Bab 33

901 39 2
                                    

   Majlis semakin hari hampir tiba, semakin sibuk Dhiya Anntasya. Sebulan jugak lah tak berjumpa dengan sang kekasih hati. Hanya berbicara melalui telifon sahaja.

" Eh, Ann jangan lupa tau client yang kelmarim nak jumpa. Kata nya ada hal nak di bincang dengan tile-tile yang dia order "

Nazif Ikmal mengingati adiknya lagi sekali . Memang havok sikit opis mereka sejak kebelakangan ini. Dhiya Anntasya sebagai ketua kumpulan organizer design household memang sibuk. Dua kali ganda sibuk dari kerja abang nya itu. Di tambah lagi dengan majlis nya tidak lama lagi.

" Ok " Pendek saja balasan yang Dhiya Anntasya berikan. Tangan nya penuh dengan kertas lukisan.

Telifon bimbit Dhiya Anntasya tiba-tiba berdering minta di angkat. Dhiya Anntasya mengeluh. Tangan penuh dengan fail dan kertas lukisan ,macam mana nak angkat. Di biarkan dulu berdering sehingga sampai ke bilik office . Dah nak di angkat mati pulak dah.

Dhiya Anntasya melihat gerangan yang menelfonnya. Sudah pasti itu Ahmad Uwais. Senyuman manis terukir di bibir mungil merah milik Dhiya Anntasya. Di dail semula nama itu.

"Helo"

"Assalamualaikum, ni phone Uwais kan ? "

" Ye Uwais, Siapa ni? "

"Awak siapa, kenapa jawab phone Uwais? U...Uwais mana ? "

Bergegar mulut Dhiya Anntasya ketika menyoal soalan tersebut. Suara perampuan yang menjawap panggilan itu jugak seperti pernah dengar.

" Maaf ye, i dengan Uwais sekarang dekat hotel. Kalau u ada ...."

Dhiya Anntasya tidak mampu untuk mendengar lagi, terus saja di tutup panggilan itu. Dhiya Anntasya meraup muka dengan kasar.

Beg dan kunci kereta di bawa kasar. Pintu bilik di katup jugak dengan kasar. Panggilan Nazif Ikmal dibiar. Kaki laju melangkah keluar dari bangunan AR Holding itu.

Kereta Audi R9 dibawa laju membelah jalan raya. Tanpa hala tujuan , Dhiya Anntasya melajukan lagi speed keretanya. Sebuah tangisan pecah. Di biar air mata mengalir.

Dhiya Anntasya menghentikan keretanya berhampiran dengan sebuah tasik. Kepala nya di rehat kan ke stering kereta. Hanya suara sedu-sedan dan tangisan yang memenuhi ruang kereta itu.

"Ok, Dhiya Dhiya kau kena tabah. Mesti tabah " Kata Dhiya Anntasya sambil mengesat air mata dengan kasar.

Tetapi air mata masih juga merembes dengan laju. Nafas nya sudah turun naik menahan amarah terhadap Ahmad Uwais.

" Positif Dhiya positif " Dhiya Annatasya masih menenangkan diri nya sendiri.

Telifon Bimbit berdering . Dhiya Anntasya menjenguk nama yang tertera di skrin telifon bimbit. 'Uwais '

Sebelum menjawab, Dhiya Anntasya mengesat air mata.

"Waalaikumsalam"

" Ye, saya tengah kat jalan ni. Kejap lagi sampai "

"Ye uwais, saya dah uruskan dah semua. Awak tak perlu risau ok ? "

Dhiya Anntasya agak tertekan ketika itu. Tertekan dengan kerja di pejabat, tertekan dengan hal tadi dan tertekan dengan majlis mereka yang hanya tinggal beberapa hari saja.

" Ok Uwais , saya nak letak ni. Assalamualaikum "

Talian di tutup. Dhiya Anntasya mengeluh kasar. Ahmad Uwais kebelakangan ini seperti berubah.

Cinta GangsterWhere stories live. Discover now