ENAM

299 12 0
                                    

Sudah tiga minggu aku bekerja di Pasaraya Harmoni ini sebagai juruwang. Pasaraya ini merupakan sebuah pasaraya yang menyediakan pelbagai jenis jualan barangan keperluan harian pengguna. Syukur aku diberikan pekerjaan yang halal.

Hidup di kota ini amat memerlukan wang untuk bertahan hidup. Namun, jangan pernah sesekali mencuba pekerjaan yang tidak halal. Hilang keberkatan hidup tiada gunanya juga. Kaya harta tetapi miskin iman dan taqwa.

Hari ini pelanggan di pasaraya tidak begitu ramai. Mungkin hari ini hari Khamis. Warga kota sedang bekerja pada waktu ini.

Majikanku memanggilku ke pejabat. Katanya ada urusan yang perlu diselesaikan. Aku belum pernah bertemu dengan pemilik pasaraya ini. Waktu temuduga untuk jawatan juruwang ini pun aku berurusan dengan penyelia sahaja iaitu Puan Jamilah.

Sekarang masa untuk berjumpa dengan pemilik pasaraya. Shift aku bakal tamat sejam dari sekarang. Dah selamat tukar kaunter dengan pekerja lain.

"Awak Nur Hani?" Soal satu suara yang sedang menyemak beberapa kertas di atas meja itu.

"Ya, saya Nur Hani."

"Okey. Saya dapat tahu awak cekap buat kerja sebagai juruwang. Awak nak tak kalau saya offer awak jadi kerani buat sementara waktu ini?" Soal majikanku lagi.

"Puan... Saya belum dapat keputusan SPM lagi. Layakkah saya?" Giliran aku menyoal.

Puan Hafizah tersenyum kearahku. Apa yang lucu? Aku serius tak jangka yang pemilik pasaraya ini menawarkan aku kerja yang lebih baik dari kelayakkan yang aku punya.

"Tak apa. Saya memang perlukan kerani untuk tolong saya semak data-data pasaraya ini. Saya yakin awak boleh." Tambahnya lagi.

"Kenapa tak offer Kak Jamilah je, Puan?"

"Saya tak boleh bagi dia jadi kerani. Nanti tak ada siapa pula nak handle bahagian luar sana." Balas Puan Hafizah.

"Tadi Puan cakap sementara je kan? Berapa lama agaknya tu Puan?" Soalku lagi.

"Tiga bulan je. Sampai anak lelaki saya habis belajar. Nanti saya akan suruh dia pantau la pasaraya ni." Jawab Puan Hafizah.

"Kalau macam tu okey la Puan. Terima kasih sebab percayakan saya yang masih baru di sini." Aku lega mendengarnya.

"Sama-sama, Hani. Lagi satu, awak mula bertugas sebagai kerani minggu depan. Hari cuti awak setiap hari Ahad. Sabtu kerja separuh hari saja." Puan Hafizah menyambung perbualan.

Aku hanya mengangguk tanda memahami setiap butir bicara yang disampaikan olehnya.

Setelah selesai menerangkan bidang tugas yang perlu aku lakukan sebagai seorang kerani, Puan Suraya membenarkan aku untuk pulang ke rumah.

Waktu kerjaku sudah tamat. Sekarang waktu untuk pulang dan berehat. Niat dihati ingin menghubungi Mama di kampung malam nanti.

****

Sungguh indah percaturan Yang Maha Esa takdirkan buatku. Belum dapat keputusan SPM aku sudah mendapat rezeki yang tak disangka dalam bidang pekerjaan ini.

Syukur sangat dengan segalanya. Selepas ini aku dapat membantu Mama di kampung dengan hasil titik peluhku ini. Rezeki yang pantas aku kongsi bersama keluargaku.

Malam ini sungguh hening. Aku sendirian di rumah sewa sepupuku ini. Dia keluar bersama kawannya. Siapa kawannya aku sendiri tidak kenal.

Sebut tentang sepupuku itu, mari aku perkenalkan siapa dia. Siti Zahra. Zahra sepupu sebelah Mama. Senang cerita dia anak saudara Mama la. Anak kepada Makcik Zainab. Rumah kami di kampung dekat saja. Zahra tua dua tahun dariku.

SEKEJAM CINTA (Completed)✔Where stories live. Discover now