kemunculan?

687 55 20
                                    

Selesai sahaja kejadian yang berlaku diantara yuri dan kai, kai dibawa balik kerumah. Hitori tidak sampai hati untuk memberi tahu pihak di dunia mereka lalu dirantainya kai di sebuah bilik kosong dirumahnya. Hitori menjadi serba salah kerana kai adalah seorang kawan yang amat rapat dengannya dan banyak membantunya. Hitori tahu kai kemungkinan akan dihapuskan jika pihak dunia mereka tahu akan kejadian tersebut kerana kai telah melanggar janjinya. Hitori bertanya kepada kai akan kejadian yang telah berlaku, namun tiada sebarang kata-kata dari kai. Kai berasa menyesal dengan apa yang telah dia lakukan terhadap yurika.

"Budak tu tak salah.. dan ramai lagi mangsa aku tak bersalah waktu dulu.. aku ni memang tak guna.." hati kai berteriak seorang.

"Mana dia?.". Tanya tae yang baru sahaja pulang bersama yurika dan milo. Hitori terus memegang bahu tae dan berkata...

Hitori : sabar..kau tak kan apa-apa kan dia kan..
Tae : aku cuma nak jumpa dia..

Hitori menurut perintah tae dan membawa tae ke bilik tersebut. Tidak sempat yang lain melangkah masuk, tae berkata lagi "aku nak aku, yuri dan kai je kat dalam bilik ni..". Milo berasa sedikit takut jikalau kai akan memberitahu bahawa semua masalah  berpunca dari rancangannya. Hampir setengah jam mereka berada didalam bilik tersebut. Entah apa lah yang diborak mereka bertiga. Hati milo semakin tidak tenang.

Tiba-tiba yuri dan tae keluar dari bilik .

Milo : haa macam mana?
Tae : aku arahkan kalau kau nak kurung dia kat sini.. pastikan dia dikurung selamanya.
Yuri : dia tak nak beritahu kami apa-apa..
Hitori : tapi tae..
Tae : ini adalah perintah..

Walaupun berat hati untuk melaksanakannya , namun hitori tetap menurut perintah dari tae. Milo tersenyum sendiri dan berkata..

Milo : aku nak jumpa kai kejap boleh..
Tae memberi persetujuan milo berjumpa kai.

Milo pun masuk setelah semua sudah beredar pergi. Langkah sahaja milo kebilik tersebut, kai tersenyum sinis dan berkata.

Kai : wah.. berani kau kan..
Milo : haha.. kau boleh buat apa kat aku sayang?
Kai : kau pun tahu.. kalau aku nak bukak rantai ni..bila-bila masa pun aku boleh..
Milo : aku tahu.. tapi aku pun tahu kau tak buat macam tu sebab kalau kau buat macam tu.. kau terus akan dibunuh.. kan..
Kai : tapi masa tu kau dah pun mati..
Milo : tapi kan.. (pegang wajah kai dengan perlahan) kau ni bodoh kan.. patutnya kau bunuh dulu perempuan tu.. baru la berbaloi kau kena kurung macam ni..dan tak la menyusahkan aku..
Kai : jangan sentuh aku la pompuan..
Milo : dah macam ni pun still keras kepala.. (tendang diperut kai) huh.. kau ingat aku nak tolong kau.. kau dah banyak menyusahkan hidup aku..buat apa aku nak susah-susah tolong kau.. aku cuma ikut arahan..
Kai :sial..(tahan sakit)  arahan dari siapa?
Milo : ohh.. aku lupa nak kenalkan kat kau..

Dengan tiba-tiba muncul seseorang dari sudut gelap bilik tersebut. Wajah kai bertukar pucat melihat wajah orang yang diperkenalkan oleh milo ketika itu.

Milo : shhhhh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Milo : shhhhh.. ini rahsia kita..hahaha..
Kai : ke.. kenapa kau buat macam ni..
Milo : haihh.. terus gagap.. tadi berani sangat.. kami nak semua manusia dihapuskan. Dan kami akan pastikan dunia ni akan dikuasai oleh puak kita.. jadi kai ku sayang.. ingat.. diam kalau kau pun tak nak mati..

Milo dan orang itu terus hilang dari pandangan Kai dengan sekelip mata. Kai ingin memberitahu yang lain, akan tetapi kai sedikit risau akan terus dibunuh sebelum sempat ia memberi amaran kepada yang lain.

.....................................................

Maaf kerana menghilang setelah sekian lama..

Cerita ni akan diupdate dari masa ke semasa. Akan tetapi mungkin makan masa.. apa2 pon terima kasih kerana masih setia menunggu dan membaca. ❤️

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 31, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

She's MineWhere stories live. Discover now