5

11.2K 1.5K 330
                                    

Daddy Jeon | JJK

05

---

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Perasaan Young Mi semakin goyah disebabkan kehebatan godaan daripada Jeon jungkook. Dia hanya mampu mengedipkan kelopak mata dan badannya terus kaku tanpa sebarang pergerakan.

"Park Young Mi, ciuman istimewa untuk kau. Enjoy it."ujar Jungkook. Dagu milik gadis itu ditariknya perlahan agar dekat dengan wajahnya.

Suasana bertambah hangat. Kesejukan yang datang dari pendingin hawa tidak menjentik langsung perasaan Daddy Jeon.

Lelaki itu hanya mahu langsaikan tugas dan perkhidmatan kepada pelanggannya. Wajah cemas Young Mi secara mengejut bertukar menjadi riak wajah yang berlainan. Senyuman sinis terukir kecil di hujung bibir gadis tersebut.

"Daddy Jeon, terimalah sepakan padu daripada saya. Siapa suruh terkam saya? Ambik kau."

Satu sepakan padu dihadiahkan Park Young Mi tepat ke arah khazanah berharga milik lelaki itu. Lantas, Jeon Jungkook tergolek jatuh ke atas lantai. Lelaki malang itu menggelupur sambil mengerang kesakitan.

"C-cik Young Mi ni dah kenapa?"

---

"E-eh, sakit sangat ke daddy?"

Aku soal Jungkook dengan nada yang sengaja dilembutkan. Sedaya-upaya aku cuba untuk melindungi senyuman lebar yang mula terserlah di wajahku.

Nasib baik aku cepat bertindak. Kalau lambat sedikit, sudah tentu kesucian bibirku sudah dinodai oleh si Daddy ini.

Pertanyaan aku tidak mendapat respons daripada lelaki itu. Aku melutut di hadapannya. Wajah pucat Jungkook terpampang jelas di pandangan anak mata aku. 

"Hey, perempuan. K-kau tahu tak, kau dah bagi sepakan padu dekat aku punya ergh. Aku rasa macam nak p-pengsan. Semua ni kau punya pas-"

Kata-katanya terhenti kerana selepas itu, Jungkook terus tidak sedarkan diri. Aku memandangnya dengan mulut yang melopong luas.

Tangan aku terketar-ketar menyentuh bahunya. Jangan kata lelaki miang ni dah pengsan. Lagi menyukarkan aku nak keluarkan dia dari rumah.

"Daddy Jeon, b-bangunlah. Saya tak  sengaja tahu? Semua ni Jeman yang mulakan."

Namun, aku tetap gagal. Susuk tubuh Daddy Jeon yang sudah pengsan menyebabkan aku buntu untuk bertindak selepas itu.

Nampaknya aku sudah menjahamkan tugas Daddy Jeon pada hari yang indah ini.

-TBC-

A/N:

Bab akan datang akan diselitkan babak manis bak gula dan sedikit aura Daddy khas untuk korang.

Nantikan ya.



[C] Daddy Jeon | JJKWhere stories live. Discover now