Daddy Jeon : Intro & Prolog

23K 1.7K 502
                                    

iamyourcupcake

mempersembahkan

karya terbaru sempena penghujung tahun 2018

---

Daddy Jeon | JJK

🎈

Lakonan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lakonan

Jeon Jungkook

Park Young Mi

---
Genre

Sexy romance.

Jenis

Short story.

Had Umur

15 tahun

Peringatan/amaran

Idea asal adalah daripada saya sendiri. Mana-mana babak yang ditayangkan di dalam story ini tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.

Dilarang meniru/memplagiat mana-mana idea yang dipaparkan sepanjang perjalanan cerita ini.

---
Prolog • Daddy Jeon

"Aku dah sampai, Cik Park Young Mi."

Telefon pintar yang ditekapkan di telinga terus melurut jatuh ke atas lantai.

Aku merenung pintu rumah yang tidak berkunci. Perasaan aku ketika itu seakan roller coaster. Aku buntu dengan tindakan gila aku.

Tindakan gila yang mendesak aku menelefon dan meminta khidmat lelaki yang digelar ..

Daddy Jeon.

"M-masuklah, saya tak kunci pun pintu hadapan."aku berkata dalam nada lantang.

Kelihatan tombol pintu rumah sewa dipulas olehnya dari arah luar. Pintu rumah terbuka juga akhirnya.

Susuk tubuh lelaki yang tinggi lampai. Rambut berwarna coklat keperangan. Wajah kacak bersama anak mata yang merenung tajam. Bibirnya yang tersungging senyuman menggoda.

"Cik Park Young Mi, saya sedia berkhidmat."

Ah, sudah. Aku tak bersedia sejujurnya. Aku hanya mendail nombor telefonnya disebabkan desakan kawanku.

Tak sangka pula lelaki ini sanggup muncul.

"A-awak nak buat apa?"

Sut berwarna hitam yang dipakainya dicampakkan ke atas sofa. Tali leher yang dipakai turut dilonggarkan sehingga mataku dapat menjamah sedikit dada bidangnya yang terdedah.

"Sudah semestinya aku nak mulakan perkhidmatan terhadap pelanggan istimewa aku hari ini."

Fuh, ini semua gila.

Satu demi satu butangnya ditanggalkan. Pada masa yang sama, aku tetap terundur ke belakang.

Dia mara ke hadapan. Aku makin mengesot ke belakang.

"H-hentikan. Awak terlalu menggoda"

Oops. Terlajak pula kata-kata.

++

🎈
Park Young Mi, gadis kesunyian yang didesak dengan tuntutan untuk mencari teman hidup.

Berkawan pula dengan seorang sahabat baik yang berperwatakan fun, siapa sangka Park Jimin sahabat baiknya sanggup merangka rancangan gila?

Dimintanya teman lelaki sementara, lain pula Park Young Mi dapat.

Dia dapat daddy.

Adakah dia akan jatuh tersungkur dengan godaan Jeon Jungkook atau dia mampu mengelaknya?

Kita lihat nanti.

---

Pesanan

Cerita ini tiada plot twist begitu banyak. Jalan ceritanya sangat unik. Jangan cepat buat andaian kerana belum tentu andaian anda tepat.

Selamat membaca.

[C] Daddy Jeon | JJKWhere stories live. Discover now