EPILOG

553 20 4
                                    

Dengan izin Yang Berkuasa akhirnya aku telah sah menjadi isteri kepada seorang lelaki pilihan keluargaku.

Aku bersyukur memiliki dia sebagai pendamping hidupku dan pelengkap perjalananku menuju akhirat yang kekal abadi.

Siapa sangka, awalnya seakan menolak perjodohan yang ku rasa seperti kuno ini akhirnya menemukan aku dengan seorang jejaka yang menyayangi aku setulus hatinya tanpa aku sedari.

Kini, aku bahagia bersamanya. Siapa? Dialah lelaki yang menghapus kekejaman cinta yang terlalu perit buat hatiku.

Terima kasih suamiku!

****

"Sayang, i love you..." ujar si dia dengan senyuman manisnya.

"How much do you love me?" Soalku pula.

"Infinity. I cant promise to give you everything, sayang. But, i give you my world to make it more happier. I really love you, sayang." Balas suamiku.

"Abang taknak cerita ke macam mana kita boleh berjodoh ni?" Aku menyoal lagi.

"Abang mula jatuh cinta sewaktu umur empat belas tahun. Waktu itu dia sangat garang dengan abang. Garang dia tu comel sangat. Mata abang hanya nampak dia je. Sampaikan ada orang buli dia abang jadi marah. Abang marah dia, tapi dia marah abang balik. Sedih betul." Katanya.

"Lagi? Itu je ke kisahnya?" Aku semakin tidak sabar.

"Banyak sayang. Sampai sekarang abang tak percaya yang dia rupanya cintakan abang juga. Tapi dia ego, taknak luahkan." Balasnya.

"Mana abang tahu dia cintakan abang?"

"I read her diary... she's so cute. Dalam diari hijau katak dia tu, dia tulis...."

I fall in love with you si sengal.
Tapi tak boleh luah. Aku malu kalau ditolak. Lagipun kita masih lagi muda untuk bercinta.

"Mana ada dia tulis nama abang dekat situ. Abang syok sendiri ke ni? Dah la baca harta peribadi orang. Buruknya perangai dia ni," ujarku lagi.

"I know its me. Abang kenal dia. Lagipun muka surat seterusnya ada gambar abang yang dia lukis. Siap ada nama penuh lagi dekat situ. Jadi abang tahu la tu abang," jawabnya.

"Abang! You promise me takkan baca diari tu dulu. Bencilah dia ni," kataku dengan geram.

"Haha. Sorry sayang. I have no choice. Perasaan untuk abang tahu apa isi kandungan dia tu terlampau tinggi. So that abang baca la. Lagipun lima tahun berpisah dengan dia. Abang dah taknak kehilangan dia lagi kalau abang tak halalkan dia." Dia berkata dengan tulus.

"Siapa dia tu?" Soalan cepumas aku utarakan.

"Dia? Kebahagiaan abang. Cinta pertama abang. Nur Hani yang baik hati dan penyayang," balasnya.

"Siapa pula abang buat sayang?" Tambahnya lagi.

"My husband and my first love too. Yang selalu ada saat semua pergi. Terima kasih abang untuk semuanya. Muhammad Hannan Hilmi is my everything." Ucapku.

"Sayang... tolong jangan tinggalkan abang ya? Kecuali takdir Allah yang memisahkah kita melalui hembusan yang terakhir. Biar abang jadi suami sayang dunia dan akhirat. Boleh?" Soalnya.

"Semuanya dengan izin DIA, abang." Balasku.

Kami sama-sama menikmati permandangan nan hijau di kampungku. Cuti perkahwinan kami tinggal beberapa hari saja lagi. 

Selepas ini rutin kami kembali seperti asal. Dia dengan tugasnya sebagai perunding undang-undang bahagian bahan kimia terlarang dan aku pula sebagai pegawai farmasi di tempat kerja yang sama.

Akhirnya Hannan yang Allah takdirkan untuk menjadi pasanganku.

Awalnya aku terkejut ketika majlis akad nikah sebelum ini. Namun aku bersyukur kerana Allah makbulkan doaku untuk bertemu jodoh dengan orang yang tepat.

Indah sungguh percaturan Illahi buatku. Nikmat mana lagi yang harus aku dustai? Jawapannya tiada. Semua nikmat yang Allah beri adalah terindah buatku.

Semoga bahagia ini milik kami berdua selamanya. Sekejam cinta. Hati menjadi taruhannya.

TAMAT

🎉🎉🎉🎉

Hak milik sepenuhnya :

-Ayumiey-

Setiap cerita ada kisah disebaliknya.

Finally !!!!🎉
Dah tamat sekejam cinta. Thank you semua pembaca.

This is my fisrt short story. Semoga dapat menjadi sebuah karya yg diingati oleh semua. Hehe. Hopefully la. 😉

Thank you buat semua yg support. Tak mention bukan bermakna tak ingat ya sayang2 semua. ❤

Sekian dari saya,
Ayumiey🌟🌟

Vote la. Dah habis ni... :')

SEKEJAM CINTA (Completed)✔Where stories live. Discover now