SEBELAS

280 11 0
                                    

"Yes, aku akan terima. Usia sekarang ni aku dah tak fikir soal cinta monyet la. Aku nak tumpu dekat kerjaya dulu. Itu yang utama sekarang ni," jelasku lagi.

Hannan hanya diam. Dia terus memandu.

Setelah hampir tujuh jam berada di dalam kereta, akhirnya kami tiba jua di kampung halamanku.

Hari sudahpun malam ketika kami tiba di hadapan rumahku.

Tapi aku pelik dengan suasana rumah aku yang gelap gelita sekarang. Sekarang baru pukul lapan malam. Kenapa Mama dan Kakcik tak pasang lampu rumah ni? Masih terlalu awal untuk mereka tidur.

"Hannan, kenapa rumah aku gelap ni? Aku rasa tak sedap hati la. Kau temankan aku kejap. Aku nak buka lampu rumah," ujarku kepada Hannan.

"Hani..." Hannan menyeru namaku.

"Ya. Ada apa? Jom la keluar. Mama aku dengan Kakcik dah tidur kut," tambahku lagi cuba berfikiran positif.

"Hani. Dengar cakap aku sekejap," arah Hannan.

"Apa?"

"Ikut aku pergi suatu tempat. Pakai balik seat belt tu," ucap Hannan dan terus memandu keluar dari kawasan rumahku.

Aku hanya mampu menurut. Apa yang terjadi sekarang? Aku benar-benar tidak dapat mengagak apa yang berlaku kini.

Perasaan teruja dapat balik ke kampung tadi bertukar menjadi kerisauan yang tak berkesudahan.

"Hannan... kita nak pergi mana ni? Ni jalan ke pusat bandar. Kau ada nak beli apa-apa ke? Aku nak jumpa Mama aku ni. Aku rindu sangat ni. Kita keluar lain kali la," ujarku.

Namun Hannan sekadar mendiamkan diri dan meneruskan perjalanan.

"Muhammad Hannan Hilmi... I'm talking to you. Jangan diam je. Bagitahu aku apa dah jadi sekarang?" Soalku lagi.

Tak betah aku dengan kesunyian di dalam kereta ini. Dada terasa sempit dan kepala rasa berat untuk berfikir dengan baik.

"Kejap lagi kita sampai kau akan tahu segalanya. Aku harap kau akan terima semuanya dengan hati yang cekal," balas Hannan akhirnya.

Beberapa minit kemudian kami berdua tiba di perkarangan tempat letak kereta di sebuah hospital.

Jantungku tiba-tiba berdegup samakin kencang. Khabar apa yang bakal aku terima ni?

Kami keluar dari kereta dan aku hanya mengikut gerak langkah Hannan menuju ke ruang unit kecemasan hospital. Sekarang bukan waktu melawat, jadi kami perlu meminta kebenaran pihak hospital jika ingin berjumpa dengam pesakit di unit kecemasan.

Hannan memohon izin staf di situ. Aku sekadar berdiam diri. Walaupun hospital sudah menjadi rumah kedua sewaktu aku di Melbourne, namun di sini aku seakan hilang arah sebentar.

Kami dibenarkan untuk masuk ke dalam hospital setelah Hannan memujuk pihak yang berkenaan.

Dari jauh aku dapat lihat beberapa orang ahli keluarga yang sedang menunggu pesakit di luar bilik kecemasan. Hal yang biasa terjadi di mana-mana hospital iaitu kemalangan yang melibatkan ahli keluarga tercinta.

Tiba di satu sudut aku dapat melihat seseorang yang sangat kukenali. Kakcik! Kenapa Kakcik boleh ada di hospital sekarang?

Pantas aku mendapatkan Kakcik yang sedang duduk di sebuah kerusi. Aku bersalam dan memeluknya. Rindu sangat dengan kakak aku sorang ni. Pembakar semangat aku selain Mama untuk terus berjaya.

"Kakcik buat apa dekat sini?" Soalku.

"Hani, Kakcik minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat jemput Hani dekat Airport. Terima kasih Hannan sebab sudi jemput budak manja ni," tutur Kakcik.

SEKEJAM CINTA (Completed)✔Where stories live. Discover now