EMPAT

293 16 0
                                    

Masa semakin pantas berlalu. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bakal berlangsung pada minggu hadapan.

Selepas ini segalanya akan berubah. Tiada lagi buku teks. Tiada lagi pakaian seragam sekolah. Tiada lagi omelan guru-guru kepada kami. Semua memori yang tercipta pasti akan kekal di ingatan semua pelajar suatu hari nanti.

Siapa yang tidak merindui zaman persekolahan masing-masing? Rasanya tiada sesiapa pun yang sanggup melupakan zaman kegemilangan sewaktu di bangku sekolah.

Aku berjalan sendirian menuju ke perpustakaan sekolah. Jangan nak cakap aku budak skema ya. Aku pergi ke perpustakaan untuk berjumpa dengan Fadilah. Fadilah pengawas pusat sumber sekolah. Kami berjanji untuk ulang kaji pelajaran di sana selepas tamat waktu persekolahan.

Ketika ingin membelok ke arah tangga untuk naik ke tingkat dua di mana terletaknya perpustakaan di situ, terasa tudung putih sekolahku ditarik dari belakang.

Hantu mana yang kacau aku ni? Pantang betul aku kalau tudungku diusik. Segera aku berpaling ke belakang. Kaki yang ingin melangkah ke arah tangga terpaksa aku pasakkan di permukaan lantai bangunan ini untuk bersemuka dengan gerangan makhluk yang telah merosakkan mood aku tadi.

"Hai, Hani." Makhluk itu bersuara.

"Kau nak apa Deera?" Soalku malas.

Perempuan ini memang dah lama rasanya tak makan penampar gulai. Sesedap rasa dia je tarik tudung aku. Kalau aku debik karang ada la drama rantaian TV3 yang akan tercetus nanti. Lebih baik aku bersabar sahaja hadapi Nur Nadeera ini.

"Sekadar nak ingatkan kau... Jangan rampas Hannan daripada aku. Kami dah couple sejak kem hari tu. Kau jangan berani dekati dia lagi. Aku tahu kau selalu lepak dengan Hannan kan? Konon study group. Padahal dating." Tuduh Nadeera terhadapku.

"Kau ingat aku kisah ke kalau kau nikah dengan dia sekalipun? Untuk pengetahuan kau, dia yang suruh aku ajar dia sebelum ni. Kalau kau nak cemburu jugak tu masalah kau. Dah, aku malas layan kau. Bye." Kataku dan terus memanjat anak tangga demi anak tangga menuju ke perpustakaan.

Masuk sahaja ke dalam perpustakaan aku terus mendapatkan Fadilah. Aku meminta agar kami belajar di asrama sahaja gara-gara mood aku yang sudah merudum sekarang.

Mujur Fadilah memahamiku. Kami pulang ke asrama dan aku memilih untuk rebahkan badanku di katil terlebih dahulu.

"Awak... Kenapa ni? Awak ada masalah ke?" Tegur Fadilah.

"Tak ada la. Saya penat je. Awak kalau nak study, awak study la dulu. Nanti saya join awak." Balasku lemah.

Selimut ku tarik menutup seluruh tubuhku. Tanpa sedar airmata menitis di pipiku.

Kenapa aku perlu rasa sakit dengan pengakuan Nadeera tadi? Kenapa hati ini perlu terasa pilu dengan cinta yang ku anggap cinta monyet ini? Kejamkah cinta kepadaku?

Muhammad Hannan. Dia lelaki pertama yang aku cintai sepenuh hati. Kehadirannya dalam hidup aku seperti bintang yang selalu bersinar di dada langit. Namun, cinta yang bertepuk sebelah tangan tidak membawa apa-apa makna buat hidupku.

Aku harus bangkit! Aku tidak boleh jadikan cinta itu kejam kepada hidupku. Aku bukan insan yang lemah.

