TIGA BELAS

366 12 1
                                    

Aku menikmati juadah di depan mata dengan hati yang kosong. Fikiranku melayang kearah lain.

Tanpa sedar meja kami diduduki oleh dua orang jejak. Malas ambil tahu siapa aku meneruskan suapan demi suapan.

"Hai, Nur Hani. Kita satu tempat kerja rupanya. Lama tak jumpa kau. Makin cantik sekarang ya?" Tegur suara itu. Aku terus menoleh kearahnya.

"Hazril! Buat apa dekat sini?" Terkejut aku melihatnya.

"Aku kerja dekat sini jugak. Tapi kuli jela. Kau lain la hebat. Pegawai." Ujarnya. Aku mencebik. Sama saja aku rasa. Pangkat bukan segalanya pun. Manusia je yang selalu membezakan itu semua.

"Merepek." Kataku dan teruskan menyambung menikmati nasi goreng kampung di depan mata. Zulin hanya diam dan menjadi pemerhati.

Sambil makan aku kalihkan pandangan kearah manusia di sebelah Hazril.

Tergamam! Kejutan lagi! Kenapa hari ini aku asyik terima kejutan demi kejutan ni? Hari lahir aku lambat lagi.

Namun, melihat si dia hanya berdiam diri aku juga mengambil langkah yang sama. Buat macam tak kenal. Aku benci dia! Tapi aku sayang dia juga. Hati... kenapa terlalu kejam demi cinta?

"Hani... ni kawan aku. Kenalkan, Hannan Hilmi. Kau nak panggil darling pun boleh sebab dia single lagi," ucap Hazril.

Aku rasa nak tinju je si Hazril ni. Aku dah kenal la mamat tu. Orang yang sama yang bertapak dihatiku. Tetapi dia diam aku pun buat sombong juga la.

"Maaf la. Dia single aku tak. Baik aku panggil kau macam tu." Balasku selamba.

Dia? Aku lihat dia merenung tajam kearahku. Ada aku kisah? Nak marah kenapa?

"Wah... aku tak boleh Hani. Aku sayang kau tapi aku sayang lagi awek aku. Jangan pisahkan aku dan dia Hani...," ucap Hazril dengan muka sedih dibuat-buat.

"Kau ingat aku serius ke? Aku anggap kau macam abang aku la. Lagipun Puan Hafizah tu dah macam mak aku juga dulu. Menyampah aku dengan drama kau ni," balasku.

"Hahaha. Aku suka tengok kau buat muka menyampah la Hani. By the way, siapa orang sebelah kau ni? Muka sama macam awek aku la," soal Hazril.

Kebisuan antara Zulin dan Hannan betul-betul membuatkan aku dan Hazril bebas berbicara.

"Ehem. Awak tak payah macam-macam la Biey. Saya merajuk dengan awak dua jam." Kata-kata Zulin mengejutkan aku.

Zulin dan Hazril? How come? Banyaknya aku terlepas di sini.

"Hehe... sorry sayang. Biey gurau je. Sorry ya." Balas Hazril sambil tersengih.

"Haz, kau dengan budak perempuan ni ke?" Akhirnya suara emas milik Hannan keluar jua.

Aku tersenyum sinis. Sempat aku jeling kearahnya. Sakit hati selepas dia hilang tiba-tiba. Rupanya kerja satu tempat. Benci betul.

"Ya, Hannan. Dia girlfriend aku. Bulan depan kami nak bertunang. Doakan kami ya." Jawab Hazril.

"Tahniah." Ucapan itu serentak antara aku dan Hannan.

Hazril ketawa. Apa yang kelakar aku tak tahu la. Dah la tiba-tiba muncul depan aku dan bawa pulak mamat menyakitkan hati ni. Makin stress aku. Baru dua hari kerja dah stress. Hani oh Hani.

"Hani, kau dengan Hannan ni dah kenal ke sebenarnya? Aku tengok semacam je Hannan pandang kau." Soalan Hazril betul-betul direct. Aku nak ketuk kepala dia tak sampai hati. Bimbang Zulin terasa. Aku bersabar jela.

