HAZE 17 | LALISA

15.2K 465 40
                                    

"Beberapa hari selepas ketiadaan Haze, aku mulai sunyi. Haze tidak dapat dihubungi langsung. Setiap kali aku membuat panggilan, hanya operator saja yang bercakap. Whatsapp juga tidak berbalas. Tiada double grey tick dan blue tick.

Keluhan dikeluarkan. Mata aku pacak tepat contrails condensation pesawat yang merentasi langit biru. Terimbau kembali nostalgia masa kecil-kecil dulu yang aku pernah terfikir bahwa garisan tersebut adalah asap yang terhasil dari roket dan mereka di dalam 'roket'itu kemungkinan mahu melawat bulan ataupun pergi ke Marikh.

"Weh, You tak nak jogging lagi ke? I tak percaya I boleh pusing satu trail tu."Ruby kelihatan sedang berlari menghampiri aku dalam keadaan tidak cukup nafas.

"I dah letih ni."Soalan Ruby aku sahut malas.

Ruby kelihatan mengambil botol air lantas meneguk minumannya dengan rakus dan penuh haus."Kenapa dengan you ni? Macam tak ada mood saja. You okey tak ni?"

"Hazel—"Gadis itu melabuhkan pungung di sebelahku. Ada keriutan pada dahinya. Mungkin kebingungan atau sedang dilanda oleh kerisauan.

"Tak ada apa. I cuma tunggu Haze reply whatsapp I."

"Ala, dia akan jumpa kawan dia. Nanti replylah dia tu. Eleh, you ni. Toksah lah clingy sangat. Macam you tak tahu macam mana perangai si Haze tu. You sendiri pernah cakap dengan I yang dia akan reply chat orang selepas 3 hari."

"Tak masalahnya dia jumpa kawan dia. Dah nak empat hari tak chat I. Takkan dekat Jakarta sana tak ada coverage. Logik lah sikit hmmm—"Tangan ditongkat ke dagu. Bibir digigit sedikit. Haish, peliklah.

"You tak payah risaulah dengan Haze tu. Dia tak macam Jayden."

"Jayden? Apa maksud you tak macam Jayden?"Wajah Ruby aku tenung serius. Tak ada angin,  tak ada ribut tiba-tiba nama Jayden keluar.

"Rahsia."

"I smell something fishy. You ada hubungan dengan Jayden ke? Takkan lepas dia tampar punggung you haritu terus cinta korang berbunga?"

"I dah maafkan dia sebab tampar punggung I. Haze tak ada bagitahu you yang I dengan Jayden dating ke? You nak tau tak. Jayden is so sweet! Yalah, mula-mula kitorang gaduh-gaduh manja then kitorang main mata. Macam dalam drama-drama tu! Ahaksss!"Ruby menyengol bahuku dan badannya terlentuk-liuk seperti belut elektrik.

"I dah agak. You ni pantang sekali. Memang pantang. Ada orang pakwe baru tak cakap pun awal-awal dengan I. Grrr!"

Gadis gedik itu terus meleraikan tawa. Patutlah bila ternampak Jayden terus tersipu-sipu macam minta penyepak pondan rupanya memang ada hubungan dengan kawan rapat Haze tersebut.

"You serius tak dengan Jayden?"

"Aik, apasal pulak tak serius? I serius tau dengan Jayden. Atau you yang tak serius dengan Haze?"Tebak Ruby.

"I serius. But—"

"Kenapa?"

"Haze macam banyak berahsia dengan I. Terlalu banyak. I masih tertanya-tanya apa yang Yuyu cuba sampaikan dekat I haritu. I dah cakap dengan you pasal benda ni."

"Yang budak Yuyu tak cakap Haze bukan seorang student di New Castle tapi salah seorang anggota CID? Beb, budak Yuyu tu baru 11 tahun. Itupun you nak percaya? Biasalah budak-budak. Suka bercakap dengan benda yang tak logik."

"Dia bukan CID."

"Habis apa? Interpool? Sheriff? Ataupun salah seorang ahli kongsi gelap? Beb,  Haze dengan Jayden tu bukan manusia biasa macam kita. Mereka lain. You faham maksud I kan? Diluar sana terlalu banyak ancaman untuk mereka. Tak banyak orang tahu benda ni. Kita berdua saja."

HAZE PUTERAWhere stories live. Discover now