27

7.5K 1.1K 191
                                    

Daddy Jeon • jjk

27

A/N:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


A/N:

Selesai update untuk hari ini. Plot twist terakhir untuk story ini.

----

"Ingat mulut ternganga luas tu cantik sangat ke? Aku campak lipas kang. Weh bangunlah perempuan!"

Kedua-dua bahuku digoncang kasar oleh seseorang. Liat betul kelopak mataku ingin terbuka dengan sendirinya.

Jari-jemari aku meraba permukaan leherku. Segala kesakitan yang tertanggung akibat cengkaman tangan si daddy Jeon terhapus begitu sahaja.

"Bangunlah. Dah nak masuk pukul 2 petang. Kau tak lapar ke, Park Young Mi?"

Bebelan suara garau ini mendesup laju masuk ke dalam corong telingaku. Suara Jimin. Aku sangat pasti gerangan suara ini pasti milik lelaki bernama Park Jimin yang merangkap sahabat baikku.

Spontan kelopak mataku dibuka. Jari telunjuk lelaki itu ditekan di tengah permukaan dahiku.

Mulut Jimin mencebik halus. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia begitu geram dengan aku.

J-jap daddy lari ke lepas cekik aku sampai aku putus nafas tadi?

"Jimin, suami aku mana?"soal aku kepada Jimin. Lelaki itu menunjukkan reaksi wajah terkejut. Telapak tangannya ditekapkan pula di dahi dan pipiku.

"Kau mengarut apa, Park Young Mi? Siapa suami kau? Aku datang ni nak ajak kau makan sekali. Berangan apa setonnn? Pintu rumah pun kau tak kunci."balas Jimin lagi.

Jangan kata semua tu hanya mimpi semata-mata? Godaan demi godaan, sentuhan mengasyikkan, sikap nakal lelaki bernama Jeon dan seksaannya itu cuma mimpi?

Aku tergamam. Kedua-dua pipi Jimin aku raih lalu aku cubit pipinya.

Mataku yang berair mencetuskan bibit kerisauan kepada Jimin.

"Aku ..a-aku bermimpi? Mana daddy Jeon?"

Jawapan yang diberi seterusnya oleh Park Jimin menyedarkan aku semula ke alam realiti.

---

"Kau bermimpi lah Young Mi. Tetiba bangun dari tidur, kau tanya pasal husband . Aku baru je kut tempah teman lelaki untuk sehari khas buat kau. Sabar jap. Nanti daddy Jeon kau sampailah."

Park Young Mi tersenyum kelat. Jari-jemarinya mengurut dahinya yang diserang rasa pening.

"Semua ni h-hanya mimpi. Hanatnya."gumam Young Mi.

Gelakan sinis meletus keluar daripada bibir Park Jimin. Sahabat baik Young Mi itu menyerahkan telefon pintar miliknya kepada Young Mi.

"Kau nak aku b-buat apa?"soal Young Mi yang ternyata keliru dengan tindakan Jimin.

Jimin bangun dari duduk. Jari telunjuknya diarahkan ke kawasan dapur.

"Aku nak sediakan bahan memasak. Habis kau jawab call. Jangan lupa bantu aku siapkan hidangan untuk kita makan nanti. Cepat ah jawab."

Jimin mencampak telefon pintarnya. Nyaris telefon itu melekat di wajahku. Tanganku pantas menangkap dan aku renung nombor telefon yang tidak di save oleh rakan baikku.

"Aku kasi peluang untuk kau berborak buat kali pertama dengan daddy Jeon kau. Jangan lama sangat eh. Aku blah ke dapur dulu."

Aku renung skrin telefon pintar itu bersama perasaan yang bercampur-aduk.

Mimpi yang terasa seperti alam realiti menyebabkan aku makin gusar untuk menjawab panggilan telefonnya.

Aku dekatkan skrin telefon pintar ke telingaku.

Bunyi hembusan nafas lelaki itu menerpa gegendang telingaku. Jantungku berdegup begitu kencang tatkala bunyi deheman suaranya yang muncul tiba-tiba.

"Cik Young Mi, aku Jeon Jungkook. Your one-day boyfriend. Kita berjumpa esok ya? Aku singgah di rumah kau jam 9 malam."

Aku menelan air liur. Otot wajahku kaku. Sukar bagiku untuk membentuk sebarang senyuman pada saat genting itu.

"O-okay. Jumpa esok, Jungkook. Bye."

Aku membalas ringkas soalannya. Suara gelakan manja lelaki itu menyebabkan hati perempuanku menjadi tidak tentu arah.

"Sure. Esok nantikan kemunculan daddy Jeon khas untuk Cik Park Young Mi. Terima kasih sayang."

Usai panggilan itu ditamatkan olehnya, aku mencampak telefon itu ke sofa.

Aku dekatkan lutut aku ke dada. Mata aku menjeling jam yang tergantung di dinding.

Telingaku menangkap bunyi bisikan halus di telinga kananku.

Ayatnya ringkas. Tapi, ia cukup untuk membuatkan bulu roma aku meremang.

"Semuanya baru bermula Park Young Mi. Ubah takdir kau. Esok adalah pemula kepada segalanya. Mimpi ini hanya satu peringatan."

Damn.

Semua ini bikin jiwa aku kacau.

-TBC-

A/N:

Secara ringkasnya, Young Mi hanya bermimpi.

Mimpi tu sekadar penunjuk masa depan Young Mi dan Jungkook.

Kali ini, dia tetap bertemu dengan daddy Jeon. Tapi, Young Mi kena lakukan sesuatu untuk ubah takdir dia dengan Jungkook.

Faham tak?
Hehehee.

Semoga korang menyukainya. Berbaki tiga bab. 💞

[C] Daddy Jeon | JJKWhere stories live. Discover now