10

11K 1.3K 266
                                    

Daddy Jeon | JJK

Bab 10

A/N:🌚Panjang pula bab ini

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

A/N:
🌚
Panjang pula bab ini. Eh.

----

*Seminggu selepas insiden kiss*

"Jeon Jungkook, kau termenung apa lagi? Pergilah bersiap cepat. Nanti pelanggan kau saman aku pula sebab daddy Jeon diorang lambat."ujar Hoseok sambil mulutnya tidak henti-henti berceloteh itu dan ini kepada Jeon Jungkook.

Lamunan panjang Jungkook terus terhapus disebabkan suara lantang milik Hoseok. Dia meraup wajahnya perlahan. Bibirnya terbuka hampir separuh.

Dia tarik nafas dan hembus. Kemudian, Jungkook mengeluh pula.

Hoseok yang sejak dari tadi memerhati gelagat aneh sahabat baiknya hanya mampu menggelengkan kepala.

Dia sendiri tidak begitu faham dengan kelakuan Jeon Jungkook yang berlainan sejak pertemuan dengan pelanggan yang bernama Park Young Mi itu.

"B-baik. Aku pergi sekarang. Bagi aku alamat pelanggan aku. Daddy Jeon dah ready."

Jungkook mencapai sut hitam yang terletak di atas sofa. Tubuh badannya terus bergerak menuju ke arah pintu.

Jujurnya, Jungkook rindukan Young Mi. Namun, panggilan telefon daripada wanita itu langsung tidak muncul setelah sekian lama.

Lagipun takkan dia mahu tunjukkan bahawa dia, daddy Jeon sendiri terdesak ingin bertemu dengan Young Mi?

Egonya menghalang Jungkook untuk bertindak ke atas Park Young Mi.

---
Aku menggerakkan kepala mengikut alunan muzik rancak yang kedengaran di telingaku.

Hari ini sudah masuk hari untuk berhujung minggu dan bersuka ria. Tetapi, diri sendiri yang dihantui sikap malas membataskan segala pergerakanku.

Jadi, aku mengambil keputusan untuk berehat sahaja di rumah. Malas hendak keluar, nanti bertemu pula si lelaki bergelar daddy itu.

Tak ke mampus aku?

Sudahlah first kiss aku dia rampas. Second kiss aku pun dia kasi rembat.

Mulai detik hitam itu, aku sudah berjanji untuk mengelakkan diri daripada Jeon Jungkook. Panggilan telefon daripadanya juga aku sekadar biarkan berdering tanpa diangkat.

Aku tak friendzone dia. Tapi, aku terpaksa kisszone dia.

Berbahaya kalau bertemu lama-lama dengan daddy tak guna ini.

"P-park Young Mi, buka pintu. Aku p-panas. Sangat panas. Urgh."

Sekejap, aku rasa aku kenal suara menggoda ini.

Dia dah kenapa tetiba aje nak singgah rumah aku?

----
Park Young Mi membuka pintu hanya separuh. Matanya terbeliak luas , mulutnya pula terlopong apabila pandangan matanya bertemu dengan lelaki itu.

"A-awak , saya tak jemput datang rumah saya pun. Sekarang ni, berambus. Bye!"ucapnya pantas.

Tangan Young Mi terlambat untuk menutup pintu. Lelaki gila itu meloloskan diri di celah pintu yang hanya separuh terbuka.

Kelopak matanya terbuka sedikit. Park Young Mi memerhatikan penampilan Jeon Jungkook yang tampak begitu selekeh.

"Aku p-panas. Rumah Young Mi sejuk. Aku suka. Aku suka."ujar Jungkook dalam nada tidak stabil.

Badannya berbau minuman alkohol yang begitu kuat. Segera wanita itu menapak ke belakang.

"Awak tak okay ni. Boleh tak duduk dulu dekat kerusi diam-diam. Saya nak ambilkan air, daddy Jeon?"

Jungkook tidak membantah. Tetapi, dia masih kekal berdiri utuh di hadapan Young Mi.

Badannya yang terasa makin panas membuatkan Jungkook menjadi tidak terkawal.

Dalam banyak destinasi yang boleh dituju, dia tetap singgah ke rumah Young Mi.

"Jungkook, h-hentikan. Saya tiada masa nak lihat awak campak baju depan mata suci saya. Jangan jadi gila, Jeon Jungkook."

Lelaki itu memuncungkan bibir. Jari telunjuknya pula ditekapkan ke atas bibirnya sendiri.

Fikirnya comel. Tetapi, mata Young Mi sudah hampir berapi memandang perlakuan tidak senonoh daddy Jeon.

"J-jungkook rasa panas. Kalau boleh, nak tanggal baju ni. Seluar tu. Semua. Baru sejuk.”

Mendengar sahaja kata-kata tidak masuk akal daripada Jungkook, Young Mi mula menggelabah teruk.

Dicapainya mana-mana bantal yang terdampar di atas sofa.

Ingin dia lindungi matanya yang masih suci murni.

"B-bukan selalu daddy Jeon nak jadi seksi aum aum. Pasti Young Mi suka. S-suka!"

Fikirannya sudah melayang entah ke mana. Tingkah lakunya semakin meliar. Pakaian yang dipakai dicampaknya ke atas lantai satu-persatu.

Itulah padahnya jika daddy Jeon sudah mabuk. Habis semua ingin ditanggalkannya.

Eh. Tergoda?

-TBC-



[C] Daddy Jeon | JJKOnde as histórias ganham vida. Descobre agora