Bahagian 11: Mimpi dan Realiti

1.9K 70 139
                                    

Ferdaus berdiri sambil bersandar dikeretanya yang parking di tepi jalan. Cuaca pada pagi itu mendung menandakan hujan bakal turun.

Matanya memandang tepat kearah jambatan pulau pinang yang kelihatan kukuh menampung kenderaan yang lalu lintas setiap hari.

Sesekali angin bertiup lembut dan membuat bulu romanya meremang dek kerana kesejukkan.

Dia kelihatan tenang namun hatinya bercelaru. Kejadian di pejabat malam semalam membuka matanya tentang kes kematian Chin Fei.

Entah kenapa dia merasa bersalah sedangkan itu hanyalah mainan mimpi. Separuh jiwanya yakin dia bukan pembunuh dan separuh lagi yakin bahawa dia pembunuh.

Ferdaus menghela nafas panjang dan menutup matanya untuk mencari sedikit ketenangan. Bunyi kenderaan lalu lintas semakin hilang dan pandangannya gelap gelita.

Tiba-tiba bayangan mimpi semalam muncul dan dia sekali lagi menolak Chin Fei jatuh ke laut. Berulang-ulang agenda itu bermain dimindanya

Kata-kata terakhir Chin Fei bersama senyuman sinis dan air mata darah melekat diminda. Ferdaus membuka matanya.

Dia berasa ada yang pelik dan tidak kena. Dia segera masuk ke dalam kereta sambil menghidupkan enjin. Beberapa minit kemudian keretanya meluncur laju diatas jalan.

***

Ferdaus masuk dengan tergesa-gesa. Aqilah yang berselisih dengannya tidak dihiraukan. Ferdaus terus menuju ke tempat penyimpanan bukti sambil diperhatikan oleh Fendi yang kehairanan.

Setibanya disitu, Ferdaus mula memeriksa setiap bahan bukti peninggalan Chin Fei. Pada masa sama dia menghubungi Doktor Henry.

"Doktor, pihak forensik ada buat siasatan ke atas baju yang dipakai oleh Chin Fei?" kata Ferdaus

"Siasatan? Maksud kamu siasatan macam mana?" soal Doktor Henry dihujung talian.

"Mengesan cap jari atau tapak tangan pada baju mangsa" jelas Ferdaus

"Hmm sebentar ye. Saya periksa dulu dalam rekod" balas Doktor Henry sambil memeriksa beberapa dokumen didalam sebuah fail.

Ferdaus pula melihat setiap barang yang terdapat dalam kotak bukti itu. Malangnya barang yang dicari tidak jumpa. Ferdaus kecewa buat seketika. Pada masa sama dia menyumpah dirinya kerana terlepas pandang akan barang tersebut.

"Tiada cap jari yang boleh dikesan dari pakaian mangsa dan tiada kesan pergelutan juga pada tubuh mangsa. Apa yang kamu hendak tau sebenarnya?" kata Doktor Henry selesai meneliti keputusan autopsi Chin Fie di hujung talian.

"Hmm..baiklah doktor, terima kasih banyak-banyak" balas Ferdaus yang kemudian menamatkan panggilan.

Telefon bimbit disimpan semula kedalam poket seluar sebelum dia menyusun semula barang-barang milik mangsa dan menyimpan semula kotak bukti di rak yang ada.

Ferdaus sekali lagi keluar tergesa-gesa untuk bertemu dengan salah seorang anggota polis yang menyimpan rekod bukti.

Fendi dan Aqilah mendekati Ferdaus yang baru saja keluar dari bilik bukti dan mereka berjalan bersama.

Langkah pantas Ferdaus membuat Aqilah dan Fendi menurut rentaknya dan berlari anak.

"Ada apa ni?" soal Aqilah yang kelihatan cemas.

Ferdaus menghentikan kakinya dan berpusing ke belakang dan memandang kearah mereka berdua yang benar-benar binggung.

"Tolong aku, soal siasat Anjit dan dapatkan maklumat dari dia sebanyak mungkin" arah Ferdaus

Wajahnya sangat tegang dan serius. Fendi dan Aqilah tergamam seketika sebelum bertindak meninggalkan Ferdaus untuk bertemu dengan Anjit.

