Bahagian 4: Fail dan "WhatsApp"

2.2K 74 296
                                    

Pintu rumah diketuk beberapa kali oleh Ferdaus namun tiada tanda-tanda yang menunjukkan ianya akan dibuka.

Ferdaus cuba bertanya pada jiran sebelah rumah namun mereka juga tiada dirumah. Kawasan rumah itu kelihatan sunyi walaupun ianya kawasan flat. Sungguh Aneh.

Ferdaus kembali ke keretanya dengan perasaan hampa dan meneliti semula fail yang mengandungi maklumat keluarga mangsa sebelum keretanya mula bergerak meninggalkan kawasan perumahan itu.

"Alamat dah betul tapi kenapa tidak ada orang dirumah? Panggilan telefon pun tidak dijawab" kata Ferdaus sendirian sambil memandu.

Dia benar-benar ingin tahu kenapa kakak mangsa, Low Fan Fan, mendakwa bahawa adiknya telah dibunuh.

Ferdaus tiba di Ibu Pejabat Polis dan bertemu dengan bahagian trafik untuk mendapatkan salinan rakaman kamera litar tertutup Jalan Raya yang boleh membantu siasatan.

"Kami dah beri salinan rakaman itu pada Aqilah, mungkin awak boleh minta dari dia" kata anggota polis trafik itu.

"Hmm, Aqilah tiada di pejabat sebab ada urusan luar, tapi tak apalah" kata Ferdaus.

"Saya boleh buat satu lagi salinan tapi  ada prosedur yang awak kena lalui dan ambil masa lebih kurang 24 jam kerana ini salinan kedua" balas anggota itu.

"Tak mengapalah, saya faham" kata Ferdaus dengan baik sambil berlalu pergi.

Ferdaus cuba menghubungi kakak mangsa sekali lagi namun tidak dijawab. Fail di meja sekali lagi diteliti dengan penuh berhati-hati untuk mencari sebarang maklumat yang boleh membantu mengaitkan kes ini dengan pembunuhan.

Ferdaus kemudian menuju ke bahagian Arkib dan turut mengkaji kes-kes yang ada di Arkib untuk melihat sekiranya ada kes yang sama.

Ferdaus tahu ada beberapa anggota polis telah ditugaskan untuk menyelesaikan kes ini namun mereka juga ada kes yang lain yang perlu mereka selesaikan. Seorang anggota polis menyiasat lebih dari satu kes pada masa sama adalah perkara biasa dan oleh kerana Ferdaus hanya diarahkan untuk membantu kes ini maka dia tidak mahu menganggu anggota yang lain.

Sedar tidak sedar sudah hampir 3 jam Ferdaus berada di di dalam bilik Arkib tanpa mempedulikan perutnya yang menjerit meminta makanan. Beberapa kes menarik perhatiannya namun hampir kesemua kes itu telah diselesaikan dan tidak ada satupun yang berkait.

Ferdaus merasa hampa dan gambar-gambar mayat dalam keadaan mengerikan ditatap satu persatu. Terdapat gambar mayat tanpa kepala dan ada jugak dalam keadaan hancur berkecai hingga susah untuk mengenal pasti indentitnya.

Ferdaus mengosok matanya yang pedih akibat terlalu lama melihat dokumen dan skrin komputer di bilik Arkib. Dia ambil keputusan untuk keluar seketika untuk menghirup udara segar di luar pejabat. Mahu saja dia merokok untuk membantunya bertenang namun dia telah lama berhenti tabiat buruk itu.

Sudah 4 tahun dia berhenti merokok tapi tiap kali dilanda tekanan, nafsu merokok membuak-buak dalam diri untung saja dirinya kuat melwan nafsu. Itulah cabaran yang perlu dilalui sebagai bekas perokok.

"Inspektor Ferdaus kan?" soal seorang anggota polis lelaki yang muncul disebelah Ferdaus.

Ferdaus sedikit terkejut dan tidak menjangka akan kehadiran orang itu.

"Ye saya" balasnya.

"Fendi, Inspektor Percubaan" kata lelaki itu sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.

"Oh Fendi, kau pun terlibat dalam kes amoi bunuh diri ni kan?" soal Ferdaus selepas menyambut tangannya.

"Ye tuan, saya dan Aqilah ditugaskan untuk membantu tuan" jawab Fendi.

