BAB 2

40.3K 109 5
                                    



Kartini langsung tak menoleh pada Arsyad sebaik sahaja turun dari motor. Jijik dia melihat muka bapa yang tak berguna itu. Dia menghenyak punggung di tempat duduk perhentian bas. Baru ada dua tiga orang sahaja pekerja kilang yang baru tiba. Kartini mengeluarkan telefon bimbit. Membelek telefon lebih bagus dari melihat wajah Arsyad.

"Tini!" Arsyad memanggil. Tapi Tini buat-buat tak dengar. Dia bangun dan duduk lebih jauh dari Arsyad yang masih berada di atas motor.

"Tini!"

"Apa? Ayah pergilah. Kata tadi nak pergi menoreh."

"Marilah sini sekejap." Arsyad menggamit. Kartini menjeling tajam. Kemudian kembali membelek telefon bimbit.

Arsyad tak puas hati. Motorsikal ditongkat. Dia menghampiri Kartini. Sebaik sahaja dia duduk tangan jantannya terus berlabuh di peha Tini.

"Hish! Janganlah ayah." Kartini menepis kasar.

"Apa? Ayah letak tangan aje." Arsyad mencuba lagi. Kali ini dicengkam sedikit isi peha Kartini. Bibirnya terkemam ketika Kartini masih berusaha untuk menepis tangannya.

"Tolonglah ayah. Tak eloklah kalau kawan-kawan Tini nampak." Kartini berlembut. Bimbang kalau Arsyad bertindak liar sekiranya dia semakin berkeras. Mata sudah berkaca-kaca menahan rasa. Malu kalau ada yang ternampak nanti.

"Bulan ni dah 'datang' ke belum?" tanya Arsyad.

Kartini mengerling tajam. Gaya Asyad bertanya tak ubah seperti seorang suami. Hal dalaman Kartini memang sudah tidak menjadi rahsia lagi. Dua tahun menggauli anak sendiri. Tarikh Kartini uzur pun dia sudah hafal.

"Kau dengar tak ayah tanya ni?" Arsyad menampar lembut peha Kartini.

"Belum!" Kartini menepis tangan Arsyad. Makin ditegah makin galak pula tangan Arsyad.

"Makan ubat tak?"Arsyad bertanya lagi. Tangan masih tidak mahu beralih dari peha gadis itu.

"Tak." Kartini menjawab tanpa memandang muka Arsyad. Menyampah sangat-sangat. Rasa macam nak tampar muka Arsyad dengan kasut. Selamba saja bertanya. Macamlah Kartini tu isteri dia.

Arsyad mendengus perlahan. Tangan dialihkan dari peha Kartini. Dia bangun sekejap untuk mengambil sesuatu di dalam poket seluar. Sepapan pil berwarna kuning dihulur pada Kartini. Tetapi Kartini memalingkan muka ke arah lain.

"Apa hal pula ni? Kau jangan naikkan darah aku boleh tak?" Arsyad menjerkah. Senang benar kesabarannya hilang.

Kartini merampas pil perancang di tangan Arsyad. Lebih baik dia beralah sebelum Arsyad buat kecoh. Kenal benar Kartini dengan perangai buruk ayahnya. Sedangkan di tengah-tengah orang ramai pun dia berani buat kecoh inikan pula dalam keadaan yang masih sunyi sepi begini.

"Ayah jangan berani-berani sentuh Mila."

Tak semena-mena Arsyad mengekek ketawa. Dia tunduk mendekatkan wajah ke telinga Kartini.

"Ada orang cemburu ke?"

Kartini memberanikan diri menentang tenungan sinis Arsyad. Dengan sengaja Arsyad menjilat bibir sendiri. Mata sengaja diredupkan seolah-olah sedang menggoda Kartini.

"Bila nak insaf ni ayah? Umur tu bukannya makin sikit. Tak ingat mati ke?"

Arsyad ketawa lagi. Hidung Kartini di picit kuat. Kemudian tangannya beralih ke pipi Kartini. Usapan lembut di pipi melarat hingga ke bibir. Namun tak semena-mena Arsyad menekup kedua-dua tangannya di pipi Kartini.

SERAKAHWhere stories live. Discover now