Bahagian 12: Balasan dan Penamat

2.4K 100 289
                                    

Ferdaus mengurut dahinya yang mulai berdenyut. Pandangan mata semakin kabur dek kerana terlalu lama melihat skrin komputer dan telefon pintar.

“Apa maksud semua ni?” soal Fendi yang duduk di sebelah Ferdaus

Fendi terkejut dengan semua rahsia yang terbongkar antara Chin Fei dan Anjit. Segalanya telah terbukti.
Aqilah tiba dengan makan malam mereka yang dipesan dari kedai seberang jalan.

Bungkusan berisi nasi goreng itu diletak di atas meja sambil dia mendekati dua jejaka yang kelihatan kusut itu

“Jadi macam mana ni?” soal Aqilah lagi

Telefon bimbit yang ditemui di rumah Anjit ternyata milik Chin Fei dan setelah pihak polis berjaya memecahkan kod kunci telefon pintar tersebut, mereka masuk ke dalam untuk mencari bukti.

Apa yang ditemui cukup mengejutkan. Chin Fei dan Anjit rupanya memiliki hubungan dibelakang Fan Fan dan lebih parah lagi anak dalam kandungan Chin Fei itu adalah anak Anjit.

Namun belum dapat dipastikan sama ada itu betul atau salah dan hanya dengan keputusan makmal saja yang boleh memberi jawapan tepat. Tapi lebih memeranjatkan lagi, Chin Fei terlibat dengan Anjit dalam penjualan dadah disekolahnya. Seterusnya menjadikan mereka rakan subahat. Tapi Ferdaus tidak mengerti kenapa Chin Fei bunuh diri?

Satu demi satu mesej Chin Fei dan Anjit dibaca. Adakalanya mereka bergaduh dan ada kalanya pula mereka seperti pasangan sedang dilamun cinta. Satu hubungan yang merumitkan.

Ferdaus, Fendi dan Aqilah menghabiskan malam mereka meneliti bukti baru yang mereka kumpul dan pada masa sama mencari Anjit.

***

Keesokkan harinya, Ferdaus tiba di rumah Fan Fan untuk menyampaikan berita penting itu. Tapi rumahnya seperti tidak berpenghuni.

“Hurm..macam tak ada orang” kata Aqilah yang datang bersama Ferdaus

Baru saja mereka hendak pulang, tiba-tiba seorang mak cik datang dan memanggil Ferdaus.

Mak cik itu menjelaskan bahawa semalam, seorang lelaki India datang ke rumah Fan Fan dan berlaku pertengkaran.

Mak cik itu kemudian cuba melihat apa yang berlaku dan dia sempat melihat Fan Fan di paksa untuk mengikut lelaki India tersebut. Lelaki itu kelihatan marah.

Ferdaus bertanya kenapa mak cik itu tidak menghubungi polis, tapi mak cik itu menganggap itu hanya pergaduhan biasa kerana sebelum ini mereka sering bergaduh. Tapi sejak semalam Fan Fan tidak kelihatan dan mak cik itu semakin risau.

“Mungkin itu Anjit” kata Aqilah

“Mungkin juga” kata Ferdaus yang meninggalkan kawasan perumahan itu

Ferdaus kemudian menghubungi Fendi untuk membuat pencarian ke atas Anjit dan kini dikehendaki pihak polis. Dia dan Aqilah kemudian pulang ke balai polis untuk turut serta dalam pencarian itu.

***

“Kau boleh diam tak?” tengking Anjit pada Fan Fan

Tangisan Fan Fan semakin kuat dan perutnya semakin sakit. Mereka kini berada di sebuah bangunan terbiar jauh di dari kota

“Lepaskan aku!” rayu Fan Fan yang menggosok perutnya yang membusung

“Jangan harap! Kau yang bagi tau polis pasal aku jual dadah kan? Kau memang perempuan sial!” jerit Anjit lagi

Sakit hatinya pabila punca rezeki dirampas polis bahkan kesemua rakan subahatnya telah meringkuk dalam penjara.

Kini dia jadi buruan polis, mujurlah dia sempat melarikan diri. Hatinya kini berdendam pada bekas kekasihnya yang kini berbadan dua.

MR. UNIFORM : JAMBATAN PULAU PINANGWhere stories live. Discover now