Bahagian 2: Beg Mayat dan Mangsa

2.6K 79 76
                                    

Beg mayat dibuka. Ferdaus membulatkan biji matanya kerana terkejut melihat sekujur tubuh gadis lingkungan belasan tahun yang kaku dan pucat. Badannya kembung mungkin kerana dipenuhi air laut dan bau yang kurang enak menusuk ke hidung Ferdaus dan terus ke otak.

Hampir sahaja dia muntah namun oleh kerana sudah terbiasa melihat mayat dan menghidu baunya dia masih boleh mengawal diri. Banyak persoalan bermain difikiran dan perasaan bercampur baur antara terkejut, mual dan kasihan menyelubungi diri.

'Masih muda lagi' hatinya bersuara.

"Jadi, apa pendapat awak?" soal Aqilah.

"Entahlah, nampak macam kes bunuh diri tapi tanpa bukti kukuh dan siasatan lanjut dari forensik, saya tak berani nak buat andian yang bukan-bukan" jawab Ferdaus acuh tak acuh dan kalau boleh dia tidak mahu melihat mayat itu lagi.

Aqilah tersenyum sambil menutup semula beg mayat tersebut dan beberapa anggota polis mula mengangkatnya ke Trak Polis yang parking di bahu jalan.

"Berapa hari awak akan berada disini?" tanya Aqilah lagi.

"Tak pasti la awak, mungkin beberapa hari je. Lepas tu saya baliklah" balas Ferdaus.

"Oh okey tak apa, tapi kalau awak nak, saya bole je jadi pemandu pelancong untuk awak. Kalau awak nak bersiar-siar di kawasan sekitar" kata Aqilah sambil melemparkan senyum manis.

Ferdaus hanya mengangguk sahaja.

'Dia ni macam nak tackle aku je' suara hati Ferdaus berkata.

Aqilah bertukar nombor telefon dengan Ferdaus sebelum dia berlalu pergi. Beberapa tahun lalu, Aqilah pernah terlibat dalam satu operasi menyerbu kawasan pelacuran bersama-sama Ferdaus di bandar Ipoh dan oleh sebab itulah mereka kenal satu sama lain namun hubungan mereka tidak rapat.

***

Pukul 5 petang Ferdaus tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang untuk melapor diri. Walaupun dia sebenarnya diminta untuk melapor diri pada esok hari namun Ferdaus lebih suka datang lebih awal. Itulah salah satu sikap yang sudah lama dia miliki sejak di bangku sekolah lagi.

Selesai melapor diri dan mendapatkan maklumat tentang mesyuarat esok, Ferdaus menuju ke bilik kuaters yang disediakan khas oleh pihak penganjur.

Pintu bilik ditutup dan Ferdaus bersandar pada pintu. Dia melihat beg pakaian dan beg kerja di sisinya. Dia kemudian menghela nafas panjang dan cuba menutup matanya dengan rapat dengan harapan dia boleh menenangkan diri. Namun dia tersilap apabila bayangan mayat gadis tersebut muncul diminda dan tiba-tiba dia merasa seperti lemas dan tenggelam dalam lautan hitam yang tiada penghujungnya. Dia segera membuka mata untuk kembali ke realiti.

"Aduh! Kenapalah waktu macam ni awak muncul!" kata Ferdaus seolah-olah gadis tersebut ada dihadapannya.

Cuma ada satu cara sahaja untuk menghilangkan bayangan itu, Ferdaus bergegas mengemas pakaiannya dan bersiap untuk keluar bilik.

***

Ferdaus menyuap nasi ke mulutnya dan setiap perisa makanan itu meransang deria rasa dan membuatnya tenang. Makanan adalah antara benda paling penting dalam hidup Ferdaus dan telah banyak membantu dia menghilangkan rasa gemuruh dan runsing.

Angin malam bertiup lembut ketika dia sedang asyik menikmati makanan di sebuah kedai mamak berdekatan. Ferdaus tahu bahawa makan terlalu banyak adalah tidak baik untuk kesihatan dan kini dia cuba mengambil diet yang betul dan sentiasa bersenam.

Bagi Ferdaus sebagai anggota polis dia perlu sentiasa berada dalam keadaan cergas dan memiliki stamina yang baik namun dia sedar akan kelemahan dirinya iaitu minda yang lemah dan mudah diserang kemurungan.

Selesai makan dan bersiar-siar melihat bandar Pulau Pinang di waktu malam bersendirian, Ferdaus kembali kebiliknya dan merebahkan diri ke katil. Badannya letih dan tenaganya mulai kering, dia perlu berehat kerana dia perlu menghadiri mesyuarat keesokan harinya.

Langit gelap dan kelam menandakan waktu telah lewat malam namun Ferdaus masih terjaga. Fikirannya bercelaru dengan bayangan mayat gadis itu yang bercampur dengan mesyuarat esok tetapi pada masa yang sama dia merasa teruja entah kenapa.

Semua perasaan ini membuat dia semakin tertekan kerana badannya telah penat namun otaknya masih aktif dan dia masih belum tidur, setelah beberapa jam akhirnya dia terlelap sendiri.

***

"Terima kasih kerana menghadiri mesyurarat khas bahagian Homosid" kata pengerusi majlis yang memulakan mesyuarat.

Ferdaus cuba untuk memberi sepenuh perhatian namun hatinya terdetik

'Kenapa aku diminta hadir mesyuarat ini sedangkan aku hanyalah Inspektor biasa dan mereka semua adalah pegawai atasan'

Mesyuarat berakhir pada hari kedua dan Ferdaus mula merasa dirinya seperti tiang eletrik di tepi jalanraya yang sesak. Wujud dan diperlukan namun tidak terlibat dengan kesesakan lalu lintas. Begitulah dia merasa dirinya sewaktu menghadiri mesyuarat tadi. Tetapi jauh disudut hatinya dia lega kerana urusannya di sini telah pun selesai dan dia sudah boleh kembali ke Kuala Lumpur.

Tidak sabar rasanya untuk kembali kerumah dan merehatkan diri di tilam. Wajah Ferdaus berseri-seri tapi belum sempat dia melangkah keluar Ibu pejabat Polis, dia diseru oleh seseorang.

"Ferdaus ke sini sebentar, ada hal yang saya perlu bincang dengan kamu" kata seorang pegawai kanan polis yang sama-sama menghadiri mesyuarat tadi.

Beliau adalah Komisioner Zakhir yang juga merupakan pegawai atasan Ferdaus. Ferdaus segera bergerak ke arahnya.

"Saya mahu kamu berada di sini untuk beberapa hari atau minggu lagi" katanya dengan nada serius.

"Ada apa ye tuan?" balas Ferdaus yang semakin bingung.

"Kamu akan berada di sini untuk membantu mereka menyelesaikan satu kes, kes gadis yang terjun dari jambatan pulau pinang tempoh hari" sambung Komisioner Zakhir.

Arahan itu seperti satu halilintar di telinga Ferdaus, matanya membulat dan dia mula merasa kurang selesa.

'Oh tidak, kenapa aku?!' hatinya menjerit.


BERSAMBUNG.....

MR. UNIFORM : JAMBATAN PULAU PINANGWhere stories live. Discover now