8

10.4K 1.4K 155
                                    

Daddy Jeon | JJK

Bab 8

---

A/N: Memandangkan akak happy dapat tonton live Abangtan untuk MAMA tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:
Memandangkan akak happy dapat tonton live Abangtan untuk MAMA tadi.

Double update for today.

Nikmati gambar di atas.

🛁🍵

"Tempoh perkhidmatan a-awak akan tamat bila?"soal Young Mi kepada Jeon Jungkook.

Lelaki itu sedang ralit menyuap nasi goreng Kimchi yang sudah berbaki sedikit. Mulutnya mengunyah nasi dengan penuh khusyuk sehingga soalan yang dilontarkan Young Mi hanya dipandang sepi.

"Erm, s-sedap nasi kau goreng. Kalau kau tempah aku setiap minggu, mahu gembira perut aku kena suap dengan air tangan kau yang sedap ni."puji Jungkook.

"Daddy tak nak balik rumah lagi ke? Tak bosan duduk dengan saya lama-lama macam ni?"

Soalan yang terluah dari bibir comel Young Mi membuatkan Jungkook tersenyum kecil.

Tugasnya masih belum selesai. Dia tidak boleh pulang begitu sahaja selagi kegembiraan pelanggannya tidak dipenuhi dengan jayanya.

Sudah termaktub dalam kontraknya sepanjang bergelar si daddy, dia tidak akan dapat tinggalkan seorang pelanggan selagi pelanggan itu tidak lakukan sesuatu sebagai respons.

Respons seperti apa yang Jeon Jungkook mahukan agar perkhidmatannya dapat ditamatkan segera?

Kata-kata majikannya, Jung Hoseok terngiang-ngiang di fikirannya.

"Jeon Jungkook, kau ingat satu perkara ni. Tugas kau sebagai daddy Jeon tak akan selesai selagi kau..tak tundukkan dia. Biar dia merayu untuk cinta kau. Got it?"

Jungkook merenung dan memerhati segala tingkah laku wanita itu. Dia cuba mencari kelemahan terbesar yang dimiliki Park Young Mi.

Semuanya kerana tertanamnya satu tugas wajib bagi daddy Jeon.

Tugasnya tidak akan selesai jika pelanggannya tidak melafazkan kata cinta dan rayuan inginkan kasih sayang kepadanya.

Persetankan segala yang berkaitan dengan teman lelaki hanya untuk sehari.

Bibir Jungkook tersenyum lebar. Lengan Young Mi dipautnya mesra.

"Park Jimin, kawan kau tu sambung lagi kontrak aku dengan kau. Jadi, daddy Jeon akan bertemu dengan Park Young Mi setiap minggu. Suka?"

Park Young Mi menjegilkan mata kepada Jeon Jungkook. Bibirnya berdecit halus.

"J-jeman, kau sengaja nak bagi aku sawan ke apa?"

-TBC-

A/N:

Selesai update untuk malam ini.


[C] Daddy Jeon | JJKWhere stories live. Discover now