Bahagian 7: Pisau dan Hospital

2.1K 79 193
                                    

Mata pisau dihalakan ke arah Ferdaus. Mata Fan Fan merah menyala dan tangannya sedikit terketar. Dia kelihatan marah bercampur sedih. Emosinya tidak stabil ketika ini dan Ferdaus secara perlahan bangun. Kedua tangan Ferdaus di angkat keparas dada sambil tapak tangannya terbuka menghala ke Fan Fan seolah-olah meminta dia berhenti.

"Fan Fan, tolong serahkan pisau tu pada saya" ujar Ferdaus lembut.

Namun tidak diendahkan oleh Fan Fan. Melihat tiada reaksi balas dari Fan Fan, Ferdaus cuba berjalan ke arah Fan Fan.

"Jangan hampiri saya!" tempik Fan Fan.

Langkah Ferdaus terhenti. Mata pisau itu kelihatan sangat tajam dan Ferdaus tidak mahu berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Tolong jangan buat macam ni Fan Fan, fikirkan tentang kandungan awak" pinta Ferdaus sedikit tegas.

Inilah keadaan yang Ferdaus cuba elakkan. Drama.

"Saya dah penat macam ni tuan, penat tau tak?!" jerit Fan Fan.

Dadanya berombak dan air matanya masih mengalir.

"Saya tak percaya yang adik saya buat kerja bodoh macam tu! Saya kenal dia" sambungnya lagi.

Ferdaus hanya berdiam diri. Ferdaus cuba melangkah untuk mendekati Fan Fan dan Fan Fan sedar yang pisau itu akan dirampas oleh Ferdaus.

Mata pisau dihala ke arah perutnya yang membusung dan mengugut Ferdaus agar tidak mendekatinya atau tidak dia akan tikam diri sendiri dan kandungannya. Ferdaus tergamam.

'Perempuan ni dah gila agaknya!' getus hati Ferdaus.

"Bawa bertenang cik, anak tu tak bersalah!" pinta Ferdaus.

Fan Fan masih menangis dan kelihatan keliru. Dadanya berombak dan tangannya masih mengeletar. Ferdaus mencari akal bagaimana hendak merampas pisau itu dengan pantas.

Pisau itu terlalu rapat dengan Fan Fan dan kurang sesaat ianya boleh tembus ke perut. Ini satu risiko dan Ferdaus perlu berhati-hati.

Ferdaus mendapat akal untuk memancing perhatian Fan Fan.

"Baiklah cik, saya akan siasat kes adik cik ni betul-betul" pujuk Ferdaus.

Kata-kata Ferdaus berjaya menarik perhatian Fan Fan. Melihat reaksi Fan Fan, Ferdaus tahu umpannya berjaya.

"Saya tidak akan tutup kes ini sampailah kita ada bukti kukuh" sambung Ferdaus lagi.

Fan Fan kelihatan sedikit tenang dan tangannya lemah memegang pisau.

Ferdaus tahu dia perlu pantas tapi dia tak boleh tergesa-gesa. Silap langkah buruk padahnya. Perlahan-lahan dia mendekati Fan Fan sambil berkata

"Saya faham perasaan cik dan saya berjanji akan meneliti kes ini sebelum menutupnya tapi saya perlu bantuan cik"

Fan Fan seolah-olah ingin bertanya bantuan apa yang Ferdaus maksudkan. Dan dengan pantas Ferdaus meluru kearah Fan Fan dan tangannya segera memegang pergelangan tangan Fan Fan yang memegang pisau itu.

Berlaku sedikit pergelutan kecil namun Ferdaus dengan mudah merampas pisau itu dari tangan Fan Fan. Tenaga Ferdaus lebih kuat hasil angkat berat di Gimnasium memberikan Ferdaus tenaga dan stamina yang banyak yang tidak terlawan oleh Fan Fan.

