PART 6

6.2K 370 66
                                    

Hujan yang turun membasahi bumi menjadi peneman diri Villona. Dia berpeluk tubuh dan membenamkan mukanya ke lutut. Setiap rentak percikan hujan yang jatuh seperti irama kesedihannya. Sudah puas rasanya Villona mengalirkan air mata. Semuanya hanya sia2 saja. Dev memang tiada belas kasihan buat dirinya.

Villona merupakan seorang anak pungut yang di jaga oleh pasangan yang hidup sederahana. Di sebabkan tidak tahan di perlakukan seperti hamba abdi, Villona telah melarikan diri dan berdikari sendiri. Namun sekarang , hidupnya lagi susah dari apa yang di alaminya dulu. Kini dia terikat dengan manusia jahanam bernama Dev.

"Arghhhhh !!!! Saya benci semua orang saya benci !!!!" Villona menghempaskan semua barang yang ada di bilik dia. Segala kaca pecah bertaburan di lantai.. Villona menarik rambutnya sendiri dan memukul badannya.

"Saya mau mati.. Saya tidak mahu hidup lagi.. This is hell!!! Arghhhh !! I hate you Dev. I hateee you!!!" Macam orang kerasukan sudah Villona dalam bilik. Keadaanya sudah tidak terkawal. Emosi menguasai dirinya. Sudah tidak kuat dia memendamkan semuanya.

Dev yang sedang leka membaiki pistolnya di ruang tamu terdengar dengan bunyi bising dalam bilik Villona. Dev dengan segera bergegas pigi di bilik Villona namun terkunci dari dalam.

"Villona !! Open this door!!" Sambil ketukan kuat Dev sertakan.

"I hate youuu !! I really2 hate...!!!"

Dev hanya mendengar suara Villona yang menjerit dari dalam. Dev mengambil kunci yang dia simpan di laci dan terus membuka pintu bilik Villona. Keadaan semuanya berselerak. Hancur bilik Villona dengan pecahan kaca dan semua barang berterabur.

"What are you doing Villona?!" Dev berdiri terpaku di depan pintu sambil memandang Villona yang seperti nenek sihir di depan dia..

"I hate you !! I hate everyone.. Saya mahu mati saja. Semua pun jahat sama saya..!!" Villona menangis sambil cuba mencederakan dirinya sendiri.

"Stop it Villona !!" Dev memegang kedua tangan Villona dan menolak badan Villona di katil. Villona meronta ingin di lepaskan tapi Dev enggan.

"Kill me Dev. Kill me !! Saya sudah cukup tersiksa oleh kau.. Saya tidak mahu hidup lagi.. Please.." Tangisan Villona semakin kuat dan sendu. Dev masih mendiamkan dirinya. Dia hanya mampu memandang wajah Villona yang hanya berjarak 5 inch di mukanya. Kedua tangan Villona masih di gengam erat.

Entah malaikat apa yang limpas Dev rasa tersentuh dengan tangisan Villona. Tangan yang di gengamnya pun dia lepaskan. Dev mengusap wajah Villona untuk menghapus airmata yang mengalir di pipinya. Rambut yang kusut di muka Villona pun turut dia usaikan.

Dev bangun dari atas Villona dan duduk membelakangkan Villona. Masih ada esakan halus dari Villona. Dev menarik tangan Villona dan meletakkan kepalanya di dada dia. Dev memeluk Villona sambil mengusap kepalanya. Villona hanya mendiamkan diri dalam pelukan Dev. Tangisannya kini sudah semakin reda. Tanpa sedar dia terlelap dalam pelukan Dev.

"Eva tolong kemas bilik Villona." Arah Dev yang sedang gigih mengangkat Villona untuk naik di atas biliknya.

Dev membaringkan badan Villona di katilnya. Selimut di tarik sampai ke paras dada Villona. Dev mengusap halus wajah Villona dan di renungnya lama. Terserlah wajah polos Villona walaupun sedang tidur. Entah kenapa hati Dev sejuk saja tingu Villona yang sedang tidur. Sesekali Villona seperti mengigau menangis tapi Dev segera mengusap pipi Villona.

Tangan yang belum sempat di tarik, Villona terus pegang dan tidak di lepaskan. Mata Villona masih tertutup tapi tangannya mengenggam tangan Dev. Tangan Dev yang di genggam di letakkan atas perutnya. Dev terkaku. Dia mahu tarik tangan dia tapi takut nanti buat Villona bangun. Terpaksa dia tidur di dekat Villona dan sebelah tangannya masih dalam gengaman Villona.

DEVIL ✔️Where stories live. Discover now