Bahagian 3: Viral dan Cemerlang

2.3K 86 43
                                    

"Maaf tuan, tapi bukankah kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri? Kenapa perlu buat siasatan lanjut?" soal Ferdaus dengan nada sedikit tersekat-sekat.

"Memang la itu kes bunuh diri tapi keluarga mangsa berhabis-habisan mendakwa bahawa gadis itu dibunuh dan kini berita tentang gadis itu menjadi viral" jelas Komisioner Zakhir.

Ferdaus menundukkan pandangannya dan mula rasa kecewa. Air mukanya kelihatan suram dan impiannya untuk kembali ke Kuala Lumpur musnah.

"Saya tahu awak dah bersedia nak pulang tapi pada pendapat saya lah, lebih baik awak bantu mereka dalam kes ni sekurang-kurangnya ini peluang terbaik untuk kita bertukar ilmu dan menambah kemahiran" kata Komisioner Zakhir cuba menyakinkan Ferdaus.

"Saya..." belum sempat Ferdaus menghabiskan ayatnya Komisioner Zakhir menambah.

"Saya pilih awak sebab awak yang terbaik dan saya percaya awak boleh lakukannya" sambung Komisioner Zakhir yang cuba menyuntik kata-kata semangat.

Ferdaus tahu bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain dan dengan rasa berat hati dia terpaksa bersetuju.

"Ingat, awak mewakili kontinjen KL, jadi buat yang terbaik ya" Komisioner Zakhir memberi amaran halus sebelum berlalu meninggalkan Ferdaus yang berdiri kaku.

'Nampaknya awak memang tak nak lepaskan saya ye' kata hati Ferdaus seolah-olah sedang bercakap dengan gadis yang telah membunuh diri itu.

***

Keadaan riuh berlangsung di dalam sebuah dewan di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang. Satu sidang media telah diadakan tentang kes gadis tersebut.

Kelihatan beberapa wartawan menangkap beberapa gambar dan ada juga yang bertanyakan soalan. Kes itu telah menjadi viral di laman sosial dan menjadi trending di Malaysia.

Ramai pihak yang ingin mengetahui perkembangan kes tersebut dan ada juga yang mengaitkannya dengan isu-isu politik.

Ferdaus berdiri di satu sudut sambil memerhati gelagat wartawan yang tidak sabar bertanyakan soalan bertubi-tubi pada Komisioner Gunasekaran yang juga merupakan pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Pulau Pinang.

"Saya tahu ramai antara anda ingin tahu perkembangan kes ini, kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya" kata Komisioner Gunasekaran.

"Tapi bagaimana pula dengan video yang dimuat naik di media sosial oleh kakak mangsa yang mengatakan mangsa sebenarnya telah dibunuh?" soal seorang wartawan.

"Kami sedia maklum bahawa kes ini telah menjadi viral dan sebab itulah kami akan membuat siasatan lanjut. Berita baiknya, kami akan menambah seorang lagi anggota polis untuk membantu kami menyelesaikan kes ini secepat mungkin." Jelas Komisioner Gunasekaran

"Saya perkenalkan, Inspektor Ferdaus" kata Komisioner Gunasekaran sambil menghala ke arah Ferdaus yang berdiri disudut dewan.

Seluruh dewan berpaling ke arahnya dan terdiam beberapa saat sebelum wartawan semakin galak menangkap gambar Ferdaus.

***

Di perkarangan Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang, seorang wartawan wanita sedang sibuk membuat liputan secara langsung dihadapan kamera.

"Pihak polis telah mengumumkan bahawa Inspektor Ferdaus akan turut serta dalam membantu siasatan kes ini" kata wartawan terbabit.

Ferdaus hanya melihat dari jauh sahaja gelagat wartawan itu dan tiba-tiba dia ditegur.

"Wah beruntung la kami dibantu oleh Inspektor yang paling cemerlang dalam PDRM" perli Aqilah.

Ferdaus yang menjangka kehadiran Aqilah hanya memandang kosong ke arahnya dan mengalihkan pandangannya kembali pada wartawan itu.

"Jadi, lepas ni kita lebih kerap jumpa la kan?" sambung Aqilah yang kedengaran ceria.

Ferdaus hanya berdiam diri namun dimindanya bermacam soalan timbul tentang kes kematian gadis itu.

***

Lampu menerangi lorong yang dilalui Ferdaus menuju ke bahagian forensik. Tujuan dia ke sana adalah untuk melihat semula mayat gadis tersebut sambil mengetahui lebih lanjut tentang keadaannya.

Perasaan seram menyelubungi diri kerana kawasan itu sunyi sepi tapi dia bukan berseorangan, dia ditemani oleh Doktor Henry yang juga merupakan Doktor yang bertanggungjawab membedah siasat mayat gadis itu.

Doktor yang berasal dari Sarawak itu membuka pintu bilik mayat dan didalamnya terdapat beberapa peti untuk menyimpan mayat-mayat yang telah dibedah siasat. Doktor Henry kemudian menyerahkan sebuah fail kepada Ferdaus yang mengandungi maklumat gadis terbabit.

Low Chin Fei, 14 tahun, bangsa cina. Itulah antara maklumat yang terdapat dalam fail tersebut. Sementara Ferdaus meneliti maklumat mangsa, Doktor Henry membuka pintu salah satu peti mayat dan menarik keluar seorang mayat yang diselubungi kain putih. Kain putih dibuka dan mayat Chin Fei sekali lagi dipersembahkan pada Ferdaus.

Ferdaus kini duduk termenung melihat komputer riba di mejanya, matanya terpaku melihat maklumat hasil bedah siasat di skrin komputer. Tiada kesan yang boleh membawa pada kes pembunuhan dan mangsa kelihatan seperti telah membunuh diri. Ferdaus semakin bingung kerana kakak mangsa bermati-matian mendakwa bahawa adiknya telah dibunuh.

Ferdaus berdiri dan meninggalkan meja, dia bergegas menuju ke keretanya.

'Mungkin tiba masanya untuk aku melawat keluarga mangsa' kata hati Ferdaus.

Bersambung...

MR. UNIFORM : JAMBATAN PULAU PINANGWhere stories live. Discover now