HAZE 12| HIDDEN TRUTH

17.7K 583 40
                                    

6 tahun sebelumnya...

Tingkap transom dihempas setelah telingaku tidak semena-mena menangkap deruan kereta di luar sana. Dalam keadaan tergigil-gigil, aku merangkak ke tepi almari. Hati juga tidak habis-habis menyeru nama Allah supaya lelaki itu tidak mengamuk lagi hari ini. Kedua-dua belah lutut dipaut.

Aku bingkas setelah lima jejaka itu tidak masuk ke dalam rumah. Langsir diselak sedikit. Mataku melihat beberapa ekor serigala berwarna hitam dan putih sedang berlegar-legar di luar kawasan resort ini.

Kelihatan seekor serigala berwarna putih, badannya besar dan bermata biru itu dikelilingi oleh beberapa ekor serigala yang lain.

Aku kenal serigala putih itu. Serigala jadian paling jahat yang sedang cuba merosak kehidupanku sekarang ini. Dia ialah ketua (Alfa) di dalam kelompok mereka ini. Dia boleh bertukar menjadi seorang manusia, serigala jadian, dan manusia-serigala.

Serigala putih itu kelihatan sedang bertenggek di atas sebuah batu yang seringkali menjadi tempat pertemuan mereka. Manakala anak-anak buahnya seramai 20-30 ekor akan berdiri di tanah sahaja setelah serigala putih itu melolong memanggil semua ahli kelompok mereka.

"Mana yang lain?"

"Mereka masih terperangkap di Canberra."

Canberra adalah sebuah rumah di dalam hutan yang sering menjadi tempat mereka berteduh dan menyembunyikan diri dari pemburu serigala mahupun daripada puak serigala yang lain.

"Kenapa tak balik sini?"Terpancar wajah risau serta tidak puas hati pada wajah sang serigala putih.

"Saya susah nak contact Hazal sebab Hazal yang bawa mereka ke sana. Hazal cakap mereka hampir tewas terkena tembakan pemburu serigala. Tuan Haze jangan risau. Canberra merupakan tempat yang agak selamat. Mereka semua baik-baik sahaja."Ujar Nora.

Nora, seorang gadis berusia 20-an yang juga mempunyai posisi sebagai beta menjelaskan apa yang telah berlaku kepada kelompok mereka yang lain.

"Jayden, Gabriel, Howes. Korang pergi ke Canberra sekarang. Selamatkan Hazal. Kalau ada apa-apa yang berlaku, call aku."Sebagai ketua di dalam kelompok, Haze memberi amanah kepada ahli kelompok supaya bertindak dengan lekas.

Sebuah briefcase berwarna hitam dikeluarkan dari bonet kereta. Haze menyelak briefcase tersebut. Beberapa pistol kelihatan diletakkan kemas di dalam briefcase itu. Selepas itu, mereka mengeluarkan dua jenis sniper iaitu Barret -50 dan Knight's Armament Company.

"Korang boleh gunakan benda ni masa emergency. Di utara Canberra ada Zip Line untuk ke sana. Jayden, kau sebagai ketua di antara mereka kena bertindak dengan betul. Aku tak dapat ikut sama."Ujar Haze.

"Baik tuan."

"Pastikan Hazal selamat."Kata Haze sebelum dia berlalu pergi dari situ setelah Jayden, Howes dan Gabriel melangkah pergi meninggalkan resort ini.

"Tuan, tuan nak pergi mana?"Nora mengejar serigala jantan putih tersebut.

"Mana perempuan tu? Macam mana keadaan dia sepanjang aku tak ada dekat sini?"

Nora menunduk dan menyepikan diri sejurus melihat muka Haze. Selepas itu, Haze pergi meninggalkan seluruh kelompoknya di luar.

HAZE PUTERAWhere stories live. Discover now