Bahagian 5: Sekatan Jalan Raya dan Bukti

2K 76 9
                                    

Note: Harap-harap cerita ni tak membosankan..selamat membaca

Jam dinding menunjukkan pukul 6 petang. Low Fan Fan masih belum dapat dihubungi dan Ferdaus mula merasa resah. Hatinya tidak sabar mahu menutup kes ini secepat mungkin dan ingin berehat. Ferdaus termenung ke siling pejabat dan fikirannya kosong.

'Adakah aku ni terlalu lembab? Kenapa sampai sekarang kes ni masih belum selesai sedangkan ini kes bunuh diri' kata hatinya.

'Inspektor paling cemerlang konon, kes senang macam ni pun tak dapat nak selesaikan' tambahnya lagi.

Ferdaus menerima banyak pingat penghargaan atas kebolehannya menyelesaikan kes-kes homosid yang rumit dan kebanyakan anggota memandang tinggi akan kebolehannya. Namun ramai yang tidak tahu akan pergolakkan dalam dirinya.

"Saya minta diri dulu ya, saya terlibat dengan sekatan Jalan Raya malam ini" kata Fendi.

***

Beberapa kenderaan berbaris menunggu giliran untuk diperiksa oleh anggota polis. Ferdaus turut serta dalam sekatan itu kerana baginya lebih baik dia melakukan sesuatu yang produktif daripada duduk termenung melihat siling pejabat.

Ferdaus membantu memeriksa cukai jalan dan lesen memandu bagi penunggang motorsikal. Pada mulanya dia ingin sahaja balik ke bilik untuk berehat tapi oleh kerana dia susah untuk tidur, dia mengambil keputusan untuk memenatkan dirinya dahulu agar dia mudah terlena.

"Polis ni tak ada kerja lain ke? Asyik-asyik buat sekatan. Lepas tu bagi saman sedangkan banyak kes kat luar tu masih belum selesai" kata seorang perempuan yang menunggang motorsikal selepas diperiksa oleh salah seorang anggota polis.

Kata-kata perempuan yang sarat mengandung itu menarik perhatian orang ramai termasuk Ferdaus.

Anggota polis itu cuba menenangkan perempuan terbabit dan sebelum keadaan bertukar menjadi lebih buruk, Ferdaus mendekati mereka.

"Apa masalah ni cik?" soal Ferdaus. 

Perempuan itu kelihatan marah dan kemudian menjawab "Saya tak puas hati dengan pihak polis, mereka tak membantu saya pun" katanya dengan nada keras.

Ferdaus menatap wajah perempuan itu dalam-dalam dan cuba untuk mengenal pasti individu itu.

"Awak ni Low Fan Fan ke?" soal Ferdaus.

"Ya saya, dari mana encik tahu nama saya?" soal Fan Fan pula.

Kemarahan Fan Fan bertukar kepada terkejut. Ferdaus merasa pelik kerana menurut fail Low Fan Fan masih bujang tapi sekarang dia tengah sarat mengandung.

"Saya Inspektor Ferdaus, saya bertanggungjawab menyiasat kes kematian adik perempuan awak" jawab Ferdaus.

Fan Fan terdiam dan Ferdaus meminta mereka untuk berbincang tentang kes adiknya. Fan Fan bersetuju dan mereka menuju ke satu sudut jauh tidak jauh dari sekatan Jalan Raya.

Ferdaus tahu yang pemandu kenderaan yang lalu di sekatan itu pasti berfikir yang bukan-bukan. Sudah pasti mereka menganggap Ferdaus meminta rasuah dari Fan Fan. Tapi dia tidak peduli apa yang mereka fikirkan, apa yang penting adalah dia berjaya bertemu dengan kakak mangsa dan kes ini boleh diselesaikan.

"Saya tak percaya, adik saya tak mungkin akan bunuh diri" kata Fan Fan yang sedikit beremosi.

"Tapi semua bukti menunjukkan tiada kesan yang boleh membawa kepada dakwaan pembunuhan" kata Ferdaus pula.

Fendi hanya melihat mereka dari jauh, namun dia tidak pasti apa yang berlaku. Fan Fan kelihatan tidak puas hati dengan jawapan Ferdaus.

