Bab 27

1.4K 58 0
                                    

     Rayyan Zafril berhentikan keretanya depan simpang rumah agam milik Dhiya Anntasya.

"Rayyan,Thanks sebab tumpangkan I"Dhiya Anntasya tersenyum simpul.

"My pleasure"Rayyan Zafril membalas dengan senyuman penuh makna.Selepas saja Dhiya Anntasya keluar dari perut kereta milik Rayyan Zafril, Audi R9 laju saja meluncur ke lebuh raya besar.

   Dhiya Anntasya mengeluh.Sampai saja dihadapan pintu Dhiya Anntasya dikejutkan dengan beberapa letupan belon.Ada suara kanak-kanak berlari menuju ke arah nya.

   "Heheheh..Sorry Auntie Ann,Sara tak sengaja"Sara cepat-cepat minta maaf sebelum dia lari masuk kedalam.

  "SARA!!" Teriak Dhiya Anntasya.

     Dhiya Anntasaya cepat saja berlari masuk ke dalam."Hah Ann baru je balik?"

  Dhiya Anntasya terkejut dengan suara itu.Suara papa.Dato Nazim dan Datin Zariah ada di situ.Bersama Dato Sharifuddin dan Dato Yussof.

   "Ah,ye Ann baru pulang"

   "Siapa hantar tadi?tak singgah kejap?"Suara Datin Azurin keluar dari dapur dengan membawa setalam berisi minuman ke ruang tamu.Dhiya Anntasya bengang dan terkejut namun dalam hati sempat mengucap syukur.

  "ehm,itu kawan lama Ann.Dia ada kerja sebab tu dia tak sempat nak singgah"Dhiya Anntasya menyalami semua orang yang ada disitu.

Segan.Satu ayat yang berada di kepala Dhiya Anntasya.

  "Ann,bila lagi kamu nak nikahnya?Papa dengar dari Ikmal yang Ann keluar dengan rakan sekerja dia"Membulat terus mata Dhiya Anntasya.

  'Uwais tu kan cucu angkat Dato Sharifuddin'Hati Dhiya Anntasya berbicara.

  "Alaa,abang Ikmal tu saja je tau.Takde lah.tu partner Bisnes Ann jelah"

"Yeke partner bisnes?"Abang long Amri menyampuk.Lalu dia ketawa jahat.

Cepat saja Dhiya Anntasya mengeluarkan ketam.Semua orang tertawa memgusik Dhiya Anntasya.Dhiya Anntasya apatah lagi malu-malu lah jawapnya.

"Ala kalau dah ada tu tak perlu lah tunggu lama-lama lagi nanti kena rampas pulak"Usik Dato Sharifuddin.

Maka makin riuh lah bilik tamu rumah agam milik Datin Azurin dengan kedatangan dua buah keluarga itu.

Dhiya Anntasya hanya mampu untuk tersenyum.Namun dia Sangat bahagia mempunyai keluarga seperti mereka.

"Assalamualaikum"Bunyi Suara seseorang dari arah pintu utama.

"waalaikumsalam,hah cepat masuk sini"Dato Sharifuddin mempelawa tetamu masuk.

Terbutang mata Dhiya Anntasya dengan kedatangan Seorang wanita yang cukup dikenalinya itu.Di belakang wanita itu ada seorang jejaka yang tampan berbaju segak sedondon dengan warna baju Dhiya Anntasya.

"Alahai,dah bejanji ke korang ni baju warna sama" Abang long Amri masih belum habis lagi dengan usikannya.

Cepat saja Dhiya Anntasya menghumban bantal kecil ke muka Abang long Amri.Dhiya Anntasya terus saja begerak masuk ke dapur.

"Ann,kenapa kat dapur ni?"

"Alaa makcik,kejap je Ann haus nak minum"Dhiya Anntasya sebenarnya malu apatah lagi selepas kejadian yang berlaku tadi tengahhari.

"Nak minum apa?Makcik buatkan"

"eh tak apa lah makcik,biar Ann yang buat sendiri"

"Ok lah,kalau dah Ann cakap macam tu"

" Ehhm makcik,Sebenarnya apa ada eh ramai-ramai ni?"Yup Dhiya Anntasya curious sangat-sangat.Apatah lah dengan kedatangan keluarga Ahmad Uwais.Macam datang nak meminang pulak.Tapi nak pinang siapa?Eh,aku je tau anak perampuan kat rumah ni takkan lah nak pinang mama.

Dhiya Anntasya mengelengkan kepalanya."Ann,Kamu ni dah kenapa?"

"Takde papa makcik"

"kamu tak tau ke?"

"Tahu apa?"

Makcik Asimah ketawa kecil sebelum meninggalkan Dhiya Anntasya yang masih terpinga-pinga.

"Ann,daripada Ann sibuk nak korek rahsia dari makcik.Apa kata Ann ikut Kak long kedepan.Ann akan tau lah sendiri"

Kak Long Aishah menarik tangan Dhiya Anntasya sehingga ke ruang tamu besar.Dhiya Anntasya masih menunduk.

"Ann,terima tak?"Datin Azurin bersuara.

"Terima apa?"Soal Dhiya Anntasya semula.Sungguh Dhiya Anntasya bingung.Anyone please help.

"Macam ni lah,Ann.Auntie dan sekeluarga datang sini ada hajat yang sangat besar dan kami akan berharap sangat Ann dapat terima"

"Kami datang ni bawa hajat yang baik untuk besarkan keluarga kita"Sambung Hj Salleh,Ayah Ahmad Uwais.

'Aku tak faham,please explain kepada saya sekali lagi'Bisik Dhiya Anntasya.Muka nya masih memberi reaksi yang kosong.

"Dhiya,jom kita bincang kat luar"Ajak Ahmad Uwais.

Yang lain hanya membenarkan.Biarlah mereka berbicara dengan empat mata."Hah,jangan lama-lama bincang tu"

Ahmad Uwais dan Dhiya Anntasya ke taman mini milik Datin Azurin untuk berbincang.Para penonton dan Penyuara sabar menanti jawapan dari penghakim yang bijaksana.Dan yang tertuduh berdebar menunggu jawapan.

Cinta GangsterWhere stories live. Discover now