitan dengan Yoongi aku perlukan omma untuk melepaskan semua yang terbuku dalam hati ini.

Nak berkongsi dengan omma min? Lagi senang Yoongi nak jumpa aku sebab omma min sudah berpindah ke Seoul.

Tak pasal-pasal nak merajuk tak jadi.

" Kamsahamnida ahjussi ni tambang teksi nya "

Beberapa keping not duit diberikan kepada ahjussi itu. Kesian ahjussi tu, dari Seoul ke Ilsan bukan nya dekat. Ambil masa sejam juga lah, sekarang pun sudah masuk awal petang.

Selepas memberikan beberapa keping not aku keluar tanpa mengambil baki duit.

" eh nak, ini ada baki duit lagi " Ahjussi itu menahan aku dengan keluar sekali daripada kereta. Dengan senyuman yang manis aku berikan dan tangannya yang menghulurkan baki duit aku tolak perlahan.

" tak apa ahjussi, ahjussi ambil dan pergi makan tengahari untuk ahjussi. Setahu saya ada kedai sup ekor selepas simpang perumahan ini. " Berhemah aku.

Adab.
Kita mesti menjaga adab
terutama untuk orang yang
sudah berusia.

" terima kasih nak atas keprihatinan kamu. Semoga Tuhan mencucuri rahmat kepada kamu. Jaga kandungan kamu elok-elok ya nak. Ahjussi minta diri dulu "

" arrachi ahjussi, hati-hati "

Aku berundur selangkah dan menghantar teksi itu dengan melalui ekor mata sahaja. Sejurus itu terus aku menekan loceng rumah. Tak lama kemudian tersembul wajah omma di skrin.

" nuguseyo? "

" omma ni jieun anak omma "

" Jieun? Anak omma balik! Masuk cepat dekat luar tu tengah panas lit lit. "

Gembira sungguh omma bila aku balik, nampak sangat yang omma rindukan aku. Elelelele

Selepas pintu pagar dibuka terus aku menerobos masuk dan berlari anak menuju kearah omma yang sudah menunggu di hadapan pintu. Tubuh omma di raih dan di peluk kemas. Pelukan ku dibalas.

Pipi disembamkan pada bahu kanan omma.

" Ah omma bogoshipda " Ujarku dengan ditemani manik-manik mutiara yang hampir mengalir ke pipi.

" nado " balas omma dengan nada sendunya.

Selepas beberapa saat pelukan dileraikan dan kami berdua masuk ke dalam rumah. Sesampai sahaja kami di ruang tamu, aku duduk di sofa dan menyandarkan badan pada sofa yang empuk itu. Perut di usap perlahan.

" mana appa dengan Seojun? "

Tanyaku bila aku tidak lihat kelibat appa ku dan abang sulung ku. Actually aku anak terkahir dikirakan bongsu dan Choi Seojun abang sulung ku. Kami hanya dua beradik sahaja.

Choi Seojun masih tidak berkahwin walaupun umur sudah lewat 20-an dan hanya tua 3 tahun sahaja dariku. Maknanya 27 tahun.

" main golf lah apa lagi aktiviti anak beranak tu. Sampai hati tinggal omma. Cet! " Cebik bibir dibuatnya.

Kesian omma,
duduk rumah hanya di temani beberapa orang gaji sahaja. Buat geng onion.

" omma tak pergi bergosip pula dengan aunty Son dekat sebelah? "

[✓][🍀]𝓢𝓾𝓪𝓶𝓲 𝓖𝓾𝓵𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓾 + 𝓢𝓪𝓿𝓪𝓰𝓮  ※ ᴍʏɢWhere stories live. Discover now