Bermulanya Sumpahan

3.6K 208 1
                                    

Sepasang kekasih, yoonjae dan mimi sedang berkhemah didalam hutan. Mereka sedang bercuti sambil menikmati keindahan alam yang begitu cantik dan segar. Mereka merupakan pasangan kekasih yang baru berkahwin. Ketika mereka sedang menyalakan unggun api di waktu senja sambil bergelak ketawa, tiba- tiba terdengar suatu bunyi yang sangat aneh dari khemah yang telah mereka dirikan. Yoonjae segera mencapai senapang yang telah dibawanya lalu perlahan-lahan menyelak kain pintu khemah itu. Tiba-tiba seekor musang telah melompat keluar dari khemah itu, yoonjae terkejut lalu tertembak musang tersebut tanpa sengaja.

3 bulan kemudian, mimi dan yoonjae mendapat berita yang sangat gembira iaitu mereka akan mendapat seorang anak. Setelah cukup 9 bulan, ketika mimi sedang nyenyak tidur, mimi bermimpi akan seekor musang yang telah berkata kepadanya bahawa anak yang dikandungnya telah disumpah menjadi seekor musang kerana musang yang yoonjae tembak pada hari itu merupakan permaisuri penjaga hutan tersebut yang sedang bunting. Setelah mimi terjaga dari tidurnya mimi merasakan kesakitan yang amat kuat lalu lahirlah seorang bayi yang dinamakan yoon tae.

Yoon tae merupakan seorang bayi yang sangat comel, berkulit putih, bermata hijau dan berambut hitam. Yoon tae kelihatan seperti bayi biasa ketika ia dilahirkan. Mimi berasa lega apabila melihat keadaan anaknya yang normal dan comel. Namun begitu, pada usianya 3 bulan yoon tae mula berubah menjadi musang pada bila- bila masa sahaja dan bertukar menjadi manusia semula. Mimi dan yoonjae bimbang akan keadaan anaknya lalu mereka memutuskan untuk berpindah ke kawasan perkampungan terpencil demi menjaga keselamatan yoon tae. Di situ, mereka tinggal berhampiran dengan rumah seorang nenek yang sangat baik. Nenek itu mengetahui keadaan yoon tae dan merahsiakan perkara tersebut dan sangat sayang akan yoon tae seperti cucunya sendiri.

Pada suatu hari, mimi dan suaminya yoonjae pergi ke pekan untuk membeli sedikit barang keperluan mereka sekeluarga. Yoon tae tinggal bermain bersama nenek untuk seketika kerana merisaukan ia berubah menjadi musang secara tiba- tiba. Dalam perjalanan pulang dari pekan mimi dan yoonjae telah meninggal dunia akibat kemalangan yang sangat dasyat. Setelah itu yoon tae dijaga oleh nenek hingga ia besar dan mampu mengawal perubahan bentuknya. Akan tetapi yoon tae lebih sering berubah menjadi musang dan sehinggakan orang kampung tidak mengenalinya.

She's MineDove le storie prendono vita. Scoprilo ora