21

8K 1.2K 195
                                    

Daddy Jeon • jjk

21

A/N:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Update khas untuk para peminat setia si daddy Jeon.

Bab yang ringkas, padat, seksi dan menggoda level cili padi.

🌌

Jeon Young Mi tersedar dari lena yang panjang. Mukanya berkerut menahan rasa sakit yang menjalar di seluruh badannya.

"A-uch saki-"

Wanita itu bertindak pantas dengan menutup mulutnya sendiri. Belakang kepalanya bersentuhan dengan permukaan dada si Jeon Jungkook. Manakala, lengan kekar lelaki itu masih erat memeluk pinggangnya.

Young Mi tidak mahu mengejutkan lelaki itu daripada tidurnya yang nyenyak. Lantas, dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

Tubuh badannya dibiarkan kaku di dalam pelukan hangat daddy Jeon. Matanya terpaku pada jam yang tergantung di dinding.

"Jam tepat tiga pagi."ujarnya separuh berbisik. Hembusan nafas Jungkook semakin menyesakkan hatinya.

Namun, Young Mi berjaya menahan diri daripada bertindak gelabah.

Skrin telefon pintar menyala secara tiba-tiba. Dengan kadar pantas, Young Mi menekan butir-butir password miliknya sebelum mesej yang dikirim Park Jimin muncul di ruangan mata.

"A-apa semua ni?"ujar Young Mi dalam kehairanan.

---

Jimin pun satu. Baru sekarang dia teringat hendak menghantar mesej kepada aku.

Aku menekan mesej yang dikirim oleh sahabat baikku. Mesejnya ringkas. Hanya terdapat lima baris ayat yang dikarang begitu pendek tetapi ianya mampu membuatkan aku terasa mahu terjun bangunan.

Mata aku mengecil. Mesej itu aku baca berulang kali sehingga bait-bait mesej Jimin terngiang-ngiang di kepala.

From: Jimin si Jimeng Tak Guna

Aku nak kau jauhkan diri dari si daddy Jeon. Maafkan aku Young Mi.

Aku tak selidik asal-usul lelaki penggoda tu. Kau juga yang akan terima padahnya nanti.

Tolong buka dan baca link yang aku bagi. Sekarang juga. Kau jangan cuak. Aku tahu dia ada dengan kau kan sekarang?

Send: 3.01 a.m. (seen)

Wajah aku berkerut tatkala mesej Jimin ini selesai dibaca. Link yang diberi oleh Jimin aku tekan dengan penuh debaran.

Pada saat itu juga, pelukan Jungkook semakin erat. Seakan dia tahu aku sudah tersedar dari lena.

www.dispatchkorea.com

Bekas pemilik syarikat The J disyaki melarikan diri daripada rumah sakit jiwa Hangnam-Gu.

Berketinggian 179 sentimeter. Anak mata coklat keperangan. Mesra dengan panggilan daddy.

---

Telefon pintar aku segera tolak ke bawah bantal apabila tangan lelaki itu sudah mula merayap di bahagian atas kepalaku.

Rambut panjang milikku dibelainya penuh kasih. Tangan aku dicapai lalu genggaman tangan kami bersatu.

"J-jungkook, awak tersedar ke?"

Sunyi. Tiada jawapan daripadanya. Aku memusingkan badan untuk berhadapan dengannya.

Wajah Jungkook menjadi sapaan mataku pada lewat malam itu.

Kelopak matanya terbuka hampir separuh. Raut wajahnya mulai terhias dengan senyuman manis.

Entah, aku sudah tidak dapat bezakan senyuman manis ataupun psiko.

"Jangan tinggalkan aku. Janji ya?"ujarnya dalam nada romantis.

Aku tersenyum kekok. Khabar angin dan berita Jimin sudah memberi mimpi buruk kepada aku.

Nampaknya aku sudah masuk ke dalam perangkap si buaya.

-TBC-

A/N:

Plot twist saya selitkan kali ini.

Bah, nampaknya daddy Jeon ni otaknya kurang stabil.

😂

[C] Daddy Jeon | JJKWhere stories live. Discover now