TUJUH

281 12 0
                                    

Sedar tak sedar sudah dua bulan lebih aku bertugas sebagai kerani di pasaraya ini dan seperti sudah agak lama aku berada di ibu kota ini. Tugas seorang kerani yang awalnya agak rumit bagiku, namun  syukur aku dapat belajar dengan baik hasil tunjuk ajar daripada Puan Hafizah.

Hari Sabtu merupakan hari aku paling suka berkerja. Dapat balik awal. Hehe.

Sekejap lagi dah boleh balik. Syoknya! Esok cuti. Keseronokkan berganda. Ohyeahh! Boleh lepak dekat rumah sewa sambil makan keropok.

Asyik sangat berangan tentang hari cuti, sehingga kehadiran Puan Hafizah pun aku tak sedar.

"Hani... Senyum sorang-sorang ni kenapa, nak?" Tegur Puan Hafizah.

"Eh, maaf Puan. Saya tak sabar nak cuti esok sampai tak perasan Puan masuk office tadi. Maaf ya Puan," pintaku sambil tersenyum ke arah Puan Hafizah.

"Cuti esok awak ada keluar pergi mana-mana tak, Hani?" Soal Puan Hafizah.

"Esok, rasanya saya duduk rumah je kut. Kenapa Puan?"

"Hajatnya saya nak ajak awak temankan saya pergi kenduri kahwin anak saudara saya di Shah Alam esok. Boleh?" Puan Hafizah menyoal lagi.

Kenduri? Bunyi macam best. Dapat makan lagi. Hehe. Aku tak tahu aku ni spesis apa yang suka sangat dengan makan. Tapi berat badan masih kekal 42 kilogram.

"Boleh la kalau macam tu Puan. Saya pun bukan buat apa pun esok. Nak berjalan dekat sini saya bukan tahu sangat selok belok tempat orang ni," jawabku sambil tersenyum.

"Okey. Esok dalam pukul sepuluh pagi saya jemput awak dekat rumah sewa awak," sambung Puan Hafizah.

"Baik, Puan. Terima kasih sudi ajak saya. Boleh saya kenal tempat orang ni sikit. Minggu depan saya dah last kerja. Lepas ni nak balik kampung dah ambil result SPM." Aku bersuara lagi.

Kerjaku sudah selesai. Tunggu jarum jam tepat pukul 12.30 tengah hari je untuk aku pulang ke rumah. Sementara itu boleh la sembang sekejap dengan majikanku yang baik hati ni.

"Eh? Minggu depan awak last kerja?" Soal Puan Hafizah dengan terkejut.

"Ya, Puan. Saya ada letak surat perletakan jawatan atas meja Puan semalam. Puan tak perasan kut," jawabku.

Terus Puan Hafizah mencari surat yang aku sebut tadi di atas mejanya. Sepucuk surat yang lengkap bersampul dicapai dan dibaca olehnya. Selepas itu wajahnya berubah mendung.

"Sekejap je saya rasa. Saya tak ada anak perempuan untuk bermanja. Dua-dua lelaki. Awak kerja dekat sini saya dah anggap awak macam anak saya. Sedihnya nanti awak tak ada di sini lagi," ujar Puan Hafizah.

"Puan jangan la sedih. Nanti Puan datang la kampung saya. Boleh saya pula bawa Puan jalan-jalan dekat sana." Aku cuba untuk menghiburkan Puan Hafizah.

Akhirnya dia tersenyum dan memandang wajahku dengan ceria.

"Terima kasih. Esok jangan lupa. Alang-alang awak dah nak berhenti kerja, saya nak bawa awak jumpa anak-anak saya la esok. Mesti diorang suka." Puan Hafizah bersuara girang.

Tak kisah la mana-mana pun. Aku gembira melihat senyuman di wajah ceria majikanku ini. Dia banyak mengingatkan aku pada Mama di kampung.

Rinduku pada ibu kandungku itu tak terluah dengan perkataan. Rindu masakan Mama. Rindu gurauan dan nasihat Mama.

Selalunya kami berhubung melalui telefon sahaja. Takkan pernah sama jika berbual di telefon dengan bertentang mata.

Merindui kampung halaman. Rindu sahabat setiaku, Fadilah. Apa khabar dia sekarang agaknya? Sejak sibuk bekerja, kami jarang berhubung. Balik ambil keputusan nanti mesti jumpa dia juga. Tak sabarnya.

SEKEJAM CINTA (Completed)✔Where stories live. Discover now