Ferdaus hanya tersenyum. "Tuan belum balik lagi?" soal Fendi pula.

"Belum, aku nak tengok-tengok dulu maklumat kes ni, lepas tu aku balik la" kata Ferdaus.

"Maaflah tuan tapi saya rasa tak perlu la kita buang masa dengan kes ni sebab bukti pun menunjukkan yang ini kes bunuh diri" balas Fendi.

"Tak perlulah bertuan dengan aku. Panggil Ferdaus je. hmm..nak buat macam mana, boss aku suruh aku siasat betul-betul. Kalau betul tak ada apa-apa yang mencurigakan tentang kes ni baru lah kita tutup" kata Ferdaus lagi.

"Esok petang saya terlibat dengan sekatan Jalan Raya jadi saya cuma boleh tolong tuan esok pagi je" kata Fendi sebelum dia meminta diri untuk pulang.

***

Selesai Solat Maghrib, Ferdaus kembali ke biliknya untuk berehat. Smartphonenya berbunyi menandakan ada seseorang menghantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp

Aqilah: "Assalam Ferdaus, saya dapat tahu yang awak nak tengok rakaman Jalan Raya. Saya dah letak salinan rakaman tu atas meja"

Ferdaus membalas "Ya, saya nak lihat rakaman tu, terima kasih ya Aqilah".

Selesai Solat Isyak dan makan malam, Ferdaus merebahkan diri di tilam. Mindanya terlalu letih dan dia memerlukan rehat untuk menyambung siasatan pada esok hari. Roh terpisah dari jasad buat seketika.

Laungan azan Subuh kedengaran sayu namun cukup untuk mengejutkan Ferdaus dari tidur lenanya. Jarang baginya untuk dapat tidur yang mencukupi kerana dia susah untuk melelapkan mata namun dia bersyukur kerana dia merasa segar pada pagi itu.

Selesai solat Subuh Ferdaus memeriksa Smartphonenya dan Aqilah telah menghantar satu lagi mesej berbunyi "Sama-sama tuan, tuan dah makan?" tapi mesej itu dihantar selepas Ferdaus tidur.

Ferdaus merasa bersalah kerana membuat Aqilah menunggu semalaman untuk dia membalasnya.

"Assalamualaikum dan selamat pagi Aqilah. Minta maaf sebab saya tertidur semalam" balas Ferdaus.

Pagi itu Ferdaus tiba di meja kerjanya dan terdapat satu Pemacu kilat USB bersama sekeping nota pendek tertulis "Untuk Ins. Ferdaus".

Pemacu Kilat USB segera dipasang pada port USB komputer Ferdaus dan di dalamnya terdapat beberapa fail video. Kamera Litar Tertutup berjaya merakam perlakuan mangsa pada hari kejadian dan sehari sebelum kejadian. Mangsa kelihatan memandu sebuah motorsikal jenis Modenas di beberapa Jalan Raya utama disekitar bandar.

Tidak ada apa yang mencurigakan dari segi tindak tanduk Chin Fei dan setelah meneliti beberapa video Ferdaus tidak dapat mencari sebarang maklumat yang boleh mengaitkan kes kematian mangsa dengan pembunuhan. Mata Ferdaus sekali lagi terasa perit akibat terlalu lama fokus pada skrin komputernya.

Ferdaus mula mencatat kawasan-kawasan yang dilalui oleh mangsa dalam rakaman itu dan juga nombor plat motorsikal milik mangsa. Dia kemudiannya meminta tolong Fendi untuk ke bahagian Trafik dan mencari maklumat tentang motorsikal itu.

Fendi kembali ke meja Ferdaus dan maklumat yang berjaya diperolehi adalah motorsikal itu milik Bapa mangsa yang telah lama meninggal dunia. Menurut laporan Motorsikal itu dijumpai di Jambatan Pulau Pinang dan dipercayai ditinggalkan oleh mangsa selepas dia membunuh diri.

Polis juga tidak menjumpai sebarang bukti pada Motorsikal terbabit dan telah menyerahkannya kembali pada keluarga mangsa. Ferdaus benar-benar yakin bahawa ini adalah kes bunuh diri dan dia perlu bersemuka dengan Kakak mangsa untuk menjelaskannya sebelum menutup kes ini.

Bersambung....

MR. UNIFORM : JAMBATAN PULAU PINANGWhere stories live. Discover now