HAZE 3| IN THE DARK

26.7K 691 47
                                    

                            Gelanggang bola keranjang kampus riuh-rendah dengan suara pekikan dan sorakan para penyokong yang menghangatkan lagi suasana perlawanan antara The Brothers of Destruction dan The Fallen. Selepas sepuluh minit perlawanan berlangsung, para penyokong The Brothers of Destruction masih dirundung keresahan kerana pihak lawan The Brothers of Destruction, The Fallen sudahpun memecahkan anak mata gol yang ke -3.

"Oh come on TBD!"

"The Fallen! The Fallen! The Fallen!"

"Shooooooooot!"

"Yes! The Fallen goal lagi. Oh my gosh!"Tiba-tiba Ruby disebelahku menjerit kegirangan sehingga gadis tersebut hampir tumbang bersama kerusinya.

"Haish! Apasal TBD hari ni lembab sangat eh? I geram sangat dengan kapten mereka tu. Apasal dia tak bagi bola dekat Zack?" Aku tidak tahan geram.

Kipas angin dikipaskan ke badan kerana haba panas di dalam gelanggang semakin menerpa oleh kerana kesesakan para pelajar yang datang memberi semangat kepada pemain-pemain kesukaan mereka.

"I tak rasa TBD tahun ni dapat menang balik. Dari awal lagi I dah tahu yang The Fallen dapat tumpaskan TBD."Ruby berbisik ke telingaku lalu meleraikan ketawa kecilnya. Wajah Ruby yang sedang tersengih-sengih aku pandang dengan jelingan maut.Dulu bukan main jadi penyokong TBD.

"Eh, apasal you ni eh? Boyfriend you pemain TBD kot. You tak sokong Ivan ke?"

"Tak."

"Hello,The Fallen ni team baru. Baru ditubuhkan tahun ni. I tahu, mesti you curang dengan salah seorang pemain The Fallen. Betul tak? Mengaku cepat."Tebakku. Jari dituding ke arah muka Ruby. Aku masak sangat dengan perangai bitch dia ni.

Tidak semena-mena, Ruby mendekatkan jaraknya ke arahku. Mulutku ditekup rapat-rapat.

"Shhh, control your voice! You nak tau tak siapa kapten The Fallen tu?"

"Argh, I tak minat nak tau."

Tangan Ruby ditepis.

"Haze Putera. Auch!"

Sebaik saja nama Haze Putera terlintas di pendengaranku, tanpa aku sedar aku terpana sendiri. Haze Putera?

Aku liarkan pandangan ke sekeliling. Sepanduk, banner, headband, dan baju para penyokong di sebelah gelanggang bola keranjang aku teliti. Aku tidak dapat nafikan bahawa The Fallen mempunyai ramai peminat dan penyokong dari The Brothers Destruction.

Mata dikecilkan. Mata aku panahkan kepada beberapa orang pemain The Fallen yang sedang rancak menyerang pihak lawan.

Siapa Haze Putera? Yang mana? Mask rider hitam yang menutupi separuh dari muka kesemua pemain-pemain The Fallen amat menyukarkan kami mengecam wajah mereka. Kami hanya dapat mengecam siapa pemain The Fallen melalui nama yang tertulis di belakang baju kumpulan saja.

"Haze Putera! Oh my Lord! Ladies, he is amazing!"Tiba-tiba sorakan gatal seorang perempuan di depan aku dan Ruby mengembalikan aku semula ke dunia nyata. Aku dan Ruby berpandangan sesama sendiri dengan muka jijik sekali.

HAZE PUTERAWhere stories live. Discover now