Bahagian 1: Jambatan dan Smartphone

3.6K 92 53
                                    

Jambatan pulau pinang tersergam indah pada waktu malam. Angin bertiup lembut menghayun rambut seorang gadis yang berdiri di tepi jambatan. Kedua-dua tangannya didepakan dan dia mula menutup mata. Bunyi angin bertiup kedengaran jelas di telinganya memecah kesunyian malam.

Gadis itu menarik nafas dalam, dia mula terjun dari jambatan dan meluncur laju ke laut dalam. Belum sempat tubuhnya menyentuh permukaan laut, tiba-tiba jam loceng menjerit dan mengejut seorang lelaki dari tidurnya. Kelopak matanya berat namun dia memaksa diri untuk membuka mata dan mematikan jam loceng yang menunjukkan tepat pukul 5.30 pagi.

Lelaki tersebut kemudian menyambung tidurnya semula sebelum alarm di telefon bimbitnya pula mengarahnya bangun. Kali ini lelaki terbabit memaksa diri untuk duduk di tilamnya sambil mengosok mata. Dia tidak perlu melihat jam untuk tahu pukul berapa kerana alarm kedua itu telah ditetapkan pada pukul 6 pagi. Itulah petanda bahawa dia perlu bangun dan bersedia untuk bertugas.

Selesai menunaikan solat subuh, lelaki yang berusia awal 30 an itu mula menghidupkan enjin kereta dan memandu keluar dari rumahnya. Langit kelihatan mendung dan udara terasa sejuk. Kereta yang dipandunya tiba di kawasan meletak kenderaan dan tanpa membuang masa dia berjalan menuju ke bangunan yang bercat biru putih. Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, itulah yang tertera pada pintu gerbang bangunan itu.

"Ferdaus!" jerit seorang gadis ketika lelaki tersebut hampir tiba di meja pejabatnya. Ferdaus kenal dengan suara itu.

"Ye, saya" balasnya lembut.

Gadis itu menghampirinya sambil menghulur sebuah fail.

"Awak kena lapor diri di Penang, ada mesyuarat kat sana yang awak kena join" jelasnya sambil mengukir senyuman manis.

Ferdaus diam seribu bahasa dan mula meneliti kandungan fail itu. Berat hatinya untuk ke negeri itu namun dari kandungan fail tersebut, Ferdaus faham bahawa ini adalah arahan pihak atasan dan dia tidak boleh mengelak.

"Terima kasih" katanya pada gadis itu namun matanya masih fokus pada dokumen yang ada di dalam fail.

Ferdaus memulakan langkah meninggalkan pejabatnya dan menuju ke kereta.

***

Kereta Honda Civic dipandu mengikut had laju di lebuhraya. Di dalamnya, Ferdaus kelihatan gusar.

"Punyalah ramai anggota kat Malaysia ni, aku juga yang dipaksa join" keluhnya.

Lagu Duhai Malam nyanyian Intan Sarafina kedengaran sayu di radio kereta dan mula mengingatkan Ferdaus pada bekas kekasihnya yang juga merupakan peminat tegar lagu itu. Hati Ferdaus semakin berat dan dia semakin murung.

Setelah 6 jam berlalu, Ferdaus hampir tiba di jambatan Pulau Pinang namun terdapat kesesakan lalu lintas yang agak luar biasa dihadapan.

Ferdaus menilik tangan kirinya untuk melihat waktu dari jam tangan dan jarum jam tangannya menunjuk tepat pukul 3 petang. Kelihatan beberapa kenderaan polis dan stesen televisyen parking di bahu jalan.

'Mungkin ada kemalangan' kata hatinya.

Ferdaus kemudian teringat pada kad Touch N Go yang berada di dalam beg pakaian di bonet kereta dan oleh kerana dia perlu mengunakan kad tersebut untuk membayar tol jambatan ke pulau pinang, Ferdaus mengambil keputusan untuk memberhentikan kereta di bahu jalan yang tidak jauh dari kenderaan polis yang lain.

Ferdaus keluar dari perut kereta dan menuju ke bonet belakang, dia hanya mampu berdoa agar kad itu tidak tertinggal dirumah. Seorang anggota polis trafik menghampiri Ferdaus yang kelihatan agak mencurigakan.

"Kenapa parking kat sini? nanti makin jam pula" tegas anggota polis itu.

Ferdaus terkejut apabila disapa secara tiba-tiba.

"Maaf tuan, kad touch n go saya ada kat bonet ni" balas Ferdaus dengan senyuman kurang ikhlas.

"Nak tengok Ic dan lesen" anggota terbabit menyambung

Ferdaus menghulurkan kad pengenalan dan lesennya.

"Oh, kamu ni anggota polis rupanya" katanya lagi sambil menyerahkan kembali kad pengenalan pada Ferdaus.

"Ada kes apa sampai wartawan datang ke sini tuan?" Ferdaus memulakan pertanyaan.

"Kamu tak dengar berita ke? ada seorang gadis bunuh diri, dia lompat dari jambatan" balasnya.

"Kalau dilihat dari keadaan mayat, mangsa telah meninggal dunia lebih dari 3 jam" kata seorang wanita yang tiba-tiba muncul dan mencelah perbualan mereka.

"Aqilah?" balas Ferdaus yang kelihatan binggung.

"Apa khabar Inspektor Ferdaus? dah lama sampai?" sapa gadis yang berpangkat Inspektor percubaan itu.

"Baru je. Saya datang ke sini untuk menghadiri mesyuarat bahagian homosid" jawab Ferdaus.

"Wah! VIP rupanya awak ni" perli Aqilah.

Ferdaus hanya mampu tersenyum, dia sudah malas hendak melayan apa jua bentuk sindiran. Anggota polis trafik kemudian meminta diri untuk menyambung tugasnya mengawal lalu lintas.

"Mungkin awak boleh tolong ajar saya macam mana nak handle kes ni" pinta Aqilah.

Ferdaus tahu yang Aqilah bukan benar-benar mahu belajar dan mungkin saja dia mahu menyindir.

"Tak apalah, awak teruskan je.." belum sempat Ferdaus menghabiskan kata-katanya, Aqilah terus berpaling dan berjalan menuju ke kawasan kejadian sambil mengajak Ferdaus.

Dengan berat hati Ferdaus mengikut langkah Aqilah. Mereka tiba di tempat kejadian dan menghampiri sebuah beg mayat. Kelihatan beberapa anggota polis dan forensik memeriksa kawasan sekitar untuk mengumpul sebarang bukti yang boleh membantu siasatan.

Aqilah merapatkan diri ke beg mayat tersebut dan mengerakkan tangannya untuk membuka zip. Ferdaus menelan air liur dan mula terasa berdebar. Walaupun sudah bekerja di bidang homosid hampir 4 tahun namun dia tetap akan merasa berdebar apabila bertemu dengan mayat- mayat mangsa yang terlibat dengan kes homosid.

Ferdaus cuma berharap keadaan mayat ini tidak terlalu buruk dan melekat diingatan. Cukuplah dengan bayangan keadaan mayat kes sebelum ini yang cukup ngeri dan memualkan sehingga Ferdaus tidak lalu makan. Aqilah membuka zip beg mayat dan menyelak beg tersebut untuk memperlihatkan keadaan mayat itu. Beg terbuka dan Ferdaus terkejut.

Bersambung...

MR. UNIFORM : JAMBATAN PULAU PINANGDonde viven las historias. Descúbrelo ahora