SATU

589 22 2
                                    

Aduhh!!

Kepalaku berdengung sesasat. Malaun mana yang langgar aku ni? Jalan bukan main sebesar-besar alam, boleh dia langgar badan comelku ini?

Aku berpaling ke arah seseorang yang masih pegun di atas lantai jubin itu. Akibat pelanggaran kecil tadi, kami berdua jatuh tergolek dan kepalaku terhantuk pada bucu meja.

"Apa ni? Kau jalan guna mata tak?!" Marahku sambil cuba bangun dan menstabilkan diri.

"Maaflah, Hani. Aku tak sengaja tadi. Aku tak perasan kau dekat depan pintu kelas. Kau okey kan?" Soal lelaki itu.

"Kau memang sengaja kan, Hannan? Dah la. Aku nak balik asrama dulu. Sakit hati aku dengan perangai kau yang selalu kelam kabut ni." Jawabku dan mula mengatur langkah keluar dari bilik darjah.

Mujur tiada pelajar lain ketika itu. Kalau tak mesti dah kena gosip. Waktu persekolahan pada hari ini telah pun tamat. Aku pelajar yang paling akhir keluar dari kelas kerana sibuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guru sebelum pulang.

Sudah menjadi tabiatku untuk menyiapkan semua tugasan sebelum balik ke asrama. Nanti waktu prep boleh la aku berangan dengan aman.

Aku tak sedar pula yang Hannan masih belum pulang. Hannan... Lelaki yang aktif dalam bidang sukan di sekolah. Bab pelajaran pun cemerlang juga, tapi matapelajaran sejarah je la. Subject lain kirim salam awal-awal. Dia tak minat especially English dan Matematik.

Selalu merayap waktu cikgu matematik mengajar. Akhirnya aku yang menjadi mangsa untuk ajar makhluk Allah ni dua subject tadi.

Jarang dia cari pasal dengan aku. Aku perempuan paling garang dalam kelas. Ada juga rakan-rakan cakap aku ni skema. Maaf ya. Aku bukan skema. Aku jenis perempuan matang. Tak macam yang lain, tergedik-gedik melepak tak kira masa. Lepas tu bercinta. Belum cukup sebulan dah putus. Sadis betul.

"Hani...!" Jerit Hannan.

Kaki yang sudah berada di luar kelas terpaku dek terkejut dengan suara Hannan.

"What wrong with you, Hannan? Nak kena lastik dengan aku ke? Kau jerit kenapa?" Soalku geram.

"Hehe... Jangan la marah. Kau cantik la Hani. Lagi cantik kalau kau senyum," ujar Hannan dengan senyuman.

"Kau jerit nama aku semata-mata nak bagitahu pasal senyuman je ke, Hannan?" Sinis aku menyoal.

"Tak laa. Aku nak minta tolong kau ajar aku maths. Boleh tak? Ibu aku dah bebel la tengok result percubaan SPM aku hari tu. Mati aku kalau aku gagal exam sebenar nanti." Kata Hannan dengan keluhan.

"Yela-yela. Esok waktu balik sekolah tunggu aku dekat pondok depan public phone dekat dataran tu. Aku ajar kau. Dah la. Aku dah lambat ni. Nanti dewan makan tutup kebulur pula aku. Kau takpe la duduk dengan family. Boleh makan bila-bila masa je," ujarku.

Hannan anak cikgu. Cikgu sejarah. Sebab tu la dia pandai subject tu je. Selalu kena rotan dengan ayah dia kalau tak hafal maklumat penting dalam buku teks sejarah tu.

Dia juga tak dibenarkan tinggal di asrama kerana ayahnya guru di sekolah kami. Tinggal di asrama buat apa kalau hari-hari ayah datang sekolah. Asrama biasanya disediakan untuk murid yang tinggal jauh dari sekolah dan kurang berkemampuan macam aku.

"Okey. Terima kasih, Hani. Nanti aku belanja kau KFC lepas habis SPM. Kau kan suka ayam goreng. Hehe." Balas Hannan.

Aku pelik juga macam mana Hannan tahu makanan kegemaranku itu. Mungkin dia ada terdengar perbualanku dengan Fadilah, rakan baikku sebelum ini agaknya.

Langkah diteruskan ke arah tangga bangunan sekolah untuk pulang ke asrama puteri. Hannan mengikuti dari belakang.

Sampai di anak tangga terakhir kaki ku tersilap langkah. Berterabur buku teks jatuh ke lantai. Nasib baik aku sempat berpaut pada pemegang tangga. Kalau tidak aku bakal jatuh buat kali yang kedua.

Kedengaran suara gelak ketawa dari belakangku. Terus aku berpusing ke arahnya.

"Tadi kau cakap aku kelam kabut. Sekarang Tuhan balas balik dekat kau. Dah, aku nak lalu ni. Ayah aku dah lama tunggu tu." Katanya sambil ketawa.

Aku memberikan laluan untuknya. Setelah dia melepasiku, aku tunduk untuk memungut buku teks yang masih terdampar di atas lantai itu.

Tanpaku duga, Hannan turut menunduk dan membantuku mengutip buku-buku yang jatuh sebentar tadi.

Sebuah diari hijau milikku yang turut jatuh dipegang oleh Hannan. Membulat mataku memandang ke arahnya. Jangan la dia buka buku itu. Malu aku nanti jika rahsiaku terbongkar.

"Hannan! Bak balik buku tu! Jangan buka atau baca isi kandungannya!" Aku bersuara penuh kerisauan.

"Bunyi macam penting je buku hijau katak pisang ni buat kau. Okey. Aku takkan baca. Tapi aku akan simpan. Bye Hani." Hannan berlari meninggalkanku.

Aku masih terkejut. Hannan! Kau buat apa? Ya Allah. Buku tu banyak rahsia aku. Menyesal aku tak simpan dalam beg sekolah je tadi.

Harapanku Hannan takkan sesekali membaca apa yang terkandung di dalam diari itu. Hmmm...

Aku meneruskan langkah menuju ke blok asrama puteri. Perut yang tadinya lapar terasa kenyang serta merta dengan kerenah Hannan.

Namun, aku tetap perlu mengisi perutku yang kosong untuk elakkan aku diserang gastrik jika membiarkannya tanpa makanan.

Beg sekolah dan buku yang berada di tangan aku letakkan di luar dewan makan. Kasut hitam yang tersarung di kaki aku buka. Mujur masih sempat untuk makan tengah hari.

Hak milik sepenuhnya :

-ayumiey-

Dont dare to copy .

🌟vote boleh la.. saling menyokong penulis baru macam saya ni. 💚

SEKEJAM CINTA (Completed)✔Where stories live. Discover now