25

7.2K 1.1K 129
                                    

Daddy Jeon • jjk

25

A/N:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


A/N:

Ada tiga update untuk hari ini.

----

Aku pantas berundur ke belakang. Pintu bilik air diketuk dari dalam oleh Jungkook sehingga bunyinya seakan-akan hendak pecah.

Fuh, dahsyat suamiku ini. Bukan setakat mental aje, habis rosak pintu ini dikerjakannya.

"J-jungkook?"jeritku apabila ketukan mengganas lelaki itu terhenti begitu sahaja. Suasana dalam bilik air bertukar menjadi sunyi sekelip mata.

Hatiku mendesak agar diriku yang sudah mencicit ketakutan ini untuk mendekati pintu bilik air tersebut.

"Jeon Jungkook, awak okay ke?"ujarku sekadar ingin memancing perhatiannya. Namun, tiada respons positif yang diberikan oleh suamiku.

Selepas berdiri dengan begitu lama di hadapan pintu yang berkunci dari luar itu, aku nekas untuk membuka pintu.

Takkanlah aku nak kurung si daddy ini di dalam bilik air ja. Kalau dia mengamuk kelaparan, siapa yang susah?

Aku juga yang tanggung akibatnya. Perlahan-lahan, aku menolak selak pintu. Lalu, pintu air itu terbuka hampir separuh.

Susuk tubuh badan suamiku jelas terpampang di hadapan mata. Jungkook sedang berdiri dengan satu senyuman yang bisa bikin bulu roma aku menegak.

"Cepatnya nak bebaskan daddy Jeon. Kagum betul aku dengan wife aku ni. Meh kat daddy. Meh."

Mataku terbeliak dan mulutku melopong luas. Darah yang membasahi permukaan kepala dan dahi Jungkook lebih mencuri tumpuan.

Kuat betul kepala suami aku ni. Dia ni berketurunan thor agaknya.

"J-jeon Jungkook, jangan mengganas eh!"

Kedua-dua keningnya dijengketkan tanda balasan kepada permintaan aku.

"Kalau aku tak nak? Young Mi nak buat apa?"

---

Jungkook menolak kasar pintu bilik air. Kepalanya yang sudah berdenyut kesakitan akibat hentakan kuat di kepala tidak mematahkan semangat Jungkook untuk terus menerpa ke arah Young Mi.

Kedua-dua tangannya menolak bahu Young Mi rapat ke dinding. Selesai berbuat sedemikian, tangannya merayap pula ke leher Young Mi.

Kelopak matanya ditutup rapat. Tangannya mencengkam leher wanita malang itu.

"Daddy dah lama tak cekik orang. Nak cuba dekat Young Mi pula."

-TBC-

A/N:

Update kedua selepas maghrib nanti.

Rileks dulu. Biar daddy menggila. Bab seterusnya korang akan dapat jawapan. ❤

[C] Daddy Jeon | JJKWhere stories live. Discover now