23

7.3K 1.1K 129
                                    

Daddy Jeon • jjk

23

A/N:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Ada dua update untuk hari ini.

🎈

Aku merenung sarapan pagi yang terhidang di meja. Sedikit pun tidak disentuh oleh suamiku.

Gara-gara aku menolak sentuhan tangannya, berdesup laju lelaki itu menuju ke dalam bilik.

Aku mengunyah saki-baki waffle yang tinggal sedikit di atas pinggan. Jam di dinding aku renung dengan perasaan yang bercampur-aduk.

Mahu atau tidak, aku perlu memujuk si suami yang sudah merajuk sekian lama.

Ayuhlah, Jeon Young Mi. Tambat hati suamimu semula.

Boleh juga nanti aku mintakan kepastian tentang khabar angin yang dihantar oleh Jimin.

Ada kemungkinan dispatch sengaja membawang perkara tak benar tentang suamiku.

---
"Yuhuu, daddy Jeon menyorok mana ni?"soal aku menggunakan nada lantang dan sengaja dilunakkan agar kedengaran manja untuk Jeon Jungkook.

Mata aku pantas memerhati segenap ruang bilik yang dihuni oleh kami berdua. Kelibat Si Jungkook langsung tidak wujud.

Pintu bilik air yang terbuka hampir separuh mencuri tumpuanku. Aku bergerak mendekati pintu tersebut.

"Eh, J-jungkook, saya datang silap waktu ke? Takpelah, saya tunggu di luar ye?"

Susuk tubuh seksi milik suamiku sedang berdiri tegak di hadapan cermin. Dengan hanya bertuala putih bermula dari paras pinggang hingga ke lutut, tubuhnya dibongkokkan mendekati sinki.

Air dibilas sehingga membasahi keseluruhan wajahnya.

Jari telunjuknya mengisyaratkan aku agar aku segera datang mendekatinya.

"Dekatlah sikit. Nak pujuk aku ada caranya. Kau nak ke tidak, Jeon Young Mi? Yes or Yes?"ujar Jungkook dalam nada suara menggoda.

Tubuh badannya disandarkan di cermin. Manakala, keningnya dijengketkan tanda mencabar semangat yang ada di dalam diriku.

"Kalau tetap berkeras di situ, ada kemungkinan daddy Jeon akan mengamuk. Come to me or run now."

Fuh, pilihan yang sukar bagiku ketika ini. Jeon Jungkook, rancangan apa lagi yang kau sedang aturkan?

-TBC-

A/N:

Rasa nak berfangirl ke dengan keseksian daddy?

Hehe.




[C] Daddy Jeon | JJKWhere stories live. Discover now