PART 9

4.9K 527 53
                                    

Suasana sayu dalam majlis pengebumian Datuk Bonaman. Dev langsung tidak bercakap walau sepatah sejak mendengar berita sedih itu. Hatinya terasa berat untuk menerima pemergian dadynya buat selamanya. Ramai orang ternama yang mengenali Datuk Bonaman mengucapkan takziah kepada Dev. Mereka turut tidak menyangka hal seperti itu akan berlaku.

"Deep condolences for you Dev." Ucap Mr. Oberoi di temani dengan orang kanannya Fox di sebelah.

Dev tidak memberikan jawapan apa-apa. Matanya hanya fokus melihat pusara Datuk Bonaman.

"Come Dev. Kita balik dulu. Kau pun perlu rehat juga." Bilang Dom. Dev akur dan ikut Dom balik. Dev hanya berkurung dalam biliknya sepenuh masa. Langsung tidak keluar rumah. Pemergian Datuk Bonaman memberikan impak yang besar buat dirinya.

Seminggu berlalu dari peristiwa itu, Dom datang berjumpa dengan Dev untuk melihat keadaan dirinya.

"How are you Dev?"

"I'm fine. Good." Jawab Dev perlahan.

"I know you're not okay. Jangan begini Dev. Kau mesti tetap bersemangat. Kau ada tanggungjawab yang lebih besar sekarang."

Dev hanya mendiamkan diri. Segala urusan kerja dia lupakan buat seketika. Semuanya rasa tidak penting buat dirinya lagi.

"Actually, saya datang sini sebab mau bagi kau ni." Dom kasih letak kad warna putih di meja depan dorang.

"Saya harap kau tidak terkejut bila kau nampak tu. And try to accept it sincerely."

"What is it?" Tanya Dev.

"Kau akan tahu nanti. Saya tidak mahu cakap apa apa. Get rest lah. I'm going home now. Bila kau sudah okay datang di bar. That place miss you so much."

"Alright. Thank you Dom."

Dominic hanya membalasnya dengan senyuman. Bila Dom sudah beredar Dev hanya termenung sendiri. Kad putih yang Dom letakkan di atas meja itu hanya diperhati oleh Dev.

VILLONA tarik langsir di biliknya agar sinar matahari menerangi biliknya. Rasa tenang bila melihat keindahan seluruh bandar kk hanya dari bilik hotel dia saja. Sesekali itu fikiran pandai terdetik teringat pasal Dev.

Am I wrong? Should I give him second chance? No !! He hurt me so much before. Biar dia rasa apa yang saya rasa. Tapi... Diaa....

"Good morning my beautiful love."

Villona tidak dapat meneruskan lamunannya. Kehadiran Keith yang tidak di duga membuatkan dia agak terkejut. Villona menoleh ke arah Keith yang berdiri menghadapnya.

"White Roses for my future wife." Keith bagi Villona sejambak bunga ros putih. Villona mengambil bunga itu dari Keith lalu di hidu.

"Why white?" Tanya Villona sambil memandang Keith dengan wajah innocentnya..

Keith mengangkat tangan kanannya sambil membelai rambut Villona. "It's my true love symbolic for you Villona. My true love. And I know you're the one for me."

Villona terdiam buat seketika. Why Dev can't treat me as nice like Keith did to me. Why Dev? Villona ketap bibirnya. Pandangan di alihkan tempat lain. Namun, Keith masih berdiri di depannya.

DEVIL ✔️Where stories live. Discover now