HAZE 16 | HIM

19.8K 559 19
                                    

Mata sukar sekali aku hendak lelapkan selepas solat subuh. Menjelang pukul lima pagi aku sudah terpacak di depan balkoni apartment Haze untuk menikmati bayu subuh yang segar.

Kota Kuala Lumpur masih diselaputi embun dan kabus serta lampu-lampu neon masih beroperasi seperti kebiasaan. Tidak pernah tidur kota ini. Pagi, siang ,malam tetap ada bunyi deruan kereta para pencari rezeki.

"Hazel"

Telingaku kian menangkap panggilan seseorang di dalam kamar. Aku kenal suara itu dan sudah semestinya itu lelaki yang telah berkelahi dengan Zack semalam.

Akibat kalah di dalam perlumbaan, Zack bertindak memukul Haze. Sebagai langkah untuk membela diri, Haze membalas pukulan Zack sehingga menimbulkan satu kekecohan dan kejadian itu hanya dapat dileraikan dengan kehadiran pihak berkuasa malam tadi.

"Kening you dah okey tak? Tak ada rasa denyut-denyut lagi?"Kening Haze yang bertampal dengan pembalut luka itu aku sentuh. Ada menampakkan sedikit benjolan dan lebam akibat pukulan Zack.

Haze mengangguk malas.

"Hazel Hannah, kau mesti berhati-hati dengan Haze Putera sekarang ni.. "Haze membuka suaranya yang parau. Dalam keadaan mata tertutup, rambut aku dia diselitkan di belakang telinga. Ada senyuman manis berbunga di sekitar bibirnya.

"Hmm, apa dia? Kenapa I perlu berhati-hati dengan you?"Aku menarik lengan Haze. Berbantalkan lengan sasa Haze. Hangat meskipun penghawa dingin diletakkan pada suhu 16 darjah selsius.

"Because you're going to fall in love me—"Bisik Haze dan darah tiba-tiba menyerbu ke seluruh mukaku. Mata kami bertentangan. Gebar aku tarik dari Haze yang sedang sexy tidak berbaju.

"Hahaha, Excuse me? I tak cintakan you. Perasan."Aku menyahut dakwaan Haze. Selimut dipayungi seluruh tubuh. Tiba-tiba, aku merasakan satu benda melingkar di pinggangku. Ketat dan kejap.
Haze melabuhkan ciumannya di bahuku.

"Waktu dingin macam ni aku mak aku yang selalu peluk aku dulu. Lepas kematian mak aku, malam-malam aku selalu dingin. Aku nak peluk kau kejap."Pinta Haze. Selepas itu, kedengaran dia mengomel sesuatu yang tidak aku pasti. Omelan tidur yang comel.

Bau badan Haze sangat mendamaikan rongga hidung. Aku membalikkan badanku. Rambut dark blonde Haze dibelai. Seperti membelai seorang budak kecil yang baru saja melayari bahtera mimpi.

"You ada jumpa Parish? Selepas peristiwa hari tu ,I tak nampak lagi muka Parish dalam rumah ni. Is he okay dekat luar sana?"

Haze membuka matanya dengan malas. Kemudian dilirikkan ke arah diriku. Ada keluhan tercetus di bibir Haze. Tidak lama kemudian dia tutup semula kelopak matanya.

"Dia dah pulang ke Turki."

"Dah balik ke Turki? Jadi dia ada datang ke sini lagi atau tidak?"Aku berminat mahu tahu apa yang telah berlaku kepada Haze dan Parish sampaikan dua beradik itu boleh bercakar dan bertumbuk. 

"You tak nak berdamai dengan Parish? Seburuk-buruk abang you, you kena juga terima. Parish is your brother right? I juga dah maafkan dia apa yang dia dah buat dekat I. Sampaikan I koma sebulan tak sedarkan diri."

Haze mengerutkan garisan keningnya. Belaian pada rambutku terhenti. Lelaki itu menarik lagi blanket. Tubuhku di belakangkan seperti dia terasa dengan ajuan yang aku lontarkan kepadanya.

HAZE PUTERAWhere stories live. Discover now