Bab 36

764 26 1
                                    

    Dhiya Anntasya bengang dengan soalan yang diberikan oleh Rayyan Zafril. Soalan yang tidak seharusnya keluar dari mulut Rayyan Zafril. Soalan yang membuat hati Dhiya Anntasya berbolak-balik.

Ketukan pintu bilik menyedarkan Dhiya Anntasya.

"Boleh kak Aisyah masuk? "

Dhiya Anntasya mengangguk. Aisyah berdiri di sisi Dhiya Anntasya, Cuba menyelami ke lubuk hati Dhiya Anntasya.

" Tengah fikir apa?"

"Takde pape kak"

Namun Aisyah tahu pasti ada yang menganggu fikiran Dhiya Anntasya ketika itu. Tapi Aisyah tidak mahu mendesaknya.

"Dhiya, kalau ada apa-apa jangan sorok dari kak Aisyah tau. Kak Aisyah risau lah Dhiya asyik beperam je dalam bilik dari tadi "

Aisyah mengenggam kedua belah tangan Dhiya Anntasya, memberikan sedikit tenaga kepadanya.

"Dhiya...Dhiya rasa tak yakin dengan hubungan kami kak"

Setitis air mata jatuh setelah Dhiya Anntasya lepaskan ayat itu. Tak tau kenapa tiba-tiba hatinya rasa takut, tak yakin dengan keputusan yang dia buat. Majlis dah kurang dari sebulan. Ahmad Uwais pulak entah kat mana sibukk dengan kerja dia.

" Dhiya jangan cakap macam tu, Dhiya kene tabah tau. Ni semua ujian yang Allah bagi. Setiap langkah menuju membina masjid keluarga baharu, sentiasa ada cabaran dugaan. Allah tak akan memberi hambanya ujian yang tak semampu hambanya"

Aisyah memeluk Dhiya Anntasya kuat.

"Dhiya tak tahan kak Aisyah"

Makin kuat pulak tangisan Dhiya Anntasya. Memang Dhiya Anntasya tak mampu untuk menangung derita ini.

" Macam ni lah, apa kata Dhiya bawak solat isthikarah? Dhiya mintak pertunjukan dari Allah "

Aisyah mengelap air mata Dhiya Anntasya. Di usap lembut kepala Dhiya Anntasya sebelum meninggalkan nya berseorangan diri.

'Assalamualaikum Uwais, awak sibuk ker? '

Butang send di katik.

Phone di campak ke atas katil. Belum ada tanda-tanda message dari Ahmad Uwais. Dhiya Anntasya mendengus. Nafas berat di lepaskan.

Cinta GangsterWhere stories live. Discover now