Bahagian 10: Kawan dan Suspek

2.3K 75 156
                                    

Pagi itu Ferdaus dan Fendi tiba di balai seperti biasa. Fendi kelihatan malu dan tidak bercakap langsung dengan Ferdaus. Ferdaus juga tidak berkata apa-apa. Aqilah pelik melihat keadaan mereka dan menghampiri Fendi.

“Senyap je kau hari ni? tak bertegur pun dengan Ferdaus pun” tanya Aqilah.

“Eh takde la okay je” balas Fendi yang cuba menyembunyikan perasaan malu.

Ferdaus pula fokus membuat kerjanya. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu memikirkan kejadian semalam. Apa yang berlaku adalah satu kesilapan. Aqilah mendekati Ferdaus.

“Ada apa-apa perkembangan ke tentang kes amoi bunuh diri tu?” soal Aqilah

“Belum lagi” balas Ferdaus pendek.

“Kita tutup je la kes ni. Lagipun tak ada bukti nak kaitan dengan pembunuhan” balas Aqilah

Apa yang dikatakan itu ada benarnya. Banyak lagi kes penting yang belum selesai. Kes ini seperti pekerjaan yang sia-sia dan tidak membawa hasil.

“Tapi kita belum soal siasat bekas teman lelaki Fan Fan kan?” soal Ferdaus.

Barulah Aqilah teringat tentang lelaki itu.

“Tapi Fan Fan sendiri kata yang lelaki tu tak boleh digunapakai. Macam mana kalau kita tak menemukan bukti yang kukuh” dalih Aqilah

“Belum cuba belum tahu. Mungkim dia boleh bagi kita petunjuk” pujuk Ferdaus.

Aqilah terpaksa mengalah. Dia tak mungkin dapat mengubah fikiran Ferdaus yang berpendirian teguh.

***

Ferdaus cuba menghubungi bekas teman lelaki Fan Fan yang bernama Anjit Kumar. Hampir beberapa minit menunggu di talian panggilannya tidak dijawab bahkan dihantar terus ke peti suara.

Ferdaus menjelaskan sedikit tentang tujuan panggilan itu dibuat sebelum menamatkan mesej peti suara.

Tengah hari itu Ferdaus duduk sendirian disebuah kedai makan. Makanan yang dipesannya juga telah habis ditelan. Cukup mengenyangkan perut yang lapar.

Kini kepalanya sedikit berat dan tubuhnya mulai letih. Mindanya juga meminta untuk berehat. Alangkah bagusnya jika dia tidur selepas makan tengah hari.

Tiba-tiba Fendi duduk dihadapan Ferdaus dengan pinggan yang penuh dengan makanan.

“Boleh duduk sini?” soal Fendi

“Dah duduk dah pun kan” balas Ferdaus

“Err..ya tak iya..jemput makan ye” balas Fendi pula

“Silakan” kata Ferdaus sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.

Fendi menyuap nasi kemulut sambil matanya mencuri-curi pandang kearah Ferdaus. Pabila Ferdaus membalas pandangannya, Fendi tertunduk menatap nasi di pinggan.
Ferdaus hairan dengan sikap aneh Fendi itu.

“Kau ni dah kenapa? Buang tebiat?” soal Ferdaus

“Erm..er..aku..aku nak minta maaf” kata Fendi

“Minta maaf sebab apa?” soal Ferdaus

“Pasal semalam..aku dah buat kesalahan besar” kata Fendi

Ferdaus merenung sahabat barunya itu. Permohonan maaf dari Fendi kedengaran ikhlas dan ada nada penyesalan.

“Bukan salah kau sepenuhnya. Aku sendiri pun salah sebab tak mampu tahan nafsu” balas Ferdaus selamba.

“Huh?! Erm..hurm..tak de apalah” kata Fendi yang kelihatan ragu-ragu

“Kenapa? Cakap je la” tegas Ferdaus

MR. UNIFORM : JAMBATAN PULAU PINANGWhere stories live. Discover now