HAZE 2 | THE GUARDIAN

30.1K 796 88
                                    

"The Guardian"

Haze—Haze Putera...

"Woi!"

Aku terenjat setelah Ruby menepuk bahuku dengan kasar disertai dengan suaranya yang agak menyergah.

"Ruby,shit you! Kalau I mati terkejut,You nak bayar insurance I?"

"I tengok you asyik termenung macam orang yang baru saja kematian encik suami. You okay tak ni?"

"Tadi okay lah tapi lepas you kejutkan I,I rasa nak pengsan tau tak?"Tempelakku ke arah gadis di sebelahku ini.

Ruby mengekek ketawa.

"You ni suka bermimpilah Hazel. You mengantuk ke? Nak lepak kat Starbuck?"Ruby mengenyitkan mata ke arahku.

"You nak belanja I ke sayang? Hmm? "Tanyaku sambil melentok-lentok pada bahu Ruby. Ruby angkat matanya ke atas. Stereng kereta dibelokkan ke arah Sunway Pyramid berdekatan dengan Sunway Lagoon.

"Kalau I tak sayang you ni,dah lama I campak you keluar dari kereta I sebab I alergik dengan perempuan merenyam macam you ni."Getus Ruby seraya mengecilkan matanya yang sepet itu ke arahku.

"Nak menggatal pun salah."
Bahu Ruby disenggol. Ruby tergelak.

"Hei,ni lah I tak suka bila parking penuh macam ni. I rasa nak jadi singa betina. Dahlah I tengah lapar ni."

Aku membuat muka toya mendengar omelan Ruby yang masih tercari-cari parking kereta.Kami sudah beberapa kali berpusing-pusing di tempat yang sama.

"I tak bawa you pergi sini tadi okey?Jangan nak pandang I macam tu."Aku menukas tika Ruby tiba-tiba menjeling mukaku dengan penuh dendam.

"Nak menyalahkan aku lah tu."Tebakku.

"Tak ada pun. I dah jumpa parking. Oh yes,parking fucking fucking!"
Sambil mengatur parking,Ruby sempat mencarut kerana terlalu teruja mendapat satu parkir kereta yang kosong.

Kami sama-sama keluar dari Bezza milik Ruby.

"Take care dick head."Ruby bermonolog sendiri dengan keretanya sendiri.

"Ruby,I terlupa nak tinggalkan laptop I. Jom,patah balik."Kataku. Tangan Ruby direntap untuk mengikuti aku yang hendak menyimpan semua beg laptop ke dalam keretanya.

"Alah,you ni kan?Nasib tak sampai lif lagi."

"Jom!"Ajakku.

Baju Ruby yang sendat ketat menayangkan pusat itu aku tarik.

"Yalah-yalah. Janganlah tarik baju I sampai ni sekali. Kan I dah bagi tiket porn percuma dekat pakcik tu."Ujar Ruby. Mulut dimuncungkan ke arah seorang pakcik India yang baru saja keluar dari keretanya.

"You jangan nak perasan. Actually,pakcik tu dah nak muntah tengok pakaian you."

Sebuah motosikal EX-5 tiba-tiba melintasi kami lalu merentap beg laptop yang masih aku pegang kemas di dalam tangan.

Aku menjerit besar. Aku dan Ruby sama-sama tersembam jatuh di atas tar.

"Ruby,laptop I!"

Ruby bangun perlahan-lahan sambil menggosok kepalanya yang terhantuk pada sebuah kereta tadi.

Kami berpandangan sesama sendiri. Melopong besar dan tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi apabila lelaki itu dengan gembiranya setelah meragut beg laptopku sebentar tadi.

"Pakcik!Pakcik kami diragut!"Teriak Ruby ke arah seorang pengawal yang masih berjaga di depan pintu pusat membeli-belah itu.

"Wei!Laptop I!Peragut!Tolong!"Jeritku lantang.

HAZE PUTERAWhere stories live. Discover now