Ferdaus menyambung jalannya dan bertemu dengan seorang anggota polis disebalik meja.

"Selamat tengah hari, nak minta tolong sikit. Saya perlukan senarai bahan bukti bagi mangsa Chin Fei" pinta Ferdaus

"Sebentar ye..saya cari dulu" balas anggota polis itu

***

Sementara itu, Fendi dan Aqilah telah berada di dalam kereta sambil memeriksa alamat rumah Anjit.

"Kau rasa kenapa Ferdaus tiba-tiba kelam kabut macam tu" soal Fendi sambil memandu

"Aku rasa dia macam dapat petunjuk" balas Aqilah

"Petunjuk?" soal Fendi yang hairan tapi kagum dengan Ferdaus.

Kereta terus bergerak menuju ke sebuah alamat yang dipercayai tempat tinggal bekas teman lelaki Fan Fan.

***

"Ini senarainya" kata anggota polis itu sambil menghulur sehelai kertas pada Ferdaus

Tanpa membuang masa, dia segera meneliti senarai tersebut untuk mencari bukti. Matanya fokus membaca satu persatu barang yang tersenarai.

Namun hasilnya hampa. Barang yang dicari tidak direkodkan. Adakah ini bermaksud barang tersebut hilang ditelan laut?

Firasat Ferdaus kuat mengatakan bahawa barang itu masih ada cuma tidak sampai ke tangan pihak polis. Ini bermaksud, sesiapa pun yang memiliki barang itu besar kemungkinan adalah pembunuh Chin Fei.

"Terima kasih ya" balas Ferdaus seraya menyerahkan semula helaian kertas tersebut

Dia kemudian menyambung langkahnya ke meja dan menghidupkan komputer.

Lagi sekali rakaman litar tertutup dimainkan dan setiap gerak geri Chin Fei diperhatikan. Tapi kali ini Ferdaus bukan saja melihat Chin Fei, tetapi juga orang lain.

Sedang dia sibuk menonton rakaman itu, telefon bimbit Ferdaus berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Ferdaus tersedar dari penelitiannya.

"Hello? Huh? Ok saya ke sana sekarang" kata Ferdaus sebelum memecut keluar dari pejabat.

Tak lama kemudian Ferdaus tiba disebuah rumah teres. Ini adalah alamat rumah Anjit dan beberapa anggota polis juga telah berada ditempat kejadian.

Ferdaus melangkah masuk kedalam rumah dan disambut oleh Fendi dan Aqilah. Mereka seperti tidak sabar untuk menceritakan apa yang terjadi.

"Anjit melarikan diri, tapi kami berjaya menangkap beberapa orang rakan subahatnya" kata Fendi yang tersenyum bangga

Ferdaus menepuk bahu Fendi sebagai tanda tahniah. Rupanya, Anjit dan kawan-kawannya sedang sibuk memproses dadah buatan sendiri sebelum diziarah oleh Fendi dan Aqilah.

Kerana ketakutan, Anjit dan beberapa lagi rakannya cuba melarikan diri namun mereka ditangkap dengan sedikit pergelutan. Akan tetapi, Anjit berjaya melarikan diri.

"Maaf kami terlepas Anjit" kata Aqilah yang tunduk kebawah

"Tak apa lah. Asalkan kamu berdua selamat" balas Ferdaus yang kemudian berjalan-jalan didalam rumah Anjit.

Dia memerhati anggota polis yang memeriksa keseluruhan rumah Anjit untuk mencari bukti lebih lanjut.

Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian Ferdaus ketika berada di dalam bilik Anjit.

"Akhirnya..jumpa pun" kata Ferdaus sambil memegang sesuatu dengan sarung tangan

"Jumpa apa tu?" soal Fendi yang berdiri dibelakang Ferdaus

"Bukti" balas Ferdaus pendek sambil menunjukkan sebuah telefon pintar ditangannya.

Bersambung..



MR. UNIFORM : JAMBATAN PULAU PINANGWhere stories live. Discover now