"Tanya aku buat apa? Dia yang pandang aku kan. Tanya la dia." Jawabku lalu menyisip air nescafe ais yang sejuk itu. Minuman kegemaran aku.

"Hani classmate aku dulu time sekolah. Mesti la kenal," jawab Hannan.

Classmate? Rupanya aku hanya seorang rakan sekelas buatnya. Berhentilah duhai hati. Berhenti mencintai insan yang tidak mencintaimu.

"Patutlah." Ucap Hazril.

Segera aku menghabiskan minumanku dan berlalu ke surau untuk menunaikan solat Zuhur. Panggilan dari Zulin dan Hazril aku abaikan. Hati aku terlampau sakit sekarang. Ubat untuk hilang kesakitan itu hanya bertemu dengan Pencipta sahaja. Biarlah doa yang menjadi pengubat kesedihan dihatiku ini.

Selesai solat aku terus ke bilik kerjaku. Sebenarnya aku rasa bersalah terhadap Zulin. Dia dah temankan aku makan tapi aku tinggalkan dia macam tu tadi. Rupa-rupanya Zulin teringin makan laksa Kedah edisi terhad yang dijual di cafe tempat kerja kami. Aku ingatkan jauh sangat.

Sebelum masuk ke dalam bilik, aku panjangkan langkahku ke bilik kerja Zulin. Sekali ketuk dan aku terus masuk apabila suara Zulin membenarkan aku untuk masuk.

"Zu.. maafkan aku. Aku tak patut tinggalkan kau tadu," ujarku kepadanya.

"Its okay, Hani. Aku okey. Aku cuma tertanya-tanya je kenapa kau pergi macam tu je tadi. Hannan pun ada sebut kau masih sama macam dulu. Apa maksud dia?" Soal Zulin.

"Aku tak boleh tengok dia. Apa maksud dia tu aku tak tahu. Maafkan aku ya? Aku nak sambung kerja dengan tenang. Taknak kau terasa dengan sikap aku," kataku lagi.

"Okey. Tak apa. Dah, pergi buat kerja. But, before that... he ask me to give this thing for you," ucap Zulin dan menghulurkan sekotak susu dan dua biji gula-gula Hacks.

Motif? Ingat aku budak-budak ke? Namun sebab taknak panjangkan masalah, aku sambut juga huluran daripada Zulin dan terus berlalu keluar.

***

My cute girl...
Tak payah merajuk.
Minum susu tu sampai habis.
Gula-gula tu supaya tak mengantuj buat kerja. See you next time.
-Hannan-

Itu pesanan ringkas yang aku terima melalui aplikasi Whatsapp. Nombor yang tak dikenali. Tapi sekarang dah kenal la sebab dia cakap nama dia siapa.

Aku biarkan sahaja pesanan daripada dia. Tak ada niat untuk membalasnya.  Sekarang baik sambung buat kerja.

Even kau tak reply pun takpe. As long as kau baca. Lega aku kau baca walaupun bluetick whatsapp aku. I wont give on you my girl.
-Hannan-

Lagi? Tak ada kerja ke Hannan ni? Aku syak mesti Zulin yang bagi nombor telefon aku pada dia. Masalah betul la.

Tunang aku satu hal. Kalau dah tunang tu tak reti nak hubungi aku ke? Aku nak jugak tahu dia siapa. Tapi sekarang yang muncul si Hannan ni pula. Serabut betul aku rasa sekarang.

Aku janji akan setia pada tunang aku walaupun aku tak tahu dia siapa. Maaf Hannan... mulai saat ini aku akan belajar untuk melupakan kau. Aku takkan biarkan hatiku kejam lagi untuk cinta buat insan yang tak tahu menghargainya.

Aku dah penat untuk berharap lagi. Mungkin jodohku bukan insan yang aku cintai tetapi insan yang mencintai aku seadanya dan seikhlasnya.

Hak mikik sepenuhnya :

-Ayumiey-

Dont dare to copy.
Setiap cerita ada kisah disebaliknya.

Tak lama dah nak tamat. Stay there and read this story, ok? ❤

🌟vote jangan lupa :)

6.36pm
at 30.03.19

SEKEJAM CINTA (Completed)✔Where stories live. Discover now