Setelah penat membazirkan masa untuk tangisan yang tidak bermakna itu, aku bangun dari katil dan menuju ke tandas untuk membersihkan muka.

Minggu depan dah nak SPM. Aku tak boleh lalai dengan hal-hal yang tak penting. Aku dah janji dengan Mama dan saudara kandungku yang lain untuk berjaya dalam pelajaran. Aku ingin menjadi seorang anak dan adik yang mampu membanggakan seisi keluargaku. Itu tekadku.

****

Hari ini majlis mohon restu berlangsung di dewan sekolah. Semua guru yang mengajar di tingkatan lims dan calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dikehendaki berada di dewan sekolah.

Aku dan Fadilah berjalan menurunu tangga blok Hikmah iaitu blok yang dikhaskan untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar.

Ketika memijak tangga terakhir, badanku dilanggar. Mujur tidak tergolek jatuh aku dibuatnya. Aku sudah fobia dengan adegan-adegan jatuh ni. Muka aku je asyik jatuh dekat sekolah ni. Itulah akibat suka berangan aku rasa.

Aku dan Fadilah berhenti melangkah. Wajah-wajah manusia yang sedang tersenyum sinis di belakang kami itu dipandang dengan hati yang membara.

"Awak ni Deera, kalau jalan tak boleh ke kalau tak tolak-tolak orang? Bahaya tahu tak? Kalau Hani jatuh tadi macam mana?" Soal Fadilah.

Aku hanya mendiamkan diri. Belum sempat Nadeera menjawab, ada suara lain yang mencelah terlebih dahulu.

"Deera, kau tolak Hani ke?" Soal suara itu. Suara lelaki.

"Mana ada. I tak tolak pun. Diorang ni yang tuduh I. Kan Fatin? Hani dengan Fad yang cari pasal kan?" Nadeera pura-pura bertanya kepada rakan karibnya di sebelah.

"Suka hati kau la Deera. At the end salah aku dengan Fad jugak kan? Buat la apa yang kau rasa baik untuk kau dan kawan-kawan kau ni. Jom Fad kita pergi dewan." Akhirnya aku bersuara.

Aku dah penat nak layan drama yang dilakonkan oleh Nadeera and the gang. Belum sempat aku dan Fadilah meneruskan langkah, lelaki yang bersuara tadi kembali menyoal.

"Kau tak penat ke nak mengalah je dengan Deera ni, Hani? Kalau kau tak salah kau fight la. Jangan jadi bodoh la tunduk dengan orang yang selalu tindas kau." Marah Hannan tiba-tiba.

"Kau tak payah melampau la Hannan! Kau siapa nak cakap aku bodoh?" Aku bersuara dengan marah.

Dia fikir dia siapa untuk cakap macam tu dekat aku? Aku ada perasaan juga. Manusia mana yang tak marah bila dibodohkan? Aku benci Hannan. Aku harap selepas tamat tingkatan lima aku takkan berjumpa dengan dia lagi. Kalau boleh waktu ambil result pun aku taknak jumpa dia.

"Hani...Aku..."

"Dah. Tak payah cakap banyak la Hannan. Mulai hari ni aku halalkan segala ilmu yang aku bagi dekat kau. Lepas ni aku akan anggap kau tak wujud dalam hidup aku. Jom Fad." Kali ini aku melangkah tanpa memandang ke arah mereka yang masih berada di situ lagi.

Aku harus berjaya dalam SPM. Aku nekad untuk sambung belajar di luar negara suatu hati nanti. Aku ingin menjadi pelajar sekolah menengah harian biasa pertama di sekolahku yang akan jejakkan kaki ke luar negara selepas SPM dengan tajaan dari pihak tertentu. Aku akan buktikan.

Hak cipta sepenuhnya :

-Ayumiey-

Dont dare to copy.

Setiap cerita ada kisah disebaliknya. 😘

Support me!

🌟vote jangan lupa.

SEKEJAM CINTA (Completed)✔Where stories live. Discover now