BAB 9

16.5K 53 1
                                    

Beberapa hari kemudian...

Dari halaman rumah Arsyad nampak ruang tamu di tingkat atas masih terang. Tertanya-tanya juga siapa yang masih belum tidur pada waktu-waktu begini. Tak mungkin Kartini lupa tutup lampu sebelum pergi kerja tadi. Hari masih terang ketika dia menghantar Kartini ke kilang beberapa jam yang lalu. Atau, mungkin Karmila masih berjaga. Esok anak bongsunya akan berangkat ke Melaka. Pasti dia sedang melakukan persiapan terakhir sebelum bertolak ke Kolej Yayasan Saad pagi-pagi esok.

Arsyad masuk ke rumah tanpa salam. Cukup berhati-hati dia menapak masuk ke bilik. Mata belum mengantuk. Hati pula seakan dipanggil-panggil untuk naik ke atas.

"Cah." Pinggang Habsah dicuit sedikit.

"Cah!" Kali ini bahu Habsah pula digoncang kuat.

"Huh! Kalau dah tidur tu, gunung berapi meletup pun tak sedar," getus Arsyad. Pura-pura marah. Walhal hati bersorak riang. Habsah dah tidur mati. Kartini pula di tempat kerja. Ini bermakna tiada sesiapa yang mengawasi Karmila malam ini.

Arsyad keluar semula setelah betul-betul pasti Habsah sedang nyenyak tidur. Bibir tersenyum lebar mendengar dengkuran Habsah yang berselang-selang dengan hembusan nafas kasar. Makan besarlah dia malam ini. Merasa juga dia dengan 'bunga segar' akhirnya.

Naik sahaja di tingkat atas, sudah terpandang Karmila yang sedang terbongkok-bongkok mengemas beg pakaian. Arsyad berdeham perlahan. Tetapi Karmila yang sedang leka tak terdengar langsung derap kaki Arsyad yang sedang menghampiri.

"Tak tidur lagi?"

"Opocot!" Karmila tergamam. Nyaris lagi dia terpeluk Arsyad yang berdiri betul-betul di belakangnya.

"Hish! Ayah ni buat Mila terperanjat aje. Dahlah susah sangat nak zip beg ni," bebel Karmila. Dia membongkok kembali menyudah kerja yang belum siap.

"Tengah buat apa ni?" tanya Arsyad.

"Pemeriksaan terakhir." Karmila menyeringai suka. Dia terduduk kelegaan. Berjaya juga beg pakaian dizip. Sekarang giliran untuk mengemas perkakas sekolah pula. Karmila bersila semula di karpet. Tak dihiraukan Arsyad yang memerhatikan dirinya sejak tadi.

"Amboi! Seronoknya dia nak masuk asrama. Tak rindu kat ayah ke nanti?" Arsyad menegur. Mata tidak lepas dari bahagian atas baju tidur Karmila yang sudah tercabut butangnya. Seakan ingin diselak celahan baju itu untuk melihat kemulusan tubuh kulit anak gadisnya dengan lebih jelas.

"Mestilah rindu. Tapi Mila kan pergi belajar. Bukannya pergi melancong. Lagi pun dua minggu sekali boleh balik."

"Ya, ayah tahu. Nanti dah tak adalah orang yang ayah nak sakat." Arsyad beralih tempat. Sengaja dia duduk bersila juga di karpet. Lebih mudah dia mengusap kepala Karmila. Lebih mudah juga dia meninjau celahan baju Karmila yang agak terdedah.

"Lepas ni mesti rumah ni sunyi." Arsyad mencium pipi Karmila dan tayang muka sedih.

"Ala, ayah janganlah cakap macam tu. Sebak hati Mila tau."

Arsyad senyum kelat. Karmila ditarik lalu didakap erat. Karmila hanya menurut dengan harapan dapat mengurangkan kesedihan Arsyad.

"Mila sayang ayah tau. Ayah jangan sedih-sedih ya." Kepala terlentok di bahu Arsyad. Makin kuat dengusan nafas Arsyad apabila dada Karmila melekap rapat di dadanya. Belakang tubuh anak gadis yang terlalu mentah dengan akal jahat seorang lelaki bergelar ayah itu diusap lembut.

SERAKAHWhere stories live. Discover now