HAZE 8 |MEMORY

31.6K 711 46
                                    

Setelah melemparkan beg ke atas katil, punggung dihenyakkan dengan malas. Kemudian, aku meraup mukaku sendiri.

Sudah dua hari aku tidak bercakap dengan Ruby. Nampaknya krisis aku dan Ruby semakin melarat angkara aku kantoi memegang tangan Haze ketika kelas Pengajian Malaysia tempoh hari.

Iphone di dalam poket hoodie aku seluk. Tiada chat daripada Ruby terpapar pada skrin. Tak apalah, mungkin Ruby masih memerlukan banyak masa dan ruang untuk melupakan apa yang telah berlaku.

Kaki diangkat menuju ke bilik mandi. Badan terasa amat melekit. Setelah meletakkan pakaian ke dalam laundry beg, aku pasang pili air. Rasa panas tadi kian menghilang setelah air mengalir ke permukaan kulit.

Hazel, you are my wife

Perkataan yang dituturkan oleh Haze malam itu asyik terngiang-ngiang di dalam fikiranku sejak semalam lagi. Siapa sebenarnya lelaki itu? Kadang-kadang aku akan merasakan bayangan satu dejavu setiap kali tangan kasarnya menyentuh kulitku.

"Hazel."

Aku tersentak lalu membuka mataku semula. Ada satu tangan sedang melingkar di pinggangku sekarang ini.

Badanku yang terdedah tanpa seurat benang sekarang segera cuba aku tutup tapi Haze lebih tangkas menolak tubuhku ke tepi dinding bilik air.

Kedua-dua tanganku diangkat ke atas lalu ditekan serta
dengan menggunakan kudratnya.

"No, Haze! You nak buat apa ni?!"Aku menengking Haze sambil meronta-ronta minta dilepaskan. Aku malu kerana tubuhku sedang menjadi tatapan mata Haze yang tajam.

"Shhh--"Haze cuba menenangkan aku.

"Haze! Keluar! Tolo--"Sebelum sempat aku menjerit mahu meminta tolong, tangan Haze sekali lagi sepantas kilat menekup mulutku dengan menggunakan tangannya.

Tubuhku semakin dihimpit ke tepi dinding sehingga badan Haze sendiri basah terkena pancuran air.

Senyap

Mata aku dan Haze bertatapan selama beberapa minit. Detak jantungku yang berlari seratus meter tadi kian lemah dan semakin perlahan-lahan tatkala mata Haze yang redup itu menenangkan aku.

Retina mataku meliar di sekitar wajah Haze yang tampan serta kosong. Bibir Haze kelihatan berdarah dan pecah.

Haze bergaduh lagi atau baru saja mencabut nyawa orang lain?

"Ha-ze."Aku tergagap-gagap di dalam kesejukan kerana air semakin galak menyimbah di atas kepala kami.

"Haze, macam mana you dapat masuk rumah I? Are you-"

Haze menyeluk sesuatu di dalam poket seluar ripped jeansnya. Segugus kunci kemudian ditayangkan pada mukaku. Aku melopong sendiri.

Ting!Haze lepaskan gugusan kunci tadi di atas lantai mozek bilik air.

"Kunci pendua."Bisiknya ke telingaku.

Aku melarikan sedikit kepalaku. Hembusan Haze panas menyapa tengkukku. Suara seraknya selalu menggetarkan naluriku.

Walaupun mulutku sedang menolak akan kehadiran Haze, tapi akalku begitu magis sekelip mata mendambakan akan kehadiran Haze Putera disisiku.

Una empollona. He is.

"Too close."Aku menolak dada Haze sedikit kerana lelaki itu hampir mengigit cuping telingaku.

"I see how much you missed me Hazel."Ujar Haze setelah aku bertindak menolak dadanya.

HAZE PUTERAOù les histoires vivent. Découvrez maintenant