HAZE 18 | TROUBLE

30.8K 957 364
                                    

Report X-ray dan wet film dimasukkan ke dalam sampul surat saiz A4. Selepas mendapatkan tandatangan dari doktor yang bertugas, aku pantas membawa sampul tersebut ke depan kaunter untuk sesi review doktor dan pesakit.

"Hazel, dari semalam I nampak you diam. Tak nak cerita dengan I ke? Please, janganlah macam ni. Bagitahu I please?"Ruby merentap lenganku.

"I penat."Sepatah aku menjawab. Aku malas nak berinteraksi dengan sesiapa. Belakang direbahkan pada kerusi. Penat dari pelbagai sudut. Hati, emosi, badan semuanya kebas.

"Haze ada chat you?"

Aku geleng kepala. Lesu. "Tak ada."

"Huff! I rasa Haze memang ada simpan sesuatu daripada you."Ruby cekak pinggang sendiri. Mukanya juga ditayangkan dengan riak keruh dan tidak puas hati.

"Macamnilah, I rasa better you fokus dengan praktikum lepas tu sampai rumah nanti, you bincang dengan Haze. Even I tak tahu apa masalah you dengan dia sekarang ni, I nak you tanya dia baik dan selesaikan benda ni dengan keadaan baik jugalah."Ruby menasihati penuh berwibawa seperti guru kaunseling sekolah.

"Takpelah Ruby. Kalau I dah sedia, I akan bagitahu you. Buat masa ni, I masih shock. Just leave me alone."Aku berlalu ke kaunter depan meninggalkan Ruby yang sedang melopong mulut. Melayani seorang pesakit yang baru saja sampai di klinik.

*****

Semua barangan peribadi aku sumbat semua ke dalam beg bagasi. Malam ini, aku berkira-kira malam terakhir aku menjejakkan kaki ke apartment Haze. Tiada apa yang perlu pertahankan disini. Aku sudah seperti tunggul mati kerana hampir dua minggu tidak mengirim berita. Langsung tidak ada.

Air mata disapu. Bodohnya aku percaya dengan lelaki seperti Haze selama ini. Menyesal kerana tidak pernah menyiasat latar belakang dan sejarah lelaki itu. Menyesal kerana sudah terperangkap di dalam permainan lelaki 'son of a bitch'.

Bunyi pintu ditutup mengejutkan aku yang ralit menyimpan pakaian. Aik, siapa pulak tetamu malam-malam buta macam ni? Aku palingkan muka ke belakang. Mata kami bertentangan dan dia terus masuk tanpa salam.

Pinggangku dirangkul. Ciumannya yang hangat jatuh di bahuku. Lama. "Sayang, abang dah datang. Tak rindu abang ke?"

Aku tergemap seketika. Abang? Haze membahasakan dirinya dengan 'abang'. Pelik? Patutlah nasi aku hangus terbakar petang tadi. Pelukan Haze dileraikan.

"Sayang-"

Tangan Haze aku tepis. Dan, Haze lebih pantas merentap. Dahinya mulai berlapis.

"What?"

"What?"Haze ajuk semula ayatku tadi. Terpinga-pinga seperti orang bodoh. Mukanya langsung tidak ada rasa bersalah.

"What the hell are you!" Aku memekik geram. Aku kian terkial-kial sendiri kerana Haze tidak mahu melepaskan rentapannya.

Haze terdiam. "Perempuan memang macam ni ke? Sekejap melentok, sekejap marah-marah orang tak tentu pasal. Apa cite ni?"

"I nak balik malam ini juga. You nak tau tak, I rasa menyesal kenal you. Mulai sekarang, I tak nak you kacau lagi hidup I!"Aku tarik bagasi lekas tapi tubuhku terdorong ke belakang lagi setelah Haze menarik bajuku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 19, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HAZE PUTERAWhere stories live. Discover now