"Saya dah agak, polis memang tak guna, tahu makan rasuah je" kata Fan Fan dengan nada kesal dan mata berkaca.

"Cik tidak boleh menuduh sembarangan tanpa bukti" kata Ferdaus sedikit tegas.

Mahu saja ditamparnya gadis berusia 24 tahun dihadapannya itu. Geram.

"Saya tak ada bukti tentang polis ambil rasuah tapi saya ada bukti yang adik saya tidak bunuh diri" tambah Fan Fan.

Ferdaus tergamam dan mula tertanya-tanya bukti apakah yang dimaksudkan.

"Baiklah, boleh kamu tunjukan bukti tu pada saya?" tanya Ferdaus.

"Boleh tapi bukti tu ada di rumah" jawab Fan Fan.

"Jadi bila saya boleh dapatkan bukti tu?" soal Ferdaus lagi.

"Encik datanglah ke rumah saya pada hari esok sebab malam ni saya perlu ke hospital untuk melawat Ibu saya" jawab Fan Fan lagi.

Ferdaus bersetuju dengan cadangan Fan Fan.

"Esok encik tak perlu call saya, datang saja ke rumah sebab saya memang tidak mahu jawab sebarang panggilan telefon" kata Fan Fan.

Barulah Ferdaus teringat tentang panggilan telefon yang dibuatnya tempoh hari.

"Kenapa cik tak mahu jawab panggilan telefon? Nanti kalau ada urusan penting macam mana?" soal Ferdaus.

"Beberapa hari ni ramai wartawan hubungi saya tentang kes adik saya, saya tidak mahu emosi saya terganggu dan sebab itulah saya tidak menjawab panggilan dari nombor yang tidak dikenali" jelas Fan Fan.

"Lagipun wartawan tu telefon bukan nak tolong, mereka cuma nak jadikan saya bahan berita mereka sahaja untuk kaut keuntungan" tambah Fan Fan lagi.

Ferdaus mengangguk faham dan Fan Fan meminta diri untuk pergi.

Fendi menghampiri Ferdaus sambil berkata "Siapa tu tuan? Kenapa nampak serius je?"

"Itulah kakak Chin Fei" balas Ferdaus sambil melihat Fan Fan berlalu pergi menaiki motorsikal yang sama di pandu Chin Fei sebelum dia membunuh diri.

"Berita baik ni, jadi boleh la kita tutup kes ni kan tuan?" soal Fendi.

"Belum lagi la Fendi, Kakak mangsa kata dia ada bukti yang adiknya dibunuh" jelas Ferdaus.

***

Sinaran mentari pagi menyinar di Bandar Pulau Pinang. Udara terasa sejuk dan menyegarkan tubuh manusia sejagat.

"Fendi beritahu saya yang awak ada berjumpa dengan kakak mangsa semalam" kata Aqilah yang berdiri disebelah meja Ferdaus.

"Ya tapi kes ini belum selesai dan masih dibuka" balas Ferdaus acuh tak acuh.

Fikiran Ferdaus penuh dengan bermacam soalan tentang bukti yang dimiliki oleh Fan Fan.

Dia sukar untuk tidur semalam kerana terlalu memikirkan tentang bukti itu.

"Saya nak ikut awak ke rumah mereka nanti ya" kata Aqilah.

"Boleh, kalau Fendi nak turut serta pun okay" jawab Ferdaus.

Fendi menghampiri mereka sambil berkata "Kita nak kemana?"

"Ikut Ferdaus ke rumah keluarga amoi tuh la" balas Aqilah.

Ferdaus hanya memerhati gelagat mereka berdua. Tiba-tiba telefon bimbit Ferdaus berbunyi.

"Inspektor Ferdaus kan?" kata seorang lelaki di hujung talian.

"Ya saya" balas Ferdaus.

"Doktor Henry disini, saya ada perkara penting nak beritahu tuan" jelas Doktor Henry.

"Oh Doktor rupanya..apa dia Doktor? bunyi macam penting je" kata Ferdaus yang kehairanan.

"Saya telah buat pemeriksaan lanjut ke atas mayat Chin Fei dan saya dapati bahawa dia telah mengandung" kata Doktor Henry.

Ferdaus terdiam.

Bersambung....

MR. UNIFORM : JAMBATAN PULAU PINANGWhere stories live. Discover now