TIGA

310 18 2
                                    

Kem Perintis Kecemerlangan calon Sijil Pelajaran Malaysia. Semua pelajar tingkatan lima wajib mengikuti kem tersebut. Bosan! SPM lagi dua bulan aku dah rasa tak sabar untuk tamat belajar.

Dewan makan asrama agak riuh dengan suara para pelajar tingkatan lima yang terdiri daripada kelas 5 Sains, 5 Mekanikal, 5 Akaun dan 5 Sastera. Bilangan pelajar pula seramai 102 orang kesemuanya termasuk lelaki dan perempuan.

Ramai juga pelajar sekolah ni ya. Sekolah di kawasan kampung yang semestinya jauh dari pembangunan yang pesat seperti di pusat bandar.

Bersyukur masih dapat peluang untuk menuntut ilmu. Dalam keriuhan ini, aku antara pelajar yang tak ambil kisah tentang apa yang berlaku sekarang. Biasa la, selepas pendaftaran tadi semua pelajar perlu berkumpul di dewan makan ini untuk taklimat kem. Guru yang bertugas masih belum tiba. Huru hara la dewan dengan suara-suara pelajar.

Terasa bahu ku dicuit oleh seseorang. Pantas aku berpaling ke arahnya. Fadilah sedang tersenyum manis ke arahku.

"Hani, awak berangan apa? Cikgu dah sampai tu." Jari tulunjuk Fadilah di halakan ke arah luar dewan.

Kelihatan Cikgu Rasul sedang berjalan ke arah pintu dewan makan. Guru paling garang dan tegas. Kalau nak merasa jalan itik keliling dataran silakan buat masalah dengan guru berkenaan.

"Thanks, Fad. Awak dah sedarkan saya dari angan-angan indah saya tadi. Hehe," jelasku sambil tersengih.

"Sama-sama. Saya taknak awak kena panggil dengan Cikgu ke depan je kalau tak ambil perhatian dalam taklimat nanti because I love you my bestfriend." Ujar Fadilah.

Kami sama-sama tersenyum dan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap taklimat yang bakal diberikan oleh Cikgu Rasul.

"Okey... Perhatian semua. Saya selaku guru yang bertugas sepenuhnya untuk memantau kamu semua selama tiga hari di sini akan pasti banyak ilmu yang kalian akan genggam sepanjang kem ini berlangsung. Jika ada sebarang masalah boleh jumpa saya."

"Seterusnya saya nak agihkan kumpulan. Kelas 5 Sains akan bergabung dengan 5 Akaun manakala 5 Mekanikal pula bergabung dengan 5 Sastera. Jelas semua?" Soal Cikgu Rasul.

"Jelas... Cikgu...," jawab semua pelajar serentak.

"Baiklah. Untuk aktiviti bebas seperti riadah semua kelas akan bergabung. Kita akan adakan pertandingan pada malam terakhir kem ini. Semua pelajar diminta memberikan kerjasama kepada guru-guru yang bertugas. Ingat, SPM lagi dua bulan. Sekarang bukan masa untuk berehat. Focus belajar dan timba ilmu sebanyak yang mungkin. Faham semua?" Soalnya lagi.

Sekali lagi semua pelajar menjawab faham. Setelah selesai taklimat. Semua pelajar bergerak ke dorm masing-masing.

Bagi yang tinggal di asrama, semuanya tidak perlu berubah ke dorm lain. Bahagia sekejap tak perlu angkat-angkat barang macam pelajar lain.

Hari pertama dan kedua kem semuanya berjalan dengan lancar. Esok hari terakhir semestinya hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar kerana kem ini akan berakhir. Malam ini akan diadakan majlis penutup kem perintis kecemerlangan ini di dewan sekolah.

Malam menjelma jua. Semua pelajar berkumpul di Dewan Bima Sakti iaitu dewan terbuka di sekolah.

Pelajar lelaki dan perempuan diasingkan tempat duduk. Pelajar lelaki di hadapan manakala pelajar perempuan di belakang.

Setelah menunggu beberapa minit, semua guru masuk ke dewan. Para guru memberikan ucapan masing-masing tentang hasrat dan impian mereka buat semua pelajar agar terus berusaha dan gigih belajar demi kejayaan semua.

Selepas ucapan daripada guru-guru, pelajar diminta mengadakan persembahan bagi majlis penutup kem ini.

Tanpa ku duga, Hannan dan Nadeera antara salah seorang pelajar yang dipilih untuk menjayakan aktiviti yang telah ditetapkan oleh guru-guru.

SEKEJAM CINTA (Completed)✔Where stories live. Discover now