3

12.1K 1.6K 354
                                    

Daddy Jeon | JJK

03

Aku mencebik bibir tanda geram apabila skrin telefon aku tiba-tiba bercahaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku mencebik bibir tanda geram apabila skrin telefon aku tiba-tiba bercahaya.

Nama si Park Jeman muncul di notifikasi skrin menyebabkan aku merengus kasar. Lantas, aku sentuh skrin dan segera menjawab panggilan Jimin.

"Aku c-cakap aku boleh cari sendiri lah teman lelaki untuk pergi dinner malam ni. Kau ni nak menyibuk apehal Jeman?"aku bersuara dalam nada keras.

Kalau nak bercakap dengan sahabat baikku ini, aku harus berterus-terang. Dia dan idea gilanya sentiasa tidak akan berpisah.

Malah, aku merupakan antara mangsa rancangan gila yang sudah diaturkan oleh Jimin.

"Tak. Aku tak nak dengar kau membebel Young Mi. Sekarang, kau duduk rileks goyang kaki je beb. Nanti daddy kau call. Kau jawab panggilan dia. Maksudnya nanti dia dah sampai lah tu. Aku tempah dia sehari untuk kau."balas Jimin dengan nada mengusik.

Sesekali kedengaran suara gelakan kecil yang dapat didengari oleh aku.

"Aku nak teman lelaki lah Jimeng! Bukan daddy hanat! Siap kau nanti aku kerjaka-"

Belum sempat aku menghabiskan kata-kata aku, Jimin sempat menitipkan kata-kata terakhir sebelum menamatkan panggilan.

"Ala, kau mesti suka. Daddy Jeon just for you."

Aku meramas rambut dengan kasar. Telefon pintar di tangan terus aku campak di sofa bersebelahan.

--

"Otak kau lah, Jimin. Kau tempah orang pelik-pelik. Memang nahas kau nanti. Ergh."

Young Mi berjalan ulang-alik di ruang tamu. Mukanya bertukar riak cemas tatkala loceng rumah seakan ditekan oleh seseorang.

Serentak dengan itu, telefonnya berdering untuk kali kedua.

"H-hello?"sapa Young Mi. Dahinya berkerut mengingati panggilan telefon diterimanya daripada orang yang tidak dikenali.

"Cik Young Mi, aku dah sampai. Your Jeon. Khas untuk hari ini. Buka pintu sayang."

Young Mi mengedipkan kelopak mata berkali-kali akibat panggilan 'sayang' secara mengejut itu.

Matanya dikerling ke arah pintu. Ketukan di pintu pula menyusul selepas itu.

Young Mi tepuk pipinya yang terasa membahang. Dia bawa juga langkahnya untuk pergi ke muka pintu.

Pada saat pintu itu dibuka, wajah menggoda seorang lelaki asing menyapa pandangan matanya.

Kening yang terukir kemas, hidung mancung terbentuk elok dan bibir merah lelaki itu membuatkan sisi suci milik Young Mi mulai goyah.

Kening lelaki itu terjungkit sedikit. Bibirnya melemparkan senyuman semanis madu kepada Park Young Mi

Tangan kanannya menolak perlahan pintu rumah Young Mi.

"Tak nak bagi daddy Jeon masuk ke?"

-TBC-

A/N:

Daddy Jeon akan membuat kambek di bab-bab seterusnya.

Are you ready my sweethearts?

🎈

[C] Daddy Jeon | JJKWhere stories live. Discover now