Pisau dicampak jauh ketepi dan Ferdaus berdiri dihadapan Fan Fan. Melihat rancangannya gagal Fan Fan cuba memukul dada Ferdaus sambil menjerit namun kedua pergelangan tangannya di pegang erat oleh Ferdaus. Fan Fan tidak sanggup melihat lelaki dengan ketinggian 178cm di hadapannya itu. Dia malu.

Dada Fan Fan masih berombak dan kepalanya mula terasa berat. Pandangannya kabur dan dia pengsan. Mujur Ferdaus ada untuk menyambutnya dari jatuh tersungkur ke lantai. Ferdaus panik dan mengangkat Fan Fan sebelum membaringkan dia di sofa berdekatan.

Telefon pintarnya di capai dan dia menghubungi Ambulance. 10 ke 15 minit kemudian Ambulance tiba dan membawa Fan Fan ke Hospital Pulau Pinang. Keadaan kawasan flat rumah Fan Fan heboh seketika apabila Ambulance tiba.

Kelihatan beberapa mak cik-mak cik berbisik satu sama lain. Entah apa yang difikir mereka namun Ferdaus tidak mengendahkan kelakuan yang kurang senonoh itu. Buang masa saja jika dilayan.

***

Ferdaus duduk di kerusi menunggu selepas Fan Fan di masukkan ke wad mengandung. Dia hanya mampu berdoa agar kandungan Fan Fan selamat. Sekarang dia terikat dengan janjinya pada Fan Fan untuk meneruskan kes ini. Perasaan hampa menyelubungi diri.

Telefon bimbit berbunyi menandakan seseorang menghantar pesanan ringkas. Ferdaus melihat telefon pintarnya dan terdapat satu mesej dari Fendi di hantar melalui WhatsApp.

'Kami dalam perjalanan ke rumah Fan Fan.' - Fendi

Ferdaus membalas

'Tak perlu, datang ke hospital pulau pinang sekarang. Saya tunggu di sini'

10 minit kemudian mereka sampai dalam keadaan tergesa-gesa.

"Apa dah jadi? Kau sakit apa?" soal Fendi bertalu-talu.

Aqilah juga nampak cemas. Ferdaus menjelaskan apa yang berlaku dirumah Fan Fan dan mereka berdua terkejut.

"Jadi macam mana sekarang?" soal Fendi yang duduk di sebelah Ferdaus.

Ferdaus memandang ke arah Aqilah yang duduk di hadapannya lalu berkata "Saya pun tak pasti".

"Benarkan saya untuk berjumpa dengan Fan Fan. Mungkin saya boleh jelaskan pada dia" kata Aqilah.

Melihat kesungguhan Aqilah, Ferdaus pun bersetuju.

***

Ferdaus tidak pulang ke bilik sebaliknya dia kembali ke pejabat. Fikirannya bercelaru namun dia tidak pasti apa yang membuatnya jadi begitu.

Skrin komputer ditatap dalam-dalam dan dia terlihat beberapa salinan rakaman kamera litar tertutup yang diberi oleh bahagian trafik. Salinan video itu disimpan dikomputernya agar mudah untuk meneliti kandungannya.

Tergerak hatinya untuk melihat video itu semula. Pada mulanya tiada yang menarik perhatian sehinggalah satu wajah yang tidak asing kelihatan dalam video itu. Dalam video tersebut Chei Fan meletak motorsikal di kawasan parking dan berlalu pergi kemudian seorang lelaki yang turut menunggang motor, parking dibelakang motorsikalnya.

Rakaman dihentikan untuk Ferdaus cuba mengecam wajah lelaki itu. Tidak salah lagi, itu adalah bekas teman lelaki Fan Fan. Lelaki India yang berada di rumah Fan Fan tempoh hari. Ferdaus mendapat idea untuk berjumpa dengan lelaki itu. Mungkin dia boleh beri sebarang petunjuk atau boleh membantu siasatan.

Bersambung..

MR. UNIFORM : JAMBATAN PULAU PINANGWhere stories live. Discover now