LAPAN

278 10 1
                                    

'I'm always been there for you. Even you're far away from me, thats not the reason to make me forget you'

-Love you, H-

'For you Nur Hani, my dear princess... I'm here for you. I'm your shadow. You're my queen'

-Your Future, H-

***

Aku membaca bait-bait yang tertulis pada nota kecil itu. Dua nota kecil diselitkan pada sijil yang masih belum aku tuntut di sekolah.

Siapa dia 'H' yang rajin sangat bagi aku nota-nota cinta ni? Tak pernah pula sepanjang lima tahun bersekolah di sini aku dapat love note macam ni.

Semestinya lelaki la pengirim misteri itu. Tapi siapa? Dalam sekolah ini dari tingkatan satu sampai lima, berpuluh-puluh nama yang bermula dengan huruf H. Yakin sangat nama dia bermula dengan huruf H, entah-entah H itu merujuk kepada Hero, Handsome dan sebagainya. Maklumlah, budak lelaki di sekolah ini majoriti kuat perasan. Haha.

Abaikan jela pasal nota itu. Sekarang waktu untuk aku hilangkan perasaan berdebar yang mula menghantuiku sebelum ambil keputusan peperiksaan SPM.

Fuhh... Taknak ambil boleh tak? Tolong wakilkan Nur Hani sekejap boleh? Berdebar wei!

"Hani...! Rindunya dekat awak...," jerit satu suara yang amat kukenali. Siapa lagi jika bukan sahabat dunia akhiratku, Nur Fadilah.

"Eh, Fad datang dengan Syed ke?" Aku menyoalnya apabila terperasankan seorang lelaki yang sedang menunggu di belakang dewan.

Takkan abang Fad pula. Dia mana ada abang. Aku agak itu Syed Arman sebab dia je yang nampak matang di antara ramai-ramai pelajar yang hadir hari ini.

Syed Arman sekolah lain. Macam mana boleh kenal dengan kami? Panjang ceritanya. Aku pendekkan jela. Jumpa waktu kem dulu-dulu. Haha.

"Awak ni... Bukan nak tanya saya sihat ke tak. Boleh dia tanya pasal orang lain. Ya, saya tumpang dia. Nanti dia nak pergi ambil result dia pulak," jawab Fad.

"Wow! Rasanya nanti dapat makan nasi gulai kawah dekat rumah awak la ye. Tahniah la kalau awak dah boleh terima Syed. Dah lama dia tunggu awak. Susah nak jumpa lelaki yang setia zaman sekarang ni," tambahku lagi.

"Insha-Allah. Doakan yang baik-baik jela. Ada jodoh tak ke mana kan," Fad menjawab sambil tersenyum.

"Jom pergi ambil result. Saya dah cuak sangat ni. Takut dapat keputusan teruk. Mesti Mama kecewa," kataku lemah.

"Jom. Dengan izin Allah keputusan kita semua mesti cemerlang."

Kami sama-sama berkumpul di dalam dewan tertutup ini. Satu per satu nama pelajar cemerlang diumumkan oleh guru sekolah kami. Fad pun cemerlang. Dapat 6A3B+. Namaku masih belum dipanggil. Agaknya teruk la kut. Sedihnya. Rasa dah macam nak menangis dah ni.

"Seterusnya pelajar cemerlang sekolah kita yang berjaya mendapat 7A2B, dipersilakan saudara Muhammad Hannan Hilmi Bin Rosdi untuk naik ke pentas."

Setelah nama itu diumumkan oleh guru, aku terkaku seketika. Dia sudah berjaya. Tahniah Hannan. Kau dah capai impian kau untuk dapat keputusan yang cemerlang.

Dia kulihat berjalan menuju ke arah pentas dengan penuh kegembiraan apabila mendapat keputusan yang dia idamkan itu.

Selepas Hannan turun dari pentas, guru yang bertugas meneruskan majlis penyampaian slip peperiksaan bagi pelajar yang cemerlang di sekolah kami.

"Akhir sekali, pihak sekolah dengan berbesar hati dan amat berbangga dengan pencapaian pelajar ini. Beliau berjaya mengharumkan nama sekolah kita dengan keputusan semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu..."

