Prolog

1K 27 1
                                    

Gadis melayu kacukan Thailand. Cantik dan manis sekali. Siapa sangka disebalik senyum dan tawa ini tersimpan seribu kedukaan di dasar hati yang tak pernah terzahir.

Dicintai tiga lelaki menjadikan cinta itu kejam. Kejam kerana menyalahkan hati atas segala yang berlaku. Namun, tidak akan sesekali aku berlaku kejam terhadap hati dan cintaku. Aku memilih untuk bahagia. Aku memilih dia dan selamanya dia.

Hari ini bahagia milikku. Aku akan pastikan hatiku tidak akan kejam terhadap cintaku.

Perkahwinanku dengan suami yang Allah kirimkan buatku berjalan dengan lancar dan meriah di desaku. Aku bahagia. Sangat bahagia. Terima kasih suamiku kerana menjadikan hati selambut baldu buat cinta yabg yang engkau hulurkan.

"Terima kasih, sayang. Abang hargai tulusnya hati sayang demi Abang. Maafkan Abang atas segala kekurangan Abang. Izinkan Abang menjadi pelindung buat sayang selama Allah izinkan," ucapan syahdu oleh suamiku. Cinta halalku.

"Sama-sama, Abang. Jangan kejam terhadap hati dan cinta yang sayang beri buat Abang. Jaga ia sehingga hujung nyawa. I love you, husband!" Ucapku manja.

"InSha-Allah. I will love you forever, Sayang," tambah suamiku lagi dengan senyuman yang menawan kalbu.

Suasana rumah kampung yang sangat aku rindui. Hari ini rumah pusaka ini menjadi saksi pernikahanku bersama seorang insan yang mencintaiku setulus hatinya.

Insan yang memberikan sejuta erti dalam kehidupanku. Syukur kepada Sang Pencipta atas segala limpah dan kurnia-Nya terhadapku.

Sebuah perkahwinan yang ringkas tanpa kehadiran insan tersayang yang membawaku ke dunia ini membuatkan hati ini menjadi sayu.

'Mama... Adik rindukan mama. Tenanglah di sana ratu hatiku. Restuilah perjalanan anakmu ini, mama. Ampunkan adik, mama.'

Hati ini cuma mampu merintih. Di hari bahagiaku, cuma Kakcik yang yang setia di sisi memberikan kata-kata semangat agar aku bisa kuat demi hidupku.

Ya Tuhan... Sungguh aku rindu padanya. Tempatkan dia bersama para syuhadah-Mu Ya Allah.

"Sayang... Kenapa menangis ni?" Soal suamiku.

Air jernih yang mengalir di pipi disapu lembut. Suami yang tepat buatku. Dialah syurgaku dan pembimbingku ke syurga Allah.

"Rindukan arwah mama. I miss her so much, Abang. Mama selalu nasihat sayang sebelum ni. Dia yang sentiasa mendoakan hubungan kita dahulu. I really miss her, Abang." Ujarku dengan tangisan.

"Ya. Abang tahu. Kita doakan kesejahteraan buat arwah mama ya, sayang. Stop crying my dear. Hari ni hari bahagia kita. Jom turun bawah basuh periuk. Hehe" pujuk suamiku sambil tersengih.

"Okay. Thanks, Abang. Sayang basuh periuk, Abang basuh kawah ya"

"Alright, sweetheart. Budak manja dan garang ni dah jadi my wife. Rasa macam tak percaya je. Sayang, Abang tak pernah cakap kan?" Soalnya tiba-tiba.

"Cakap apa, Abang?"

"You are so beautiful in your own way, sayang. I deeply in love with you, my wife." Ucapnya. Terharu sungguh aku rasa. Ini kali pertama dia meluahkan perasaannya buatku.

"Haha. Sweet sangat suamiku ni kenapa? Sebelum ni bukan main susah nak cakap cinta atau sayang. Kalau dengan perempuan lain bukan main manis lagi bercakap. Dengan kita ni dia jeling je selalu," kataku.

"Mana ada. Sayang dulu sombong sangat dengan Abang. Setiap kali Abang tegur, sayang selalu marah-marah. Abang pun malas la layan singa yang tengah lapar je memanjang," tuturnya.

"Apa dia? Singa lapar? Amboi. Sedap ya mengata. Merajuk kan baru tahu," ugutku pula.

"Hehe. Abang gurau jela. Dah, jom turun," katanya lagi.

Dari bilik kami berdua turun ke bawah menuju ke halaman rumah kampungku. Terdapat sebuah khemah di belakang rumah yang dijadikan tempat untuk memasak lauk-pauk kenduri pada hari ini.

Sekarang masa untuk menyental segala peralatan yang digunakan. Sambil mencuci boleh berborak dengan suamiku. Indah bukan?

💚💚💚💚

Hai. Ni story baru. Ada kisah disebalik cerita ini. Enjoy.

🌟vote ya !
Komen pun dialu-alukan :)

-ayumiey-

SEKEJAM CINTA (Completed)✔Where stories live. Discover now