Mimpi

1.5K 118 1
                                    

Di pagi hari selepas yurika pergi meninggalkan rumah untuk ke sekolah, tae mula membersihkan rumah. Selepas tae menyidai pakaian yang dicucinya, dia duduk dan menyandarkan dirinya di bawah sepohon pokok yang rendang di halaman hadapan. Tae berasa sangat bosan. Tae mendongak ke atas untuk melihat daun-daun pokok tersebut, namun tae melihat seekor kucing sedang memandangnya ke bawah.

Tae mula bertukar menjadi musang dan memanjat keatas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tae mula bertukar menjadi musang dan memanjat keatas. Kucing itu seperti ketakutan melihat kejadian tersebut. Tae cuba mendekatinya, tetapi kucing itu cuba mengelaknya dan bersembunyi di belakang dahan-dahan kecil. " meh ...meh sini.. aku cuma nak berkawan dengan kau je kucing " kata tae. Kucing itu memandang pelik kepadanya. " kau takut dengan aku ke? " katanya lagi.
Tae menukarkan dirinya kembali kepada manusia. Tae panggil kucing itu berkali-kali. Namun kucing itu seperti jual mahal untuk mendekatinya. Tae akhirnya berputus asa dan hanya sandar di dahan pokok sambil bersiul perlahan. Tiba-tiba, kucing itu mula datang dan tidur diatas pehanya. Tae hanya tersenyum dan terus bersiul dan terlena.

Manakala yurika pula,...

Di sekolah...

Yurika ashik teringat akan kejadian pagi tadi dirumah. Dia cuba fokus didalam kelas tetapi bayangan wajah tae muncul didalam fikirannya. Yurika tersenyum sendiri dan mukanya kemerahan menahan malu.
Sahabatnya umi melihat kehairanan dengan kelakuan yang ditunjuknya hari ini.

Sewaktu rehat, umi dan yurika rehat bersama. Umi bertanya kepada yurika,

Umi :kau ok ke tak ni yuri ? Lain macam je harini.. senyum sorang-sorang macam orang bercinta jeee..
Yuri : ehh.. mana ade laa.. aku ok je..(sambil tersenyum lebar melihat bekal makanannya yang dimasak oleh tae..
Umi : Tengok makanan pun dah senyum sorang-sorang... kronik dah kau ni..( sambil tersengih)
Umi: entah-entah min gyu ada luahkan perasaan suka kat kau ke ?
Yuri : ehh.. mana ada la.. memang la aku cakap kat kau aku suka min gyu tapi.... sejak dua menjak ni...entah la..

Umi berasa hairan melihat yurika. "Tak kan aku nak cakap kat umi yang aku asyik teringat kat tae.. kan aku cakap tae tu cousin aku.. mesti dia ingat aku pelik nanti" kata yurika didalam hatinya. Yurika ingin memberitahu kepada umi tetapi risau akan umi salah faham. Yurika hanya mengubah topik lain untuk bercakap. Tak lama kemudian loceng waktu rehat pon berdering dan mereka masuk ke dalam kelas.

Dalam perjalanan ke kelas, yurika dan umi berselisih dengan min gyu dan rakannya Hediaki.

Dalam perjalanan ke kelas, yurika dan umi berselisih dengan min gyu dan rakannya Hediaki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
She's MineWhere stories live. Discover now