"Dipersilakan Nur Hani Binti Yusof untuk mengambil keputusan sekaligus bergambar dengan para guru yang telah banyak menyumbangkan jasa buat semua pelajar sekolah kita," sambung guru itu lagi.

Aku menangis. Airmata gembira. Wajah Mama terpancul dimataku. Syukur Ya Allah atas segalanya.

Fad mengucapkan tahniah buatku. Seterusnya aku naik ke pentas dengan linangan airmata. Airmata kejayaan.

Perjalanan baru dalam hidupku akan bermula selepas ini. Aku akan pastikan kejayaan ini tidak berakhir di sini.

Selesai ucapan daripada guru-guru dan acara bergambar, semua pelajar dan guru bersurai dari dewan tertutup di sekolah kami.

Tidak sabar rasanya untuk aku pulang ke rumah bertemu dengan Mama sekaligus berkongsi kejayaan dan kegembiraan ini.

Saat aku ingin melangkah keluar dari dewan, figura seorang lelaki yang aku cuba elakkan untuk berjumpa menahanku.

"Tahniah, Hani. Aku minta maaf untuk segalanya. Semoga berjaya dunia dan akhirat, Hani." Dia berkata.

Suara yang aku rindui. Suara yang takkan mudah untuk aku lupakan. Dia cinta pertamaku. Dia cinta yang tak terungkap.

"Terima kasih. Kau pun sama. Dah berjaya nanti jangan lupakan aku," ujarku dengan senyuman.

Tiada guna jika terus menerus bermusuhan. Dia tidak melakukan kesalahan yang besar pun. Disebabkan emosi ketika itu, kami semakin jauh.

"Mustahil untuk aku lupakan kau. Kau ingat tau, kalau aku jumpa kau suatu hari nanti selepas aku dah berjaya capai cita-cita aku, kau akan aku miliki. Ingat tu," katanya.

"Kenapa kau cakap macam tu Hannan?" Soalku.

"Just keep it on your mind. Aku janji aku akan cari kau nanti. Kalau kau dah berpunya saat itu, aku redha." Hannan berkata dengan yakin.

"Suka hati kau la Hannan. Aku pun doakan kau bahagia dan berjaya sampai syurga," tambahku lagi.

Rumitnya soal hati ini. Jatuh cinta bukan pintaku. Perasaan ini sebuah anugerah dari Yang Maha Esa. Namun, biarlah ia berlandaskan tuntutan agama. Halalkan atau tinggalkan. Islam itu indah. Islam memudahkan. Islam is the way of life.

"Jaga diri baik-baik, Hani. Selamat maju jaya," kata Hannan lagi.

Aku sekadar mengangguk. Setelah itu kami keluar dari dewan itu dengan hati yang tenang. Tiada lagi permusuhan antara kami. Jika dia jodohku, pasti suatu hari nanti Allah akan satukan kami dengan izinNya. Jika sebaliknya, percayalah bahawa perancangan dan takdir Allah itu lebih hebat dari apa yang kita mahukan.

Aku lupa untuk bertanyakan tentang diari hijau milikku yang masih belum dipulangkan oleh Hannan dulu. Masih wujudkah diari penting itu bersamanya?

Bila pula kami akan bersua muka selepas ini. Harapnya dia telah buang diari itu. Dia tak perlu tahu tentang isi hatiku buatnya. Ia sangat memalukan jika Hannan tahu aku cintakannya. Kejamnya hatiku demi cinta. Kejam kerana tidak berani untuk luahkan dengan kata-kata. Hanya mampu dizahirkan melalui tinta.

Biarlah ia kekal tersurat di buku itu. Andai kata Hannan masih menyimpannya, aku pasti dia takkan baca isi kandungannya. Mungkin juga buku itu sudahpun hilang.

Hak milik sepenuhnya:

-Ayumiey-

Dont dare to copy!

Setiap cerita ada kisah disebaliknya. Korang, komen la kslau sudi. Sangat2 hargai sesiapa yang sudi membaca SC ini. Ini kisah benar yang ku olah menjadi sebuah cerita yang tersendiri.

Haa.. jemput juga baca story BISIKKAN IBLIS by cik_ikkomi. Best weh! 🙈

Baca juga story LIFE 6 FRIENDS by gnrt_immy

🌟Vote la sayang-sayang sekalian ❤

SEKEJAM CINTA (Completed)✔Where stories live. Discover now