Bahagian 8: Arahan dan Janji

1.9K 70 182
                                    

"Mana Inspektor Ferdaus?" soal Fan Fan yang lemah terbaring di katil hospital.

"Dia ada kat balai sekarang" jawab Aqilah yang duduk di sebelahnya.

"Saya malu sangat cik, saya tak tahu kenapa saya bertindak bodoh macam tu" kata Fan Fan pula.

Dia menyesal dengan perbuatannya tempoh hari apabila pisau kecil itu dihalakan pada Ferdaus.

"Tak apalah, asalkan puan dan baby dalam perut tu stabil" kata Aqilah yang cuba memujuk Fan Fan.

"Saya tahu awak masih keliru dan sukar untuk terima hakikat. Tapi awak jangan risau sebab Inspektor Ferdaus seorang yang menepati janji" kata Aqilah lagi.

"Dia akan meneliti kes adik awak sampai selesai" sambungnya.

"Entah la puan, saya pun tak tahu nak percaya apa lagi" balas Fan Fan lemah.

"Sebenarnya, Inspektor Ferdaus berjaya menemui seorang saksi yang boleh membantu siasatan" kata Aqilah.

"Siapa?" soal Fan Fan.

"Bekas teman lelaki awak, kami nak minta tolong awak untuk berikan nombor telefon dia untuk kami hubungi" balas Aqilah.

Fan Fan sedikit terkejut.

"Puan jangan percaya kat jantan tak guna tu! Dia lah yang buat saya macam ni lepastu dia tak mahu bertanggungjawab" kata Fan Fan yang mula kelihatan kurang selesa.

Aqilah sudah menjangka itulah yang berlaku. Mana mungkin seorang gadis tiba-tiba mengandung tanpa berkahwin kalau bukan disentuh oleh teman lelakinya sendiri.

"Saya faham cik, tapi ini penting untuk bantu kita siasat kes ni" pujuk Aqilah.

Fan Fan terdiam, dia buntu dan melihat ke luar tingkap.

***

Sementara itu, Ferdaus merehatkan diri di kerusi. Matanya ditutup sebentar untuk mencari ketenangan. Bunyi-bunyi kesibukan dalam pejabat hilang seketika sebelum dia dikejutkan oleh bunyi telefon bimbitnya.

"Kamu ada masa beberapa hari saja, kemudian kamu perlu lapor diri di KL" kata Komisioner Zakhir dihujung talian.

Beberapa minit bercakap dengan orang atasan membuatkan Ferdaus semakin tertekan. Dia tersepit antara arahan dan janji. Dia perlu selesaikan kes ini secepat mungkin dan pulang ke Kuala Lumpur.

Wajah Ferdaus yang sugul dan tertekan menarik perhatian Fendi. Fendi menghampiri Ferdaus yang mengeluh selepas meletak telefon bimbit di meja.

"Kau free ke malam ni?"soal Fendi.

Ferdaus pelik dengan soalan Fendi dan terus menjawab "Boleh la, kenapa ye?"

"Aku nampak kau ni stress je memanjang, apa kata ikut aku pergi lepak dengan kawan aku malam ni, nak?" ajak Fendi.

Ferdaus berfikir sejenak sebelum bersetuju. Lagipun dia perlu buat sesuatu untuk menghilangkan rasa berat didadanya. Lepak dengan Fendi mungkin akan membantu dia untuk bertenang seketika.

Sebelum pulang Aqilah muncul dihadapan Ferdaus sambil menyerahkan sehelai kertas. Maklumat bekas teman lelaki Fan Fan.

"Terima kasih Aqilah, bagaimana keadaan Fan Fan?" soal Ferdaus.

"Dia dan kandungan dia dalam keadaan stabil" balas Aqilah.

"Anak dalam kandungannya tu sebenarnya anak lelaki ini dan dia beri amaran yang lelaki ni tak boleh nak dipercayai" tambah Aqilah lagi.

Ferdaus hanya mengangguk.

"Betul ke awak nak teruskan kes ini" soal Aqilah lagi.

"Ye" balas Ferdaus.

"Maaf tapi pada saya ini kerja sia-sia" kata Aqilah perlahan.

"Saya dah janji, dan saya akan kotakan janji saya. Sehingga Fan Fan boleh terima hakikat barulah saya tutup kes ini" jawab Ferdaus.

Aqilah memang kagum dengan lelaki segak yang duduk dihadapannya. Dia memang jatuh hati pada Ferdaus kali pertama bertemu namun dia hanya menyimpan perasaan dalam hati sahaja.

Pukul 9 malam Ferdaus tiba di Starbuck Georgetown untuk bertemu dengan Fendi dan kawannya. Selesai memesan air dan sepotong kek, Ferdaus tercari-cari kelibat Fendi dan pada masa sama Fendi mengangkat tangannya sambil melambai untuk memanggil Ferdaus.

Fendi duduk di meja berdekatan dinding. Ferdaus bergerak ke arah meja Fendi dan di melihat dua gadis bersama Fendi tapi mereka duduk menghadap Fendi dan Ferdaus tidak dapat melihat wajah mereka.

'Laa kawan dia perempuan ke?' kata hatinya.

Fendi tersenyum lebar melihat kehadiran Ferdaus yang memakai baju t-shirt biru muda tidak berkolar dan seluar slack hitam. Sedangkan dia memakai baju Polo putih berseluar jeans biru lusuh.

"Haa, ni la polis paling hot kat Malaysia" kata Fendi pada dua gadis yang duduk di hadapannya.

Ferdaus duduk disebelah Fendi dan melemparkan senyum pada kedua gadis melayu itu. Mereka kelihatan muda, sangat muda. Ferdaus kehairanan.

"Tuan, saya kenalkan ni Aina dan ini pula Syafika" kata Fendi.

Aina yang berkulit putih dengan ketinggian 155 cm itu senyum ke arah Ferdaus. Mukanya bersih dan licin. Syafika pula berkulit kuning langsat dan sedang sibuk membalas mesej di telefon bimbitnya.

"Sorry, reply mesej member tadi, hai Encik Ferdaus" kata Syafika sedikit manja.

Mereka berdua memakai baju t-shirt yang ketat dan berseluar jeans. Nampak seperti gadis yang gemar bersosial. Ferdaus hanya mengangguk.

"Mereka berdua ni budak sekolah menegah, umur pun baru 16 tahun" sambung Fendi.

Ferdaus terkejut.

'Biar betul Fendi ni keluar dengan budak sekolah, bawah umur lagi tu. Bahaya' kata hati Ferdaus.

Bersambung..


MR. UNIFORM : JAMBATAN PULAU PINANGWhere stories live. Discover now