Hari Perlawanan

960 98 7
                                    

"Hai ..putera..maaf kalau aku dah takutkan kau..nama aku kai.."

Muncul seseorang yang mempunyai sayap yang sangat besar turun dari pokok.

"Kauu....kai burung helang?.." tanya tae kepada kai. Tae masih ingat nama burung helang yang dia dengar ketika mengimbas di masa lalu hitori.

"Jadi kau dah kenal aku..haha..salam perkenalan putera..mula-mula aku dengar tentang kau..aku macam tak percaya..kali pertama dalam sejarah putera yang memiliki kuasa untuk lindungi dunia kami merupakan seseorang yang dilahirkan oleh manusia.." kai berkata dengan menunjukkan senyum sinis diwajahnya.

"Apa yang salah dengan dilahirkan oleh manusia?" Kata tae dengan nada yang sedikit tegas

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

"Apa yang salah dengan dilahirkan oleh manusia?" Kata tae dengan nada yang sedikit tegas. Kai mendekati tae dengan berdiri dihadapan tae dan berbisik di telinga tae dengan perlahan. "Manusia bunuh isteri dan anak aku..". Kata-kata kai membuatkan tae mengundur sedikit kebelakang dan terdiam. "Dah jum balik..hitori tunggu kau.." kata hitori sambil tersenyum sinis.

Tae hanya mendengar kata-kata kai dan berjalan balik ke rumah.

Tiba di rumah hitori. "Haa dah balik dah korang." Kata hitori. Tae terus menanyakan yurika dan hitori berkata "yurika ada kat bilik dia..sekarang ni aku ada benda nak bincang dengan kau tae..". Tae lalu duduk dan pada malam itu tae, hitori, dan kai berbual panjang.

Skip..

Pada keesokan harinya, "tae..yuri..cepat laa.. korang dah lambat nak pegi sekolah" pekik hitori kepada tae dan yurika yang masih belum siap untuk ke sekolah. Tak lama kemudian mereka berdua pun turun. Akan tetapi, tae tidak bercakap kepada yurika. walaupun yurika cuba menegurnya, tae terus mengubah topik seperti mengelak untuk berbual dengan yurika.

Sepanjang perjalanan ke sekolah, sepertinya tiada siapa  yang berkata-kata. Suasana menjadi sunyi dan tidak riuh seperti selalu.

Turun dari kereta, tiba-tiba sahaja yurika berkata perlahan kepada tae "tae..lepas perlawanan..boleh tak jumpa aku kat makmal 1..". Tae hanya mendiamkan diri dan berjalan terus menuju ke gelanggang utama dimana perlawanan bola keranjang diadakan.

Perlawanan bola keranjang kini akan bermula dalam setengah jam lagi. Semua peserta mula pergi ke gelanggang dan berkumpul. Cikgu lia memberi beberapa kata-kata semangat kepada para pelajarnya.

Pertandingan dimulakan dengan mainan alatan musik beserta beberapa gerakan hebat dari pasukan sorak yang diwakili oleh kedua-dua belah pihak. Para pelajar dan penyokong yang lain turut meriuhkan pembukaan pertandingan tersebut.

Hati para pemain mula berdebar dan berkobar-kobar apabila wisel pertama dibunyikan. Para pemain berlawan dengan bersungguh-sungguh menentang pihak lawan.

She's MineWo Geschichten leben. Entdecke jetzt